backup og meta

Kawal Makan Tapi Tetap Gemuk? Ini 7 Cara Mudah Tingkatkan Metabolisme!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 4 hari lalu

    Kawal Makan Tapi Tetap Gemuk? Ini 7 Cara Mudah Tingkatkan Metabolisme!

    Dalam usaha anda cuba untuk kurus, apa yang anda perlu berikan perhatian adalah kepada cara meningkatkan metabolisme tubuh badan. 

    Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui cara meningkatkan metabolisme tubuh agar cepat kurus!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Badan Sihat, anda boleh klik di sini.

    7 cara meningkatkan metabolisme tubuh badan

    Metabolisme adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan semua tindak balas kimia yang terlibat dalam mengekalkan keadaan hidup sel-sel dan organisma.

    Metabolisme adalah berkait rapat dengan pemakanan dan persediaan nutrien.

    Bioenergetik adalah istilah yang menggambarkan laluan biokimia atau metabolik yang mana sel akhirnya mendapat tenaga.

    Pembentukan tenaga adalah salah satu komponen penting dalam metabolisme.

    Ada banyak cara meningkatkan metabolisme anda. Antaranya adalah:

    #1. Makan sarapan yang berkhasiat

    Jika tidak mengambil sarapan pagi, badan anda masuk ke dalam mod kebuluran (paranoid), seterusnya ia boleh melambatkan pergerakan metabolisme anda untuk menjimatkan tenaga.

    Dalam satu kajian yang diterbitkan oleh American Journal of Epidemiology, sukarelawan yang mendapat 22-55 peratus daripada jumlah kalori mereka pada sarapan hanya mendapat 1.7 poun dalam tempoh purata empat tahun.

    Berbanding dengan mereka yang tidak mengambil sarapan pagi memperolehi hampir tiga paun.

    Menerusi kajian yang diterbitkan dalam jurnal yang sama, sukarelawan yang membabitkan diri itu, kerap mengelak dari mengambil sarapan hingga menyebabkannya 4 ke 5 kali berisiko mengalami obesiti.

    Sedangkan snek pagi boleh melambatkan pencernaan dan membuatkan anda kenyang lebih lama.

    diet buah
    Khasiat buah epal dalam mengurangkan berat badan.

    #2. Terdedah dengan cahaya matahari 

    Terdedah kepada cahaya matahari waktu pagi bukan sahaja membantu anda bangun, tetapi boleh juga membuatkan anda langsing.

    Ini merupakan salah satu cadangan untuk meningkatkan metabolisme badan hasil kajian daripada Universiti Northwestern.

    #3. Tambah protein untuk tingkatkan metabolisme

    Melalui laporan penyelidikan dalam European Journal of Clinical Nutrition, jika wanita dewasa mengalami berat berlebihan maka mereka memerlukan kandungan protein sekurang-kurangnya 30 gram semasa bersarapan pagi.

    Ini akan membuatkan mereka mempunyai kawalan glisemik yang lebih baik sepanjang hari.

    #4. Minum air dengan kerap, antara cara meningkatkan metabolisme

    Penyelidik University of Utah mendapati bahawa sukarelawan yang minum lapan hingga 12 gelas auns air setiap hari mempunyai kadar metabolik yang lebih tinggi daripada mereka yang minum hanya empat gelas sehari. 

    Walaupun kalori tambahan yang dibakar dengan minum segelas air tidak banyak, namun ia boleh membantu meningkatkan metabolisme tubuh anda dengan selamat. 

    masalah dehidrasi
    Petua mengatasi masalah dehidrasi.

    #5. Berdiri sekejap semasa bekerja 

    Tahukah anda, berdiri sekejap boleh bantu tingkatkan metabolisme badan? Orang dewasa yang melakukan kerja sambil berdiri boleh membantu membakar lebih banyak kalori

    Sekiranya anda bekerja sambil duduk, mungkin sesekali boleh berdiri atau berjalan untuk seketika sambil menghirup nafas segar.

    Sekaligus dapat membantu mengurangkan kalori dalam badan.

    #6. Ketawa boleh tingkatkan metabolisme badan

    cara meningkatkan metabolisme
    Petua mudah untuk meningkatkan metabolisme badan.

    Cari rakan sekerja yang kelakar untuk keluar bersama atau buat panggilan telefon kepada rakan yang boleh buat anda ketawa.

    Hal ini kerana, ketawa merupakan salah satu senaman meningkatkan metabolisme! Ia boleh membantu anda membakar sekurang-kurangnya 10 ke 20% kalori berbanding anda berwajah ketat setiap masa. 

    Bahkan, penyelidikan turut mengatakan dengan ketawa ia membantu menjaga kesihatan jantung anda.

    #7. Cara meningkatkan metabolisme yang mudah – Tidur!

    Apabila tidur kurang daripada jam yang sepatutnya, anda melepaskan jumlah leptin dan ghrelin – hormon yang membantu mengawal penggunaan tenaga dan selera makan. 

    Penyelidik di Universiti Stanford mendapati bahawa orang yang mengalami kekurangan jam tidur akan mendapat peningkatan ketara dalam indeks jisim badan mereka. 

    Jadi, pastikan anda mendapat rehat sekurangnya-kurangnya lapan jam sehari.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 4 hari lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan