Jangan Takut Dengan Kolesterol, Bukan Semuanya Jahat! Ambil 10 Makanan Ini, Ada Kolesterol Baik HDL

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 13/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Apabila berbicara mengenai kolesterol, pelbagai tanggapan negatif muncul di minda kita. Penyakit berbahaya sering dikaitkan dengan kolesterol seperti serangan jantung dan strok. 

Namun, tidak semua kolesterol berbahaya untuk tubuh kita. Sebenarnya, kolesterol merupakan zat lemak yang diperlukan oleh tubuh untuk mencipta sel-sel baru agar tubuh terus berfungsi dengan normal.

Terdapat 2 jenis kolesterol yang dikenal pasti iaitu kolesterol HDL yang baik untuk tubuh dan kolesterol jahat LDL.

Ketahui dengan lebih lanjut mengenai kebaikan kolesterol HDL dan makanan tinggi dengan zatnya.

Apa itu kolesterol HDL?

HDL atau lipoprotein densiti tinggi adalah seperti pembersih vakum untuk kolesterol dalam badan.

Apabila ia berada dalam tahap yang sihat dalam darah anda, ia boleh menyingkirkan kolesterol dan penumpukan plak dalam arteri anda.

Kemudian, lemak-lemak tersebut akan dihantar ke hati anda di mana proses penyingkiran lemak dari badan akan berlaku.

Akhirnya, ia membantu untuk mengurangkan risiko serangan jantung dan strok dalam jangka masa panjang.

Tahap kolesterol HDL yang optimum

Persatuan Jantung Amerika (AHA) menyarankan ujian darah kolesterol pada usia seawal 20 tahun.

Tahap kolesterol HDL yang ideal ialah 60 mg/dL atau lebih tinggi.

Jika HDL anda berada di bawah 40 mg/dL, ia dianggap rendah dan bahaya untuk kesihatan anda.

Oleh itu, ketahuilah jenis makanan tinggi HDL untuk penjagaan organ penting tubuh anda.

10 makanan tinggi kolesterol HDL

Sebenarnya, makanan tidak dapat meningkatkan HDL secara langsung. Namun, beberapa faktor seperti perubatan dan persekitaran boleh membantu anda.

Sesetengah hormon seperti estrogen dan tiroid boleh meningkatkan konsenstrasi HDL dalam tubuh anda.

Pilihan makanan kolesterol tinggi yang betul boleh menurunkan kadar LDL anda, yang secara tidak langsung boleh meningkatkan nisbah HDL ke LDL anda.

#1 Minyak zaitun

Jenis lemak yang terdapat dalam zaitun dan minyaknya adalah baik untuk jantung anda. Ia boleh menurunkan kesan keradangan disebabkan oleh kolesterol LDL pada badan anda.

Namun, pastikan anda menggunakan minyak zaitun dalam jumlah yang sederhana kerana ia mengandungi kalori tinggi.

#2 Avokado

makanan kolesterol tinggi

Buah avokado sering kali digunakan sebagai hidangan dalam salad, sandwic atau sos celupan.

Avokado tinggi dengan jenis lemak yang sihat seperti folat dan lemak monotaktepu. Ia membantu untuk menurunkan LDL dan mengurangkan risiko anda untuk strok dan penyakit jantung.

Selain itu, ia juga kaya dengan serat, yang secara semula jadi membantu menjaga kolesterol dalam keadaan yang terkawal.

#3 Ikan tinggi omega-3

Asid lemak omega-3 yang terdapat dalam beberapa jenis ikan boleh menurunkan LDL anda. Beberapa pilihan yang elok untuk tubuh anda termasuklah :

  • ikan salmon
  • ikan tenggiri
  • ikan sardin
  • ikan tuna
  • ikan trout pelangi

Sertakanlah ikan-ikan tersebut dalam hidangan anda sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

#4 Buah-buahan berserat tinggi

makanan tinggi kolesterol

Buah-buahan tinggi serat seperti prun, epal dan pir boleh menurunkan kadar LDL serta meningkatkan kolesterol HDL anda.

Sertakan buah-buahan tersebut dalam hidangan oat atau bijirin anda, jus mahupun sebagai pencuci mulut selepas makan tengah hari atau malam.

#5 Kekacang

Seperti biji-bijian, kekacang tinggi dengan sumber serat yang mudah larut. Pilihlah kekacang seperti kacang hitam, kacang polong bermata hitam, kacang merah, kacang lentil dan sebagainya.

Kekacang dalam tin mengandungi kira-kira separuh kandungan folat daripada kacang kering yang dimasak. Folat merupakan vitamin yang penting untuk kesihatan jantung anda.

#6 Biji-bijian penuh

Biji-bijian penuh seperti oat, bijirin dan beras perang boleh menurunkan kadar LDL dan jumlah kolesterol anda.

Ini seterusnya boleh meningkatkan tahap HDL anda. Hal ini kerana makanan ini mengandungi serat senang larut yang tinggi, terbukti mampu menurunkan tahap LDL.

Ambillah sekurang-kurangnya 2 hidangan bijirin penuh setiap hari.

#7 Biji chia

kolesterol hdl

Biji chia mengandungi asid lemak omega-3, serat dan nutrien sihat lain yang baik untuk jantung anda.

Menambahkan biji chia ke dalam pemakanan boleh membantu menurunkan kadar LDL dan tekanan darah.

#8 Rami

Biji rami dan minyaknya mengandungi asid lemak omega-3 yang baik untuk jantung anda.

Ramai dalam kalangan vegetarian menambahkan rami dalam diet mereka seperti campuran oat, bijirin, salad, yogurt dan sebagainya.

#9 Soya bantu tahap kolesterol HDL

Mengubah diet anda kepada produk berasaskan soya adalah kaedah terbaik untuk mengurangkan pengambilan daging.

Penurunan kadar LDL dapat dilihat jika konsumsi daging berkurangan, dan kolesterol HDL akan meningkat.

Edamame yang dikukus tanpa garam boleh dijadikan snek yang lazat. Selain itu, tauhu panggang dan resipi kebab tauhu juga sedap untuk dimakan.

#10 Wain merah

Mengambil alkohol dalam jumlah sederhana seperti wain merah terbukti boleh meningkatkan tahap HDL dan menurunkan risiko penyakit jantung.

Pengambilan yang digalakkan ialah sebanyak satu gelas sehari untuk wanita, dan dua gelas sehari untuk lelaki.

Namun, berbicaralah dengan doktor anda sebelum mula mengambilnya.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Berapa Biji Telur Yang Boleh Saya Makan Dalam Sehari?

Anda sering makan telur dan gemarkan hidangan berasaskan telur. Persoalannya, berapa biji telurkah yang boleh anda makan dalam sehari?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Makan Ikan Buat Bayi Lebih Fokus, Kurang Risiko ADHD Kelak, Kajian

Menurut kajian terbaharu, ibu hamil akan kurang cenderung memiliki bayi yang kurang fokus sekiranya banyak makan ikan ketika hamil. Hello Doktor!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Kehamilan, Pemakanan Sihat 09/10/2019 . 2 minit bacaan

4 Jenis Makanan Baik Bantu Anda Elak Bahaya Jerebu

Terdapat beberapa jenis makanan yang boleh membantu meningkatkan sistem imun tubuh anda terutama ketika jerebu datang melanda. Ikuti panduan berikut

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan Sihat 19/09/2019 . 3 minit bacaan

8 Kelebihan Minyak Ikan Untuk Kesihatan, Salah Satunya Baik Untuk Jantung Anda!

Minyak ikan, adakah anda benar-benar memahami apa itu minyak ikan dan apakah manfaat dan kebaikan yang boleh diperolehi daripadanya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan Sihat 28/06/2019 . 4 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

makanan awet muda

Inginkan Petua Kulit Tegang & Awet Muda? Tak Susah, Guna Bahan Dapur Di Rumah Saja

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 26/11/2020 . 3 minit bacaan
sistem imun psoriasis

Nak Lawan Penyakit Kulit Psoriasis, Mudah Sahaja! Kuatkan Sistem Imun Badan Anda

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan
kolesterol tinggi

Badan Kurus Tapi Kolesterol Tinggi? Jaga-Jaga Ya! Ia Boleh Jadi Punca Serangan Jantung

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
mentega dan marjerin

Nak Buat Kuih Raya Dengan Mentega Atau Marjerin? Mana Lebih Sihat? #StayAtHome

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 20/03/2020 . 3 minit bacaan