Ramai orang mungkin tidak suka kerana sangka makan kacang boleh gemuk atau tumbuh jerawat. Hakikatnya, ada banyak kelebihan dan kebaikan makan kacang untuk kita semua.
Antaranya adalah ia sangat bagus dalam usaha untuk mengawal berat badan! Benarkah?
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.
Kacang, ada banyak jenis tapi semua bagus!
Kami ingin bertanya kepada anda, berapa jenis kacang yang anda tahu dan kenal?
Mungkin yang paling terkenal adalah kacang tanah disebabkan anda memakannya setiap hari daripada nasi lemak anda.
Selain itu, anda juga pasti mengenali kacang pistachio, badam, gajus, kacang parang dan pelbagai jenis kacang-kacang lain yang tinggi harganya.
Harga kacang turut bergantung kepada variasinya yang tersendiri, bermula semurah kacang tanah sehinggalah yang mahal harganya seperti macadamia yang mungkin tidak dijumpai di kedai-kedai runcit.
Bagi peminat kacang, ada khabar baik kerana wujud kelebihan makan kacang yang anda mungkin belum tahu!
Kebaikan makan kacang boleh kekal berat badan?
Menurut satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Harvard, kebaikan makan kacang pada setengah atau separuh hidangan pada setiap hari mampu untuk membantu anda mengawal berat badan.
Adakah kajian ini benar-benar terbukti? Ya, ini kerana kajian ini telah dilaksanakan dengan cara menjejaki seramai 300,000 individu selama dua dekad.
Peserta kajian telah ditanyakan berkenaan jumlah kacang yang mereka ambil selain melakukan analisis berdasarkan berat badan, diet dan aktiviti fizikal mereka.
Hasilnya, peserta kajian yang memakan 14 gram kacang setiap hari didapati mempunyai berat badan yang lebih kurang selain kurang cenderung untuk menjadi obes.
Kadar pengurangan berat badan yang ideal
Kebaikan makan kacang dikaitkan dengan kurangnya penambahan berat badan dalam tempoh jangka panjang selain mengurangkan risiko menjadi obes.
Menurut kajian tersebut, penggantian jenis snek yang tidak sihat kepada hidangan kacang telah didapati mampu mengelakkan peningkatan berat badan sebanyak 0.41 hingga 0.7 kilogram dalam 4 tahun berikutnya.
Selain itu, penambahan separuh hidangan kacang dalam pemakanan yang baharu dikaitkan pengurangan berat badan sebanyak 0.74 kilogram.
Begitu juga dengan pengambilan separuh hidangan kacang setiap hari, telah dikaitkan dengan penurunan risiko menjadi obes sebanyak 23%.
Apakah sebenarnya yang wujud dalam kacang?
Kandungan serat yang tinggi dalam kacang menjadikan individu yang memakannya kenyang lebih lama.
Selain itu, serat kacang turut mengikat dengan baik bersama lemak di dalam usus, menyebabkannya lebih banyak kalori dikeluarkan.
Selain serat, kacang juga diketahui kaya dengan kandungan lemak tidak tepu, vitamin dan mineral.
Untuk makluman pembaca, kajian tersebut telah meneliti hasil kajian daripada pemakanan pelbagai jenis kacang yang tidak terhad kepada satu-satu jenis kacang sahaja.
Oleh itu, jika anda tidak meminati kacang tanah tetapi masih bermotivasi untuk mengekalkan berat badan ideal, cubalah mengambil jenis kacang yang lain seperti badam, walnut dan macadamia.
Siapa tahu, mungkin selera anda lebih kepada jenis kacang-kacang branded atau high-class.
[embed-health-tool-bmi]