backup og meta

Pengambilan Lemak Tepu Boleh Bawa Kesan Sampingan Pada Jantung - Kajian

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 17/05/2023

    Pengambilan Lemak Tepu Boleh Bawa Kesan Sampingan Pada Jantung - Kajian

    Jenis lemak tepu yang kita makan boleh memberi faktor risiko masalah jantung, menurut kajian terbitan International Journal of Cardiology. Adakah ia benar atau hanya suatu sangkaan atau dakwaan?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Jantung, anda boleh klik di sini.

    Benarkah lemak tepu faktor risiko masalah jantung?

    Penyelidik utama, Ivonne Sluijs, dari Julius Center for Health Sciences and Primary Care, University Medical Center Utrecht, Utrecht University, Netherlands menyatakan berikut:

    Analisis mereka terhadap diet sekumpulan besar individu di dua negara dari masa ke masa menunjukkan bahawa jenis lemak tepu yang kita makan boleh mempengaruhi kesihatan kardiovaskular.

    Apa kata kajian terbitan jurnal tersebut?

    Kajian tersebut menyiasat sama ada lemak tepu dengan rantaian yang panjang. Hakikatnya, 4 hingga 18 atom karbon dikaitkan dengan risiko kejadian serangan jantung.

    Data daripada kira-kira 75,000 orang di UK dan Denmark telah dianalisis.

    Daripada kedua-dua kumpulan ini, hampir 3,500 orang mengalami serangan jantung dalam tempoh di antara jangkaan awal kajian. Selepas itu, 13 tahun kemudian (di Denmark) dan 18 tahun kemudian (di UK).

    faktor risiko masalah jantung

    Dr Sluijs memberitahu, makan secara sedikit asid lemak tepu dengan rantaian yang panjang dan memakan protein berasaskan tumbuhan.

    Sebaliknya dikaitkan dengan faktor risiko masalah jantung yang lebih rendah.

    Penggantian lemak tepu dengan sumber tenaga lain seperti karbohidrat tidak menjejaskan faktor risiko masalah organ ini.

    Walaupun diet berbeza mengikut kewarganegaraan dan faktor lain, lemak tepu yang paling sering digunakan ialah asid palmitik dengan 16 atom karbon, diikuti oleh asid stearat, dengan 18 atom karbon.

    Kedua-duanya terdapat dalam produk daging.

    Penggunaan lemak tepu yang mempunyai rantaian atom karbon yang lebih pendek dan terdapat dalam produk tenusu adalah sangat kurang.

    Kaitan dengan peningkatan kolesterol jahat

    Sejak tahun 1960-an, apabila diet yang tinggi lemak tepu dikaitkan dengan peningkatan kolesterol LDL yang jahat dan penyakit jantung koronari.

    Maka, garis panduan diet disyorkan untuk mengehadkan asid lemak tepu.

    Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, kajian penyelidikan telah menimbulkan beberapa persoalan tentang apa yang dianggap sebagai bukti yang kukuh.

    Penemuan yang tidak konsisten telah menunjukkan kemungkinan bahawa pelbagai jenis lemak tepu mempunyai kesan yang berbeza terhadap tahap kolesterol dan perkembangan penyakit jantung koronari.

    Walaupun fakta-fakta kajian mereka menyokong hipotesis ini, Dr Sluijs dan rakan-rakan penyelidiknya mengesyorkan untuk meneruskan dengan berhati-hati sebelum mengubah garis panduan diet.

    faktor risiko masalah jantung

    Dr Sluijs turut menyatakan, kajian mereka hanya membolehkan mereka membuat kesimpulan mengenai tahap perkaitan antara asid lemak tepu dan perkembangan serangan jantung.

    Pasukan penyelidiknya tidak tahu sama ada asid lemak tersebut sebenarnya adalah penyebab perbezaan antara kejadian serangan jantung yang mereka perhatikan.

    Untuk mengkaji perkara ini dengan lebih lanjut, kita memerlukan eksperimen di mana penggunaan asid lemak tepu dikawal dan, misalnya, berbanding dengan penggunaan asid lemak tak tepu.

    Elakkan faktor risiko masalah jantung ini!

    Para penyelidik menasihatkan bahawa perubahan dalam pengambilan lemak harus sejajar dengan corak pemakanan yang disyorkan.

    Pencegahan serangan jantung menekankan pengambilan daging merah dan daging yang diproses serta gula tambahan secara terhad.

    Selain pengambilan garam yang rendah, penggantian bijirin halus dengan bijirin penuh, dan pemakanan buah-buahan dan sayur-sayuran yang lebih tinggi.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 17/05/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan