backup og meta

Ibu Mengandung WAJIB Ambil Vitamin C, Tapi Ada Dos Yang Perlu Dipatuhi!

Ibu Mengandung WAJIB Ambil Vitamin C, Tapi Ada Dos Yang Perlu Dipatuhi!

Ada yang mengatakan bahawa vitamin C untuk ibu mengandung amat penting. Tetapi kenapa dan adakah boleh mendapatkannya melalui suplemen?

Kalau ingin tahu jawapannya, teruskan membaca perkongsian artikel ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

Vitamin C ketika hamil

Vitamin C adalah antioksidan kuat yang terkenal dan vitamin penting sama ada anda hamil atau tidak. 

Jenis vitamin C untuk ibu mengandungi ini dianggap sebagai penggalak imuniti, malah boleh mengurangkan risiko anda untuk mendapat kanser dan penyakit jantung tertentu.

Semasa berbadan dua, vitamin ini memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan perkembangan bayi yang sihat.

Oleh sebab agak mudah untuk mendapatkan vitamin C mencukupi semasa hamil, anda mungkin tidak memerlukan pengambilan suplemen.

Sebaliknya cukup dengan memakan buah sitrus, buah-buahan dan sayuran lain yang kaya nutrien ini. 

Keperluan vitamin C untuk ibu mengandung

vitamin c untuk ibu mengandung

Sepanjang tempoh kehamilan, vitamin ini penting untuk ibu dan bayi yang sedang membesar.

Ia membantu mengekalkan sistem imun yang sihat dan diperlukan tubuh bagi penghasilan kolagen untuk membantu pertumbuhan kulit, rawan, tendon dan tulang bayi serta ibu.

Ia juga bertindak sebagai antioksidan dalam tubuh – membantu badan melawan jangkitan dan melindungi sel daripada kerosakan yang disebabkan radikal bebas.

Turut dikenali sebagai asid askorbik, vitamin C ini adalah vitamin larut air – bermakna tubuh tidak boleh menyimpannya. Oleh itu, anda perlu mengisi semula vitamin ke dalam tubuh dan tidak boleh terlebih dos.

Vitamin C dapat membantu meningkatkan kadar penyerapan zat besi tubuh.

Kajian mendapati bahawa penyerapan zat besi meningkat sebanyak 67% apabila diambil dengan 90 mg vitamin daripada pemakanan, khususnya sumber tumbuhan. 

Kekurangan vitamin C boleh menjejaskan fungsi vaskular dan keanjalan – satu gejala penting preeklampsia, komplikasi kehamilan. Disebabkan itu pentingnya pengambilan vitamin C yang mencukupi semasa mengandung.

Tanda-tanda kekurangan vitamin C termasuklah keletihan, keradangan gusi, luka yang lambat sembuh, lebam dan kulit kering.

Baca juga:

Fahami jumlah vitamin C yang diperlukan ibu mengandung

  • Wanita hamil berumur 18 tahun ke bawah: 80 miligram (mg) sehari
  • Wanita hamil berumur 19 tahun ke atas: 85 mg sehari
  • Wanita menyusui berumur 18 tahun ke bawah: 115 mg sehari
  • Wanita menyusui berumur 19 tahun ke atas: 120 mg sehari
  • Wanita tidak hamil berumur 18 tahun ke bawah: 65 mg sehari
  • Wanita tidak hamil berumur 19 tahun ke atas: 75 mg sehari

Untuk mencapai kadar keperluan vitamin C harian, cuba masukkan sekurang-kurangnya 3 hidangan buah-buahan dan sayuran yang kaya mineral ini ke dalam diet harian anda.

Jenis vitamin C untuk ibu mengandung 

Pastinya buah-buahan sitrus terlintas di fikiran anda kerana ia sangat tinggi vitamin C. Tetapi sayuran berdaun serta pelbagai lagi buah dan sayuran turut merupakan sumber yang sangat baik.

Pilihlah makanan segar sebagai sumber vitamin C kerana haba boleh memusnahkannya. Juga perlu diingatkan bahawa terdapat sesetengah bijirin dan jus diperkaya dengan vitamin C.

Vitamin ini juga membantu memaksimumkan jumlah zat besi yang diperolehi daripada makanan lain yang dimakan.

Semestinya semasa mengandung, anda memerlukan lebih banyak zat besi dan mungkin sukar untuk memenuhi kadar keperluan harian tersebut.

vitamin c untuk ibu mengandung

Itulah sebabnya idea yang terbaik adalah untuk cuba memasukkan makanan kaya sumber vitamin C dalam setiap hidangan.

Ini terutamanya apabila memakan sumber zat besi tumbuhan seperti kekacang – ia akan membantu penyerapan sehingga 6x lebih zat besi.

Vitamin C boleh didapati daripada sumber seperti:

  • 100 gram (g) lada benggala: 126 mg 
  • 100 g brokoli (mentah atau kukus) : 79 mg
  • 100 g strawberi: 57 mg
  • 100 g kubis : 45 mg
  • 100 g buah sitrus (oren adalah yang terbaik): 42-52 mg
  • 100 g jus oren: 40 mg
  • 100 g tomato (sebaiknya dimasak): 30 mg
  • 100 g bayam: 30 mg

Berapa banyak vitamin C untuk ibu mengandung diperlukan?

Walaupun vitamin C adalah larut air, tetapi pengambilan secara berlebihan bukanlah idea yang baik semasa hamil. Pengambilan vitamin C harian maksimum tidak boleh melebihi 2,000 mg.

Secara amnya, vitamin C dianggap selamat, tetapi dos yang tinggi boleh mengganggu perut dan menyebabkan cirit-birit serta loya. 

vitamin c untuk ibu mengandung

Perlu ke pengambilan suplemen vitamin C semasa hamil?

Biasanya tidak perlu mengambil suplemen yang berasingan. 

Anda boleh mendapatkan vitamin C yang diperlukan dengan mudah melalui buah-buahan dan sayuran, malahan vitamin pranatal juga mengandungi vitamin ini.

Sekiranya wujud persoalan sama ada selamat – atau perlu – untuk mengambil suplemen jenis vitamin C untuk ibu mengandung, terutamanya semasa musim selesema dan flu, jawapan yang terbaik adalah untuk mendapatkan vitamin melalui diet dan vitamin pranatal.

Jika wujud kebimbangan tidak mendapat jumlah vitamin yang diperlukan dengan diet pemakanan, berundinglah dengan pakar sama ada suplemen vitamin C sesuai untuk anda atau tidak.

Kesimpulannya? Memakan diet sihat dan seimbang tinggi sumber vitamin C bersama vitamin pranatal seharusnya mampu menampung kadar keperluan asas anda. 

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Vitamin C supplementation in pregnancy. https://www.who.int/elena/titles/review_summaries/vitaminC-pregnancy/en/, Accessed on Jan 24, 2022
  2. Vitamin C during pregnancy. https://www.aptaclub.co.uk/pregnancy/diet-and-nutrition/key-vitamins-and-nutrients/pregnancy-nutrients-vitamin-c.html#, Accessed on Jan 24, 2022
  3. Vitamin C supplementation in pregnancy. https://www.cochrane.org/CD004072/PREG_vitamin-c-supplementation-pregnancy,
  4. Vitamin C. https://mothertobaby.org/fact-sheets/vitamin-c/, Accessed on Jan 24, 2022
  5. Vitamins, supplements and nutrition in pregnancy. https://www.nhs.uk/pregnancy/keeping-well/vitamins-supplements-and-nutrition/, Accessed on Jan 24, 2022
  6. Pregnancy Vitamins and Nutrients. https://americanpregnancy.org/healthy-pregnancy/pregnancy-health-wellness/pregnancy-vitamins-nutrients/, Accessed on Jan 24, 2022 

Versi Terbaru

21/06/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Maria Stork


Artikel Berkaitan

12 Kebaikan Madu Kelulut Untuk Wanita, #5 Penting Kalau Nak Cantik!

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 21/06/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan