backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan

Peka Dengan Keadaan Jantung Anda, Ini 5 Jenis Sakit Jantung Yang Dihidapi Orang Malaysia

Disemak secara perubatan oleh Prof Madya Dr Norsham Juliana Nordin · Kardiologi · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 4 minggu lalu

Peka Dengan Keadaan Jantung Anda, Ini 5 Jenis Sakit Jantung Yang Dihidapi Orang Malaysia

Anda pasti selalu mendengar tentang orang yang mengalami pelbagai jenis penyakit jantung. Mungkin ada kenalan atau ahli keluarga terdekat yang menghidap masalah sakit jantung.

Mana tidaknya, sebab utama kematian di Malaysia pada tahun 2016 menurut Jabatan Statistik Malaysia adalah penyakit jantung iskemik iaitu sebanyak 13.2% (11,310 orang).

Namun, tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan sakit jantung?

Jenis penyakit jantung

Sakit jantung adalah istilah yang luas. Ia adalah sekumpulan penyakit yang menjejaskan jantung, melibatkan bahagian-bahagian tertentu pada jantung dan disebabkan penyebab penyakit jantung.

Penyakit jantung yang utama adalah:

1. Penyakit jantung iskemik (IHD)

jenis penyakit jantung
Warga emas mudah alami masalah jantung.

Ini adalah penyakit nombor satu di bawah jenis-jenis penyakit jantung dan merupakan pembunuh nombor satu di Malaysia.

Kebiasaannya ‘sakit jantung’ yang disebut-sebut dalam kalangan masyarakat merujuk kepada penyakit ini.

Ia berlaku apabila salur (pembuluh) darah koronari menjadi sempit, menyebabkan oksigen yang dibekalkan kepada sel-sel jantung berkurang.

Mekanisme penyakit ini sama seperti strok di mana strok melibatkan salur darah di dalam otak, manakala IHD pada jantung.

Apabila oksigen yang sampai berkurang, sel-sel jantung akan mengalami ‘kebuluran’.

Kadangkala, sebahagian salur darah tersumbat sehingga tiada darah langsung sampai ke sel jantung (infarksi miokardium). Inilah yang disebut sebagai serangan jantung.

Jika salur darah tersebut tidak dibuka semula atau dipintas (bypass) dengan segera, sel-sel jantung terbabit akan mati.

Kesannya, jantung tidak berfungsi dengan baik. Dalam kes yang melibatkan bahagian yang luas, jantung terus terhenti dan pesakit gagal meneruskan kehidupan.

2. Penyakit injap jantung

Injap berfungsi sebagai pintu bagi darah yang berpindah daripada satu ruang jantung kepada ruang yang lain dan menghalang darah daripada berpatah balik ke arah belakang.

Apa-apa masalah yang berlaku pada bahagian ini akan mengganggu pergerakan darah.

Keadaan yang mungkin berlaku adalah:

  • Injap keras – darah susah atau tidak boleh melepasi injap.
  • Injap longgar – sebahagian darah yang dipam berpatah balik ke ruang jantung yang lain.

3. Kardiomiopati

jenis penyakit jantung
Sentiasa perhatikan rentak jantung anda.

Penyakit ini berlaku apabila otot-otot jantung (miokardium) dan tisu di sekelilingnya menjadi tidak sihat.

Otot jantung menjadi tebal, mengembang atau mengeras dalam keadaan tidak normal. Kesannya, jantung tersebut gagal untuk mengepam darah dengan efektif dan menjadi lemah.

Kegagalan jantung atau masalah rentak jantung (aritmia) boleh berlaku.

4. Masalah rentak (aritmia)

Jantung mengepam darah mengikut rentak tertentu yang tetap. Ia dikawal oleh aktiviti elektrik yang berlaku di dalam jantung.

jenis penyakit jantung
Ini yang perlu dilakukan untuk elak serangan jantung.

Jika rentak ini terganggu, fungsi jantung akan turut terjejas. Diagnosis dibuat melalui bacaan elektrokardiogram (ECG).

Terdapat pelbagai jenis penyakit jantung aritmia. Antaranya ialah:

  • Atrial fibrillation (AF).
  • Atrial flutter.
  • Venticular tachycardia.
  • Ventricular fibrillation.

5. Perikarditis

Perikardium adalah lapisan sensitif yang mengelilingi jantung.

Radang boleh disebabkan oleh banyak punca.

Paling kerap adalah jangkitan virus.

Fakta

Ia juga boleh disebabkan oleh bakteria atau kematian sel jantung (infarksi miokardium).

Oleh sebab bahagian ini penuh dengan urat saraf dan sangat sensitif, pesakit akan mengadu sakit dada dan bertambah sakit jika tunduk ke hadapan atau ditekan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Prof Madya Dr Norsham Juliana Nordin

Kardiologi · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 4 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan