backup og meta

Info Lengkap Paru-paru Berair (Pulmonary Edema): Ini Simptom, Punca & Rawatannya

Info Lengkap Paru-paru Berair (Pulmonary Edema): Ini Simptom, Punca & Rawatannya

Paru paru berair (pulmonary edema) ialah pembentukan cecair di dalam paru-paru. Cecair tersebut berkumpul di dalam kantung udara membuatkan pernafasan menjadi susah. Ia kebiasaannya disebabkan oleh masalah jantung tetapi terdapat keadaan kesihatan lain yang boleh menyebabkannya.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Pernafasan, anda boleh klik di sini.

Definisi

Apa itu paru paru berair (pulmonary edema)?

Pulmonary edema boleh terjadi secara tiba-tiba (akut) atau dalam jangka masa yang lama (kronik). Keadaan ini membawa maut jika terjadi secara tiba-tiba menyebabkan sesak nafas yang memerlukan penjagaan serta-merta.

Walau bagaimanapun, jika dikesan pada waktunya, ia kebiasaannya boleh dirawat dan semakin baik dengan rawatan segera. Rawatannya termasuk merawat paru paru berair itu sendiri dan juga penyebabnya.

Ia adalah keadaan yang kerap berlaku dalam orang tua tetapi jarang bagi orang mudah. Sekitar 1 dalam 15 orang berumur 75-84 tahun dan lebih 1 dalam 7 orang berumur 85 tahun dan ke atas mengalami kegagalan jantung.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom pulmonary edema?

Bergantung samada anda mengalami paru paru berair akut atau kronik, simptomnya adalah sedikit berbeza. Tetapi secara umumnya, anda akan mengalami:

  • Susah bernafas;
  • Kebimbangan atau kegelisahan;
  • Kurang kadar kewaspadaan;
  • Bengkak pada kaki atau abdomen;
  • Kulit pucat;
  • Berpeluh (secara berlebihan).

Simptom-simptom paru paru berair akut

  • Sesak nafas teruk atau dyspnea yang semakin teruk apabila baring;
  • Rasa seperti tercekik atau lemas;
  • Nafas berbunyi (wheezes) atau tercungap-cungap;
  • Kebimbangan, kegelisahan;
  • Batuk lendir atau darah;
  • Sakit dada jika pulmonary edema disebabkan oleh penyakit jantung;
  • Degupan jantung laju dan tidak sekata (palpitasi)

Tanda paru paru berair kronik

  • Menghadapi masalah untuk bernafas apabila menjalankan aktiviti fizikal atau baring;
  • Nafas berbunyi (wheezes);
  • Tidur terganggu disebabkan oleh susah bernafas;
  • Naik berat badan dengan cepat disebabkan pembentukan cecair di dalam badan terutamanya di kaki;
  • Bengkak di bahagian bawah badan terutamanya kaki;
  • Penat.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Paru paru berair boleh membawa kepada maut. Anda harus menghubungi pusat kesihatan tempatan serta-merta jika anda mengalami simptom-simptom berikut:

  • Sesak nafas terutamanya jika datang secara mengejut;
  • Masalah bernafas atau rasa tercekik (dyspnea);
  • Bunyi nafas berbuih atau bunyi tercungap-cungap apabila bernafas;
  • Batuk kahak berwarna merah jambu dan berbuih;
  • Susah bernafas dan berpeluh berlebihan;
  • Tona kulit warna biru atau kelabu;
  • Tekanan darah jatuh dengan signifikan menyebabkan ringan kepala, pening lalat, lemah dan berpeluh;
  • Paru paru berair simptom menjadi semakin teruk secara tiba-tiba.

Punca

Apakah punca paru paru berair?

masalah paru berair
Simptom pulmonary edema.

Paru-paru anda terdiri daripada banyak kantung udara kecil yang mengambil oksigen dan melepaskan karbon monoksida setiap kali bernafas.

Jika anda mengalami pulmonary edema, kantung tersebut diisi dengan cecair, bukannya udara. Ia terbahagi kepada 2 kategori: kardiogenik dan bukan kardiogenik.

Kategori pertama kebiasaannya disebabkan oleh kegagalan jantung kongestif – satu keadaan dimana jantung anda mengepam darah terlalu sikit untuk memenuhi keperluan badan.

Apabila keadaan ini berlaku, darah boleh kembali ke dalam vena dan terperangkap di dalam paru-paru. Terdapat banyak keadaan yang boleh membawa kepada kegagalan jantung kongestif seperti:

  • Penyakit arteri koronari: arteri yang membekalkan darah kepada otot jantung menjadi sempit disebabkan pemendapatan lemak;
  • Kardiomiopati: otot jantung rosak;
  • Masalah injap jantung: injap yang mengawal aliran darah tidak berfungsi dengan betul;
  • Tekanan darah tinggi (hipertensi).

Jika paru paru berair tidak disebabkan oleh kegagalan jantung kongestif, adalah berkemungkinan bahawa kapilari telah menjadi lemak atau bocor.

Kategori kedua mungkin disebabkan salah satu dari sebab-sebab berikut:

  • Sindrom pernafasan akut teruk (ARDS): paru-paru anda secara mengejut diisi dengan cecair dan sel darah putih keradangan;
  • Altitud tinggi: perubahan drastik pada tekanan udara boleh menyebabkan cecair mengisi paru-paru anda;
  • Keadaan sistem saraf: selepas kecedaan kepala, sawan, pendarahan subaraknoid atau pembedahan otak, pulmonary edema mungkin berlaku;
  • Embolisme pulmonari: darah beku menyebabkan darah terperangkap di dalam paru-paru anda;
  • Kecederaan paru-paru;
  • Kesan buruk ubat atau terdedah kepada toksin tertentu;
  • Jangkitan virus;
  • Hampir lemas.

Faktor-faktor risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada paru paru berair (pulmonary edema)?

diagnosis paru berair
Ujian X-ray dada.

Terdapat banyak faktor risikonya seperti:

  • Umur: orang tua lebih berisiko;
  • Mengalami keadaan yang disebut di atas.

Diagnosis dan rawatan

Bagaimana pesakit paru paru berair (pulmonary edema) didiagnosis?

Doktor akan memeriksa paru paru berair simptom seperti:

  • Bengkak pada kaki atau abdomen;
  • Abnormal pada vena tengkuk;
  • Warna kulit biru atau pucat.

Seterusnya, doktor akan memeriksa untuk menentukan jika keadaan tersebut disebabkan oleh mana-mana masalah jantung.

Tanda-tanda lain yang mungkin ditemui semasa pemeriksaan ialah:

  • Kimia ujian darah;
  • Mengawasi kadar oksigen dalam darah: menggunakan oksimetri nadi yang menggunakan sensor diletakkan di atas kulit seperti hujung jari;
  • X-ray dada untuk melihat tanda-tanda kegagalan jantung atau masalah lain pada paru-paru seperti pneumonia;
  • Kiraan darah lengkap;
  • Ekokardiogram (ultrasonik pada jantung) untuk melihat jika ada masalah pada otot jantung (seperti lemah, tebal, gagal untuk mengendur dengan baik, injap jantung bocor atau sempit atau cecair di sekeliling jantung);
  • Elektrokardiogram (ECG) untuk melihat tanda-tanda serangan jantung atau masalah pada irama jantung.

Bagaimana pesakit paru paru berair (pulmonary edema) dirawat?

Adakah paru-paru berair boleh sembuh?

Pesakit pulmonary edema kebiasaannya memerlukan kemasukan hospital yang segera. Anda mungkin perlu berada di Unit Kawalan Rapi (ICU) untuk membuang cecair lebihan daripada paru-paru anda dan untuk membantu jantung bekerja dengan lebih efektif.

Rawatan melibatkan penggunaan oksigen melalui topeng muka atau tiub plastik kecil atau tiub pernafasan untuk membantu anda bernafas dengan sendiri.

Penyebab kepada kondisi tersebut harus dikenal pasti dan dirawat segera. Bergantung kepada keadaan dan sebab pulmonary edema anda, anda mungkin juga menerima satu atau lebih ubat berikut.

Ubat-ubatan yang mungkin digunakan termasuk:

  • Ubat untuk mengurangkan preload bagi mengelakkan cecair masuk ke dalam jantung dan paru-paru. Doktor kebiasaannya mempreskrip nitroglycerin dan diuretik seperti furosemide (Lasix) untuk merawat paru paru berair. Nifedipine (Procardia) kadangkala turut dipreskrip.
  • Morphine (Avinza, MS Contin). Narkotik ini mungkin digunakan untuk menghilangkan sesak nafas dan kebimbangan.
  • Ubat untuk mengurangkan afterload. Ubat ini, seperti nitroprusside (Nitropress), mengembangkan saluran darah dan mengurangkan tekanan di dalam jantung.
  • Ubat yang menguatkan otot jantung, mengawal degupan jantung atau mengurangkan tekanan ke atas jantung.

Jika anda mengalami keadaan ini disebabkan altitud tinggi, langkah pertama ialah untuk mendapatkan tangki oksigen atau pergi ke altitud yang lebih rendah dimana oksigen di udara lebih tinggi.

Kemudian, cara merawat paru paru berair dengan mengambil ubat-ubatan preskripsi seperti acetazolamide (Diamox Sequels) atau nifedipine dapat mengurangkan simptom.

paru paru berair
Kesan tekanan air pada paru-paru.

Bagaimana cara merawat paru paru berair?

Petua hilangkan paru paru berair berikut mungkin dapat membantu:

  • Mengawal keadaan dasar dengan mengambil ubat-ubatan seperti yang dipreskripsi oleh doktor;
  • Berhenti merokok;
  • Mengekalkan hidup sihat dan bersenam;
  • Mengambil pemakanan sihat dengan:
  • Mengambil banyak sayur-sayuran, buah-buahan dan gandum;
  • Kurangkan garam;
  • Senaman berkala;
  • Berhenti merokok jika anda merokok;
  • Turunkan berat badan jika anda mempunyai lebih berat badan.

Kesimpulan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Pulmonary edema. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/pulmonary-edema/basics/definition/con-20022485. Accessed July 31, 2016.

Pulmonary Edema. https://www.pennmedicine.org/for-patients-and-visitors/patient-information/conditions-treated-a-to-z/pulmonary-edema. Accessed June 16, 2023.

Pulmonary Edema. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/24218-pulmonary-edema. Accessed June 16, 2023.

Pulmonary Edema. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK557611/. Accessed June 16, 2023.

Pulmonary Edema. https://medlineplus.gov/ency/article/000140.htm. Accessed June 16, 2023.

Versi Terbaru

19/04/2024

Ditulis oleh Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Jangan Abaikan Jika Kerap Alami Sesak Nafas, Ini Juga Petanda Penyakit Berbahaya!

Bukan Susah Nak Bersihkan Paru-Paru, Buat 5 Benda Ini - Bagus Untuk PEROKOK!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Firdaus Rahim · Disemak pada 19/04/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan