Ada banyak sebab mengapa anda perlu tahu perbezaan bacaan tekanan darah rendah mengikut umur termasuk bacaan jika tekanan darah tinggi mahupun normal.
Ada banyak sebab mengapa anda perlu tahu perbezaan bacaan tekanan darah rendah mengikut umur termasuk bacaan jika tekanan darah tinggi mahupun normal.

Purata bacaan darah normal berbeza bergantung jantina dan akan meningkat seiring dengan usia.
Maka, penting untuk kita ketahui bacaan tekanan darah rendah mengikut umur, bacaan tekanan darah tinggi mengikut umur serta yang normal!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.
Sebelum bermula, anda perlulah tahu maksud bacaan tekanan darah dengan lebih terperinci.
Bacaan tekanan darah terdiri daripada dua nombor. Kedua-dua nombor ini memainkan peranan yang sangat penting.
Nombor pertama ialah bacaan sistolik yang menandakan tekanan darah dalam arteri semasa jantung berdegup.1 Nombor kedua pula ialah bacaan diastolik yang menandakan tekanan darah dalam arteri.1
Sebenarnya, anda bukan hanya perlu fokus pada bacaan tekanan darah rendah mengikut umur sahaja! Apa yang anda perlu tahu sebenarnya adalah, apa yang normal dan bila anda perlu risau.
Terdapat banyak punca tekanan darah rendah dan tanda tekanan darah rendah yang anda perlu tahu. Jangan lupa gejala untuk tekanan darah tinggi juga ya.
Kedua-dua tekanan darah rendah dan tinggi ini boleh membahayakan kesihatan dan mengancam nyawa jika tidak dirawat.
Bagi mereka yang ingin memeriksa bacaan tekanan darah rendah mengikut umur, selain untuk melihat jika ia tinggi atau normal, anda boleh rujuk infografik di atas:
Menurut American Heart Association, bacaan tekanan darah yang normal untuk orang dewasa berusia 20 tahun ke atas ialah kurang daripada 120/80 mm Hg.2
Mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi pula mempunyai bacaan sistolik lebih daripada 130 mm Hg atau bacaan diastolik melebihi 80 mm Hg.2
Sebagai panduan, anda boleh rujuk bacaan di bawah:1
Apabila kita semakin berusia, salur darah akan menjadi semakin keras. Plak yang terdiri daripada lemak juga boleh berkumpul di dalam saluran darah dan menyebabkan tekanan darah meningkat.3
Jika tekanan darah anda terlalu tinggi, anda mempunyai risiko untuk menghidap sakit jantung dan strok pada masa hadapan.3

Menurut sebuah kajian yang dimuatkan di dalam The Lancet, purata bacaan tekanan darah untuk lelaki ialah 127/79 mm Hg manakala untuk wanita pula adalah 122/77 mm Hg.4
Sebagai panduan, bacaan tekanan darah normal mengikut umur ialah:
| Ini bacaan tekanan darah normal mengikut umur | ||
| Umur | Lelaki | Wanita |
| 18-39 tahun | 119/70 mm Hg | 110/68 mm Hg |
| 40-59 tahun | 124/77 mm Hg | 122/74 mm Hg |
| 60++ tahun | 133/69 mm Hg | 139/68 mm Hg |
Bagi kanak-kanak pula, mereka mempunyai bacaan tekanan darah tinggi, bacaan tekanan darah rendah mengikut umur, mahupun bacaan darah normal yang sedikit berbeza.5
Berikut adalah panduan bacaan tekanan darah bagi kanak-kanak:5
| Tekanan darah normal untuk kanak-kanak | ||
| Golongan | Sistolik | Diastolik |
| Bayi baru lahir sehingga 1 bulan | 60–90 mm Hg | 20–60 mm Hg |
| Bayi | 87–105 mm Hg | 53–66 mm Hg |
| Anak kecil | 95–105 mm Hg | 53–66 mm Hg |
| Kanak-kanak tadika | 95–110 mm Hg | 56–70 mm Hg |
| Budak sekolah | 97–112 mm Hg | 57–71 mm Hg |
| Remaja | 112–128 mm Hg | 66–80 mm Hg |
Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan individu berbeza mempunyai bacaan darah normal, bacaan tekanan darah rendah mengikut umur atau bacaan tekanan darah tinggi mengikut umur.6
Masalah tekanan darah tinggi biasanya antara perkara yang perlu diambil berat kerana boleh menyebabkan pelbagai penyakit lain seperti masalah jantung.
Berikut adalah faktor yang boleh meningkatkan risiko hipertensi:6
Tekanan darah rendah pula biasanya berlaku disebabkan masalah kesihatan seperti pendarahan dan juga dehidrasi.
Selain mengetahui bacaan tekanan darah rendah mengikut umur atau bacaan tekanan darah tinggi mengikut umur, penting untuk kita memahami cara untuk mengekalkan paras yang normal.
Bagaimana anda boleh memastikan bacaan tekanan darah agar ia kekal pada angka yang normal?7
Sama seperti glukometer yang digunakan bagi mengawasi diabetes, ada juga alatan untuk membantu anda memantau bacaan tekanan darah sebelum ia menjadi terlalu rendah atau tinggi.
Namun begitu, jangan lupa bahawa memantau sahaja tidak cukup. Jangan asyik risaukan bacaan tekanan darah rendah mengikut umur atau bacaan darah tinggi sahaja.
Pastikan anda mengamalkan gaya hidup yang sihat dan menjauhi amalan yang boleh meningkatkan risiko penyakit.
Antaranya dengan bersenam, makan makanan yang seimbang, elakkan tekanan dan lakukan ujian kesihatan secara berkala.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
06/04/2026
Ditulis oleh Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman
Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz