Makanan tradisional Melayu bukan sahaja sedap, tetapi juga kaya dengan nilai khasiat yang sesuai untuk gaya hidup sihat.
Walaupun banyak yang beranggapan bahawa makanan ini kurang sihat kerana kandungan santan atau minyak, sebenarnya ia bergantung kepada cara penyediaan dan kuantiti yang diambil.
Artikel ini akan membincangkan 7 jenis makanan tradisional Melayu yang bukan sahaja lazat, tetapi juga menyihatkan.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.
Senarai makanan tradisional Melayu yang sihat
Berikut adalah 7 jenis makanan Melayu yang sihat:
#1. Nasi Lemak
Nasi Lemak adalah hidangan ikonik dalam budaya Melayu. Kandungan utamanya ialah nasi yang dimasak dengan santan, ikan bilis, telur rebus, kacang tanah dan sambal.
Walaupun santan sering dianggap tidak sihat, sebenarnya ia mengandungi lemak baik yang membantu meningkatkan tenaga.
Kombinasi ikan bilis dan kacang tanah pula memberikan sumber protein dan lemak sihat.
Dengan pengambilan dalam kuantiti yang sederhana, nasi lemak boleh menjadi pilihan makanan yang sihat.
#2. Nasi Kerabu
Nasi Kerabu yang berasal dari Pantai Timur, terkenal dengan warna birunya yang unik yang dihasilkan daripada bunga telang.
Hidangan ini biasanya dihidangkan bersama ulam-ulaman segar, sambal kelapa, ikan bakar dan budu. Adakalanya dimakan bersama daging atau ayam bakar sebagai sumber protein.
Ulam-ulaman dalam hidangan ini pula adalah sumber serat dan vitamin yang penting untuk kesihatan pencernaan.
Ikan bakar pula rendah lemak dan kaya dengan protein, menjadikan nasi kerabu pilihan makanan tradisional Malaysia yang baik untuk kesihatan.
#3. Laksa Penang
Laksa Penang ialah sejenis mi yang dihidangkan dengan kuah asam pedas yang diperbuat daripada ikan dan asam keping.
Kuahnya kaya dengan protein dari ikan serta serat dari bahan-bahan seperti bawang timun, dan nanas.
Kandungan rendah lemak dalam makanan sihat ini menjadikannya pilihan makanan tradisi yang sesuai untuk mereka yang menjaga berat badan.
#4. Asam Pedas
Asam Pedas adalah hidangan tradisional yang terkenal, terutamanya di negeri Melaka dan Johor.
Ia biasanya dibuat dengan ikan seperti ikan tenggiri atau ikan kembung, bersama kuah yang berasaskan cili, asam jawa, dan rempah ratus.
Ikan adalah sumber protein yang baik, manakala kandungan rempah ratus dan asam jawa membantu meningkatkan metabolisme badan.
Hidangan ini juga rendah lemak, menjadikannya pilihan makanan tradisional Melayu yang berkhasiat.
#5. Urap antara makanan tradisional Melayu
Urap adalah hidangan tradisional Melayu yang kurang dikenali tetapi kaya dengan khasiat.
Ia terdiri daripada ulam-ulaman segar seperti kangkung, kacang panjang, dan tauge yang dicampur dengan kelapa parut yang telah disangai bersama rempah.
Sayuran hijau ini kaya dengan vitamin, mineral, dan serat, manakala kelapa parut memberikan lemak sihat yang menyokong kesihatan jantung.
Makanan sihat ini juga sangat enak dan segar.
#6. Sup tulang
Sup tulang adalah hidangan yang terkenal, terutama semasa bulan Ramadan.
Sup ini kaya dengan nutrien kerana ia menggunakan bahan seperti tulang lembu atau kambing yang dimasak perlahan bersama rempah ratus seperti halia, kunyit, dan bawang putih.
Tulang memberikan kalsium dan kolagen yang baik untuk tulang dan sendi, manakala rempah membantu meningkatkan sistem imun badan.
#7. Bubur Lambuk
Bubur Lambuk adalah makanan tradisional yang sering dinikmati semasa bulan puasa.
Ia dibuat dengan bahan seperti beras, santan, daging, dan pelbagai rempah seperti lada hitam dan bunga cengkih.
Bubur ini tinggi dengan karbohidrat kompleks untuk tenaga dan mengandungi rempah yang mempunyai sifat antioksidan.
Ini menjadikannya makanan tradisional yang sesuai untuk memberi tenaga sepanjang hari.
Kesimpulan
Makanan tradisional Melayu sebenarnya adalah makanan sihat yang kaya dengan nilai pemakanan jika diambil dalam kuantiti yang sesuai dan disediakan dengan cara yang sihat.
Dari Nasi Lemak hingga Bubur Lambuk, setiap hidangan mempunyai keunikan tersendiri yang mencerminkan budaya dan warisan kita.
Peringatan!
[embed-health-tool-bmi]