2. Cara besarkan payudara pakai minyak zaitun
Minyak zaitun dikatakan mempunyai bahan yang dapat membesarkan payudara. Bukan itu sahaja, ia juga dapat membuatkan kulit anda jadi lebih lembut dan cantik!
Sama seperti tip di atas, sapukan minyak zaitun pada kawasan payudara. Kemudian, urut seketika. Bilas dengan air hangat dan ulanginya sekali sehari.
3. Gunakan lidah buaya
Lidah buaya mengandungi bahan yang mampu meremajakan dan menganjalkan kulit. Sebab itulah, ia sesuai digunakan sebagai krim membesarkan payudara.
Jika anda tidak mempunyai lidah buaya di rumah, anda boleh beli krim yang sedia ada di pasaran.
Cara untuk mengaplikasikannya juga mudah. Sapukan gel lidah buaya pada kawasan payudara kecuali puting. Kemudian, biarkan selama beberapa minit. Basuh payudara dengan air hangat.
Adakah cara nak besarkan payudara ini berkesan?

Walaupun langkah di atas mungkin berkesan bagi sesetengah orang, namun ia merupakan satu kaedah yang tidak disokong oleh sains. Malah, penggunaan bawang, gel lidah buaya dan minyak zaitun terus pada kulit mungkin akan mendatangkan kerengsaan.
Selain petua yang kami berikan di atas, ada cara nak besarkan payudara lain yang boleh membuatkan buah dada anda nampak lebih anjal:
1. Pakai push up bra
Push up bra merupakan sejenis baju dalam khas yang dapat membuatkan payudara nampak anjal dan tegang. Ia mempunyai kusyen yang akan membuatkan buah dada nampak lebih besar.
Walau bagaimanapun, push up bra hanyalah penyelesaian sementara. Ia tidak akan menyebabkan bentuk payudara anda berubah.
Baca juga:
2. Pam payudara sebagai cara nak besarkan payudara
Jangan terkejut, bukan pam zakar sahaja yang dijual di pasaran, pam payudara pun ada! Pam ini kononnya dapat meningkatkan pendarahan ke kawasan payudara dan menyebabkan ia menjadi besar sehingga 1-2 saiz cup!
Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan sebaliknya. Selalunya, pembesaran yang berlaku disebabkan pam payudara tidak berkekalan. Malah, kesan sampingannya juga masih belum dapat dikenal pasti.
3. Penggunaan krim atau minyak

Tahukah anda, krim membesarkan payudara bukan sahaja tidak berkesan, ia juga hanya akan membazirkan wang anda!
Selalunya, krim ini mengandungi pelbagai fitoestrogen dan afrodisiak. Gabungan bahan-bahan ini dikatakan dapat membesarkan dan menganjalkan payudara. Namun, banyak kajian yang menunjukkan ia tidak berkesan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen