backup og meta

Minyak Ikan, Jangan Sekadar Ambil Suplemen. Kena Tahu Dari Mana Ia Dihasilkan!

Fakta Disemak oleh Nurul Nazrah Nazarudin


Ditulis oleh Siti Sofiah · Disemak pada 07/08/2023

    Minyak Ikan, Jangan Sekadar Ambil Suplemen. Kena Tahu Dari Mana Ia Dihasilkan!

    Tentu anda sering dengar atau nampak produk minyak ikan di pasaran bukan? Tetapi, tahukah anda apakah fungsi sebenar minyak ikan kepada kesihatan? Jom kita ketahui lebih lanjut tentang khasiat minyak ikan.

    Ketahui lebih banyak maklumat tentang Kesihatan di sini.

    Mengapa Perlu Ambil Minyak Ikan?

    Minyak ikan amat sinonim dengan kaitannya sebagai sumber utama asid lemak omega-3 yang baik untuk kesihatan. Pengambilan minyak ikan amat penting kerana tubuh kita tidak boleh menghasilkan lemak ini. Oleh itu, kita perlu mendapatkan asid lemak omega-3 ini daripada makanan. 

    Selain melalui ikan, asid lemak juga boleh didapati dari sumber makanan lain seperti rumpai laut dan alga serta bijirin dan kekacang seperti biji chia, walnut dan edamame. 

    Antara ikan yang kaya dengan khasiat ini pula adalah seperti salmon, ikan tongkol, sardin dan jangan terkejut, ikan bilis juga kaya dengannya tahu!

    Khasiat minyak ikan

    Apakah Khasiat Minyak Ikan?

    Minyak ikan seperti yang diterangkan di atas adalah salah satu sumber utama asid lemak omega-3.

    3 komponen utamanya adalah asid alpha-linoleic (ALA), asid eicosapentaenoic (EPA) dan asid docosahexaenoic (DHA). 

    Komponen-komponen asid ini sering dikaitkan dengan pelbagai manfaat kesihatan. Berikut adalah antara khasiat minyak ikan untuk tubuh anda.

    1. Kesihatan jantung

    Kajian menunjukkan, pengambilan makanan laut seperti ikan berlemak boleh menjaga kesihatan jantung. Komponen asid lemak EPA dan DHA dikatakan boleh menurunkan paras lemak jahat trigliserida dalam darah.

    2. Menyokong kesihatan dan perkembangan otak bayi

    Ibu hamil dan menyusukan anak disarankan untuk mengambil makanan yang kaya dengan omega-3 terutamanya yang tinggi kandungan DHA bagi menyokong tumbesaran yang sihat dan perkembangan otak bayi. Sebab itulah banyak susu formula dan makanan bayi ditambah dengan DHA bagi memberikan manfaat ini.

    3. Membantu dalam masalah reumatoid artritis

    Terdapat kajian yang menunjukkan, pengambilan suplemen minyak ikan atau omega-3 bagi pesakit reumatoid artritis menyebabkan mereka kurang bergantung kepada ubat penahan sakit. 

    Bagaimana Minyak Ikan Dihasilkan?

    Anda tentu pernah lihat pelbagai jenis suplemen minyak ikan dijual di pasaran kan? Ini memudahkan mereka yang memerlukan khasiat minyak ikan untuk mendapatkannya. Tapi, bagaimana ia dihasilkan? 

    Minyak ikan kebanyakannya diambil dan diproses daripada ikan yang hidup di kawasan perairan sejuk kerana kandungan lemaknya yang lebih tinggi untuk melindungi mereka daripada suhu rendah.

    Kami berkesempatan menemuramah Encik Kumaran Chandrasergaran, Pengurus Negara BLACKMORES Malaysia dan Singapura, sewaktu pelancaran kempen “An Ocean of Goodness in Every Capsule” – Selaut Kebaikan Dalam Setiap Kapsul.

    Menurut beliau, Blackmores merupakan salah satu pengeluar suplemen yang menggunakan sumber laut. Jadi, syarikat ini amat mengetengahkan komitmen syarikat terhadap kualiti, kemampanan serta penyelidikan yang dijalankan dalam penghasilan produk mereka. 

    Oleh itu, pihak BLACKMORES mementingkan amalan penangkapan ikan yang beretika dengan menggunakan ikan kecil yang mempunyai kurang isu dengan pencemaran seperti merkuri. 

    “Di BLACKMORES, kami percaya bahawa setiap orang berhak untuk menjalani hidup yang sihat dan penuh bertenaga, di samping masih melindungi lautan. Oleh sebab itu, kami berbangga untuk menyediakan suplemen kesihatan mampan, premium dan berkualiti tinggi yang menyokong kesihatan anda serta bumi yang kita kasihi,” kata Encik Kumaran.

    Khasiat minyak ikan

    Mengembalikan Kebaikan Kepada Lautan 

    Pengambilan sumber laut seperti penangkapan ikan boleh menjejaskan hidupan marin termasuk penyu dan lain-lain. Menerusi kempen “An Ocean of Goodness in Every Capsule”, bagi setiap pembelian produk BLACKMORES Minyak Ikan Omega-3, RM1 akan didermakan oleh BLACKMORES kepada Persatuan Pemuliharaan Penyu Malaysia.

    Ini adalah salah satu langkah oleh syarikat ini dalam mengembalikan kebaikan kepada lautan daripada khasiat minyak ikan yang kita perolehi.

    Sebagai sebahagian kempen ini, sebuah jerayawara (roadshow) dengan kerjasama Watson diadakan di Konkos LG, Mid Valley Kuala Lumpur bermula 24 hingga 30 Julai 2023. Pengunjung akan berpeluang untuk mempelajari dengan lebih lanjut tentang produk keluaran BLACKMORES dan minyak ikan omega-3.

    Khasiat minyak ikan

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Nurul Nazrah Nazarudin


    Ditulis oleh Siti Sofiah · Disemak pada 07/08/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan