backup og meta

Selain Cantikkan Kulit Dan Boleh Kurus, Ini 12 Sebab Anda Harus Makan Lobak Putih!

Selain Cantikkan Kulit Dan Boleh Kurus, Ini 12 Sebab Anda Harus Makan Lobak Putih!

Apabila bercakap pasal lobak, pasti terbayangkan lobak merah, betul tak? Namun hakikatnya, lobak putih juga tidak kurang hebatnya. Biasanya ia dijadikan sebagai lobak masin atau lobak asin.

Dalam artikel ini Hello Doktor kongsikan antara kelebihan dan manfaat kesihatan sayuran ini. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

Apa itu lobak putih?

White radish tergolong dalam keluarga kubis dan nama saintifiknya adalah Raphanus Sativus var. Longipinnatus.

Lobak ini telah digunakan berabad lamanya untuk tujuan perubatan Ayurveda. Ia boleh membantu merawat pelbagai jenis penyakit. Dalam komponen perubatan di China juga menggunakan lobak ini kerana ciri-ciri bau pedasnya (pungent).

Dari aspek pemakanan pula, ia boleh dimakan secara mentah, dimasak ataupun dijadikan jeruk.

Khasiat lobak putih 

Berikut antara beberapa manfaat dan kelebihan yang boleh diperolehi melalui pengambilan sayur ini, seperti:

1. Bantu rawat jaundis

Lobak secara meluas dianggap sebagai ubat semula jadi untuk penyakit kuning.

Jus lobak yang mempunyai kesan detoksifikasi kuat dapat membantu menghilangkan toksin dan seterusnya membantu membersihkan darah – sangat bagus untuk masalah jaundis.

Lobak juga berfungsi mencegah pecahan sel darah merah pada individu yang mengalami jaundis dengan meningkatkan bekalan oksigen.

2. Cegah jangkitan saluran kencing

Lobak ini bersifat diuretik, sekali gus membantu membersihkan buah pinggang dengan merangsang pengeluaran air kencing.

Jus lobak berkesan dalam menyembuhkan keradangan dan mengurangkan rasa sensasi terbakar yang mungkin dialami seseorang semasa kencing.

Fungsinya yang merangsang pengeluaran air kencing membolehkan pencegahan jangkitan pada sistem saluran kencing atau buah pinggang.

3. Lobak putih bagus untuk penghidap arthritis rheumatoid

Vitamin C boleh bertindak menentang radikal bebas dalam tubuh dan menghalang sebarang kerosakan pada rawan badan. Vitamin C juga membantu pembentukan kolagen – bahan yang membentuk rawan badan.

Maka dengan mengambil white radish ini dapat membantu mencegah atau melambatkan keadaan seperti arthritis.

4. Cegah kanser

Memasukkan lobak merah dan putih dalam diet membantu melawan pelbagai jenis kanser seperti kanser kolon, perut, usus, mulut dan buah pinggang – disebabkan oleh kehadiran vitamin C, asid folik dan anthocyanin yang merupakan antioksidan kuat.

Di samping itu, lobak juga mengandungi isothiocyanates yang mengubah laluan genetik sel kanser dan menyebabkan apoptosis atau kematian sel, secara tidak langsung menghalang sel kanser daripada membiak.

5. Cegah masalah jantung

lobak putih
Lobak baik untuk kesihatan jantung.

Anthocyanin yang terdapat dalam lobak mempunyai sifat antiradang yang membantu mencegah penyakit kardiovaskular. Ia juga membantu memeriksa kesan lain seperti penyakit arteri periferal, kegagalan jantung dan penyakit buah pinggang. 

Anthocyanin yang terdapat dalam lobak membantu mengedarkan metabolit dan mencegah masalah jantung dengan mengurangkan tekanan oksidatif serta keradangan.

6. Menurunkan berat badan

Bagi anda yang ingin mengurangkan berat, jangan lupa untuk memasukkan lobak dalam diet kerana ia rendah karbohidrat boleh dihadam, tinggi bahan pelawas (roughage) dan mengandungi banyak air.

Kandungan serat dalam sayuran ini juga membuatkan anda lebih kenyang dan dapat menghalang pengambilan makanan secara berlebihan – kesannya berat badan akan berkurangan. 

7. Merawat gangguan pernafasan

Lobak putih mempunyai sifat antikongestif dan membantu mencegah kerengsaan hidung, tekak, saluran udara dan paru-paru. Kerengsaan tersebut biasanya disebabkan oleh selesema, jangkitan, alahan dan lain-lain.

Lobak membantu melindungi sistem pernafasan daripada jangkitan kerana ia adalah sumber yang kaya dengan vitamin dan boleh bertindak sebagai pembasmi kuman.

lobak putih
Sup lobak putih kaya dengan vitamin dan sangat menyegarkan.

8. Sesuai untuk tekanan darah & diabetes

Lobak mengandungi kalium – vasodilator – yang membantu melegakan saluran darah dan meningkatkan aliran darah. Ini sekali gus mengurangkan tekanan darah dengan mengawal aliran darah.

Pengambilan lobak tidak memberi kesan kepada paras gula darah kerana ia mempunyai indeks glisemik yang rendah. Lobak juga mengawal penyerapan gula dalam aliran darah menjadikan ia selamat untuk pesakit diabetes.

9. Cantikkan kulit

Lobak merah atau putih baik untuk kulit kerana kehadiran vitamin C dan B, zink serta fosforus. Kandungan air yang tinggi juga membantu mengekalkan kelembapan kulit.

Selain itu, lobak turut mempunyai sifat penyahjangkit dan membantu mencegah gangguan kulit seperti kulit kering, ruam dan rekahan.

10. Mempunyai sifat antikulat

Antara khasiat lobak putih adalah ia sayuran antikulat semula jadi. Ia mengurangkan kulat – bakteria yang boleh mengakibatkan jangkitan yis pada faraj, mulut dan sebagainya.

11. Tingkatkan sistem imun

Kehadiran vitamin C dalam lobak merah dan putih menjadikannya pilihan yang sangat baik untuk dimasukkan ke dalam diet bagi meningkatkan imuniti badan.

Vitamin C membantu mengawal metabolisme badan dan membantu dalam pembentukan kolagen. Kolagen membantu menguatkan dinding saluran darah dan mencegah timbulnya pelbagai penyakit kardiovaskular.

lobak putih
Antara tanda-tanda badan anda kekurangan vitamin C. 

Salah satu khasiat lobak putih #12. Penting untuk kesihatan tulang

Lobak sumber yang kaya dengan kalsium –  penting untuk kesihatan tulang. Ia bagus ditambah dalam diet bagi mereka yang berisiko menghidap osteoporosis atau masalah berkaitan penuaan.

Akhir kata…

Disarankan sebelum menjadikan lobak merah dan putih ini sebahagian daripada diet harian anda, berundinglah dengan doktor atau pakar pemakanan untuk memastikan kesesuaian diri dan mengelakkan sebarang kesan sampingan tidak diingini.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Patricia M. Tavares, Karin Thevissen, Bruno P. A. Cammue, Isabelle E. J. A. François, Eliana Barreto-Bergter, Carlos P. Taborda, Alexandre F. Marques, Marcio L. Rodrigues, Leonardo Nimrichter (2008). In Vitro Activity of the Antifungal Plant Defensin RsAFP2 against Candida Isolates and Its In Vivo Efficacy in Prophylactic Murine Models of Candidiasis. https://journals.asm.org/doi/full/10.1128/aac.00448-08, Accessed on April 26, 2022 .

Radishes, oriental, raw. https://fdc.nal.usda.gov/fdc-app.html#/food-details/168451/nutrients, Accessed on April 26, 2022 .

9 Benefits of white radish and side effects. https://healthbenefitsof.org/9-shocking-health-benefits-of-white-radish/, Accessed on April 26, 2022.

Radishes – A New Cover Crop for Organic Farming Systems. https://eorganic.org/node/4182. Accessed on April 26, 2022.

Top 10 Ways to Enjoy Daikon Radish. https://fruitsandveggies.org/stories/top-10-ways-to-enjoy-daikon-radish/. Accessed on April 26, 2022.

 

Versi Terbaru

06/02/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

8 Manfaat Minyak Ikan, Bukan Hanya Baik Untuk Otak Sahaja!

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 06/02/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan