Meskipun semua orang sudah tahu akan khasiat sayur-sayuran pada tubuh badan, namun masih ada yang mungkin tidak gemar untuk mengambilnya. Kenapa? Adakah kerana tekstur atau rasa sayur?
Sebenarnya, anda perlu ubah mentaliti dan selera untuk makan lebih sayur kerana memang banyak manfaat individu boleh dapat daripadanya. Berikut adalah contoh sayur yang terbaik!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.
Kenapa kita semua kena makan sayur?
Untuk pengetahuan anda semua, tubuh badan manusia amat memerlukan nutrien-nutrien penting seperti protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral, serat dan air untuk terus kekal sihat.
Ajaibnya, kebanyakan nutrien di atas ini wujud di dalam sayur-sayuran yang seterusnya akan bawa banyak manfaat terutama dalam aspek pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan anda.
Disebabkan itu pula, individu dinasihatkan untuk mula makan sayur sejak dari usia kecil lagi. Atau jika tidak, anda berisiko untuk memiliki tubuh badan yang terbantut berbanding orang lain.
Baca lagi artikel berkaitan:
- Sayur, Bukan Sekadar Pelengkap Hidangan
- Tak Makan Sayur, Tubuh Masih Boleh Dapat Khasiat Ke? Ini Cara Diet Sihat Tanpa Sayur-Sayuran
- Bapa Anak 3 Kongsi Tip Ajar Si Kecil Makan Sayur, Tak Perlu Paksa!
“Sebenarnya, tabiat makan sayur itu memang sangat penting bagi diet yang seimbang dan ia wajar diamalkan sejak dari usia muda lagi,” jelas Penasihat Pemakanan, Dr. Zubaidi Ahmad.
Menurut ramai pakar lain juga, sekurang-kurangnya separuh daripada pinggan hidangan anda itu perlu diisi dengan manfaat dan khasiat sayur-sayuran. Persoalannya, sayur jenis apa yang terbaik?
Ini antara contoh jenis sayur yang terbaik!
Anda juga ingin dapat nutrien daripada jenis sayur yang terbaik? Ikuti beberapa contoh berikut ini:
#1. Cendawan
Untuk pengetahuan anda semua, cendawan memang tinggi dengan protein, kalsium, zat besi serta vitamin B dan D. Disebabkan itu pula, tumbuhan ini memang bagus untuk otot dan tulang.
Wujud banyak jenis cendawan yang sihat-sihat belaka namun yang paling terkenal adalah Shiitake yang biasa diekstrak dan dibuat herba ekoran kemampuannya dalam meningkatkan sistem imun.
Khasiat sayur penting #2. Bayam
Bayam merupakan sumber mangan serta pelbagai jenis vitamin seperti A, B dan K. Satu mangkuk sayur ini dengan berat 30 g dipercayai mampu memenuhi lebih separuh keperluan vitamin di atas.
Bukan itu sahaja, ia juga dikatakan sangat bagus untuk ibu hamil ekoran kandungan folat tinggi yang mampu menyokong pertumbuhan dan perkembangan janin lantas mengelak bayi lahir cacat.
Khasiat sayur penting #3. Brokoli
Brokoli merupakan salah satu jenis sayur yang penuh khasiat dalam bentuk vitamin A, C dan folat. Maka, ia sangat bagus untuk kesihatan mata, kulit, tulang, sistem saraf serta ibu mengandung.
Apa yang lebih menarik, ia adalah sayur yang mungkin paling menarik perhatian golongan anak kecil ekoran tekstur dan rasa yang menarik. Ibu bapa boleh jadikan ia sayur pertama si kecil anda.
#4. Kailan
Jangan tidak tahu bahawa kailan adalah sayur yang digelar paling sihat di dunia! Ini kerana sayur ini bukan sahaja kaya dengan vitamin dan mineral bahkan juga sifat antioksidan berupa lutein dan betakarotena yang mampu melindungi sel dari radikal bebas.
Disebabkan itu pula, tubuh badan individu mungkin akan kurang risiko untuk mengalami masalah keradangan sekali gus menurunkan risiko penyakit kronik seperti diabetes, kanser dan lain-lain.