backup og meta

Tak Sangka Ada Banyak Khasiat Nira Nipah, Lepas Tahu, Mesti Anda Kerap Nak Minum!

Tak Sangka Ada Banyak Khasiat Nira Nipah, Lepas Tahu, Mesti Anda Kerap Nak Minum!

Ramai yang mungkin biasa minum air nira hasil pokok kelapa, tebu, sagu dan banyak lagi namun tidak tahu tentang air nira nipah. Sebenarnya, ia juga antara minuman daripada tumbuhan yang tinggi khasiat terhadap kesihatan tubuh badan!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

Nira nipah, minuman tumbuhan kurang popular?

Nira itu adalah sejenis cairan dengan rasa manis yang dapat diekstrak daripada batang tanaman seperti kelapa, tebu, sagu, bit, betari, mapel, enau, kurma, tal dan sebagainya.

Ia diperolehi menerusi suatu kaedah yang dinamakan sebagai ‘penyadapan’ di mana tumbuhan akan dilenturkan mayangnya sedikit demi sedikit sehingga tangkainya itu patah.

Selepas itu pula, seludang tumbuhan akan dihiris menggunakan pisau dan air (nira) yang keluar akan ditakung ke dalam batang buluh lalu dikumpul untuk dijadikan minuman.

Kebiasaannya, para petani nira akan menambah bahan tambahan seperti kapur atau natrium benzoat ke dalam air nira itu tadi untuk elak terjadinya ‘penapaian’ secara semula jadi.

nira nipah

Sama juga proses ini dengan pokok nipah yang mungkin kurang popular namun tinggi khasiat!

Apa anda boleh dapat jika minum air nira nipah?

Bukan mudah untuk memproses dan membuat air ini, ia berbaloi dengan khasiatnya seperti berikut:

#1. Membekalkan tenaga badan

Dalam kalangan masyarakat kita, air nira ini mungkin akan jadi popular apabila tiba musim puasa kerana ia dipercayai mampu untuk membekalkan tenaga badan pada siang hari.

Dengan tenaga yang lebih tinggi, maka anda akan dapat bekerja dengan lebih cergas, aktif dan tidak mudah lesu. Maka, ia mungkin boleh diibaratkan sebagai tonik yang sempurna.

Baca lagi artikel berkaitan:

#2. Menurunkan suhu badan

Sama dengan air nira lain seperti kelapa, khasiat nira nipah dipercayai mampu untuk menurunkan suhu badan lantas menyejukkan dan sesuai diambil ketika musim atau cuaca panas.

Bukan hanya ketika cuaca hangat sahaja, ia juga malahan bagus untuk diminum apabila anda sedang demam selesema. Namun, ia tidak boleh menjadi satu-satunya ubat yang diambil untuk merawat demam anda.

Khasiat nira nipah #3. Mengatasi sembelit

Mengejutkan, air hasil daripada tanaman ini turut dikatakan mampu untuk mengatasi masalah sembelit yang terjadi akibat kurang ambil serat.

Ini kerana ia bukan sahaja tinggi dengan serat malah asid amino, protein, vitamin, mineral dan lain-lain.

nira nipah

#4. Menguatkan sendi tulang

Seperti mana yang ramai sudah tahu, tulang manusia bukan sahaja memerlukan kalsium malahan banyak lagi vitamin dan mineral lain agar sendi tulang itu tumpat serta kuat.

Menariknya, minuman ini mungkin mempunyai pelbagai jenis nutrien yang diperlukan oleh individu dalam usaha untuk mendapatkan dan mengekalkan kesihatan tulang yang lebih baik.

Khasiat nira nipah #5. Mengubati penyakit

Bukan setakat sembelit, turut ada beberapa lagi jenis penyakit lain yang diyakini mampu diubati dengan cuka daripada nira ini seperti buasir, tekanan darah tinggi, diabetes, obesiti dan lain-lain.

Namun, ia belum lagi dapat dipastikan kesahihannya dan kajian lanjut masih diperlukan.

Ia turut boleh bantu sistem perkumuhan?

Jangan percaya dulu ya, perkara ini sangat penting! Ada satu mitos yang mengatakan bahawa air nira ini boleh bantu individu dalam usaha memecahkan batu karang, melawaskan air kencing dan membersihkan buah pinggang.

nira nipah

Hakikatnya, tiada sebarang jenis air, minuman atau makanan yang mampu untuk tujuan tersebut dan anda masih perlu ubatan tertentu dengan preskripsi daripada pakar serta doktor.

Dalam pada itu, anda perlu tahu bahawa ia mungkin sebaliknya dan mampu memburukkan lagi keadaan organ dalaman anda jika minuman ini terkandung bahan kimia berbahaya.

Jadi, boleh atau tidak individu minum air nira?

Untuk pengetahuan anda semua, minuman daripada tumbuhan ini sebenarnya adalah salah satu jenis ‘tuak’ ekoran ada kemungkinan untuk ia ditapaikan sebelum dipasarkan.

Ini bermakna individu yang beragama Islam wajar lebih berwaspada sebelum minum air nira ini kerana ia boleh jatuh hukum haram terutama jika ia berupaya memabukkan.

Bukan itu sahaja, anda juga harus berjaga-jaga dengan produk minuman ini di pasaran kerana khuatir jika ia akan menggunakan bahan tambahan seperti alkohol yang ternyata membahayakan.

Konklusinya, tidak salah untuk beli dan minum air nira jika ia diproses dengan cara betul namun jangan terlalu percaya dengan manfaat yang diuar-uarkan kerana ia mungkin hanya satu mitos.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Health Benefits of Neera, https://www.valuefood.info/3136/health-benefits-of-neera/, Accessed May 17 2022.
  2. Nypa fruticans, http://tropical.theferns.info/viewtropical.php?id=Nypa+fruticans, Accessed May 17 2022.
  3. Nypa fruticans – Wurmb., https://pfaf.org/user/Plant.aspx?LatinName=Nypa+fruticans, Accessed May 17 2022.
  4. Comparison of nutrient composition of ripe and unripe fruits of Nypa fruticans, https://fruits.edpsciences.org/articles/fruits/pdf/2013/06/fruits130089.pdf, Accessed May 17 2022.
  5. Neera- A Potential Natural Health Drink, https://biomedres.us/fulltexts/BJSTR.MS.ID.002114.php, Accessed May 17 2022.

Versi Terbaru

21/09/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

5 Jenis Herba Ini Ada Banyak Manfaat Kesihatan, Paling 'Top' Sekarang Ini Herba #4

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 21/09/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan