home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

6 Cara Cepat Untuk Merangsang Tenaga

6 Cara Cepat Untuk Merangsang Tenaga

Adakah anda rasa letih di pagi hari walaupun selepas mendapatkan tidur yang cukup? Anda selalu bergelut di waktu pagi yang sukar setiap hari dan dalam keadaan letih pada waktu malam. Tip berikut boleh mambantu merangsang tenaga anda dengan cepat.

Meregangkan otot

Anda harus cuba regangan ini: Bangun dan berdiri di pintu masuk, menghadap ke hadapan dengan berdiri beberapa sentimeter lebih tinggi di atas hujung jari kaki, dan cuba untuk menyentuh hujung pintu. Kemudian tolak dada anda ke hadapan sehingga rasa regangan pada batang tubuh dan belakang anda; tahan selama setengah minit.

Pengajar yoga di Oakland, California menjelaskan bahawa senaman ini merangsang sistem saraf simpatetik. Oleh itu, ia boleh memberikan kesegaran kepada badan dan minda kita.

Kerap berehat dalam tempoh yang singkat

Ia membantu mengelakkan anda dari kepenatan.

Seorang penyelidik di Louisiana State University mengatakan bahawa pekerja yang mengambil banyak rehat yang singkat menyelesaikan pekerjaan dengan lebih cepat dan membuat lebih kurang kesilapan berbanding mereka yang mengambil hanya satu atau dua rehat yang lebih lama setiap hari.

Menurut satu penyelidikan di Princeton University, menguap membantu badan anda merehatkan otak dan membangunkannya.

Bau sesuatu yang menenangkan

Anda kehabisan tenaga? Aroma tertentu boleh meningkatkan daya tumpuan dan menjadikan anda fokus dengan lebih mudah. Untuk merangsang dengan cepat, hidu dengan mendalam apabila anda sedang memotong atau memerah lemon, oren atau limau gedang. Jika anda berada dalam mod untuk sesuatu yang lebih berbeza, cari daun segar pudina atau rosemary untuk mendapatkan aromanya atau minum secawan teh pudina – wangian ini juga boleh memberi tenaga kepada minda anda.

Bergerak

Mengapa tidak anda bangun dan berjalan-jalan di suatu tempat semasa mengantuk? Ia hanya mengambil masa beberapa minit. Ia boleh memberikan anda rangsangan tenaga tanpa banyak memakan masa kerja anda. 10 minit berjalan kaki memberikan tenaga lebih banyak daripada memakan bar coklat menurut kajian dari Jurnal of Personality dan Social Psychology.

Selain itu, jika keadaan memungkinkan, anda bioleh pergi ke bilik mandi untuk menyejukkan badan. Kemudian pergi ke luar dan dapatkan nafas udara segar. 10 minit berjalan kaki adalah baik untuk peredaran darah, membolehkan anda kekal segar, dan membantu anda menyelesaikan kerja dengan efektif.

Meditasi

Cuba untuk menghabiskan sekurang-kurangnya 5 minit setiap pagi memberi tumpuan kepada pernafasan anda sama ada dalam keadaan berbaring atau duduk. Meditasi boleh mengurangkan tekanan dan melawan keletihan. Apabila anda bermeditasi, anda boleh merasai nafas anda dengan jelas dan membantu minda anda menjadi lebih sihat.

Ini meningkatkan produktiviti anda untuk dan mengelakkan dari keletihan.

Minum Air

Jangan terkejut. Salah satu sebab yang paling umum orang berasa letih adalah dehidrasi. Tidak percaya? Semakin kurang air anda minum setiap hari, semakin kurang oksigen beredar di dalam darah. Minum 8 gelas air segar sepanjang hari – atau segelas minuman yang menyegarkan apabila kurang tenaga.

health-tool-icon

Kalkulator BMI

Guna kalkulator ini untuk mengira Indeks Jisim Badan (BMI) dan semak tahap kesihatan berat badan anda. Anda juga boleh menyemak BMI anak.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

10 Ways to Boost Your Energy in 10 Minutes or Less http://www.webmd.com/balance/guide/boost-energy Assessed December 08, 2016

8 ways instantly boost your energy http://sheerluxe.com/2016/09/26/8-ways-instantly-boost-your-energy Assessed December 08, 2016

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim Disemak pada 05/12/2019
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor