backup og meta

7 Khasiat Tembikai Merah Yang Anda Mungkin Tak Tahu, No. 6 Mesti Ramai Suka!

7 Khasiat Tembikai Merah Yang Anda Mungkin Tak Tahu, No. 6 Mesti Ramai Suka!

Buah tembikai merupakan salah satu makanan yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi ketika cuaca panas. Namun, tahukah anda, apakah khasiat buah tembikai yang sedap dimakan pada waktu panas ini?

Sebenarnya, ada banyak kebaikan makan tembikai setiap hari yang mungkin anda tidak tahu. Teruskan pembacaan anda untuk mengetahui khasiat buah tembikai untuk lelaki dan juga wanita.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

7 khasiat buah tembikai

Buah tembikai amat sesuai jika dimakan sebagai pencuci mulut. Ia bukan sahaja kaya dengan vitamin dan mineral, malah kandungan airnya yang tinggi (92%) juga membuatkan kita rasa lebih kenyang selepas memakannya.

Jika anda sukakan buah tembikai, ini beberapa fakta yang anda perlu tahu mengenai buah yang menjadi kegemaran orang ramai ini. Jom ambil tahu kebaikan makan tembikai setiap hari untuk kesihatan!

1. Buah tembikai membantu anda kekal hidrat

Semua orang tahu, cara yang terbaik untuk pastikan badan kekal hidrat adalah dengan minum air dengan mencukupi.

Namun, makan buah yang mengandungi banyak air juga mempunyai manfaat yang lebih kurang sama. 

Salah satu khasiat buah tembikai yang ramai pandang remeh ialah kemampuannya untuk membuatkan kita kekal hidrat!

Malah, kombinasi air dan serat yang terkandung di dalam buah tembikai juga boleh membuatkan anda kekal kenyang dalam satu jangka masa yang lama walaupun ia mengandungi kalori yang sedikit.

2. Bantu melegakan otot yang sakit

khasiat buah tembikai
Kelebihan buah tembikai untuk kesihatan.

Tahukah anda, kebaikan makan tembikai setiap hari boleh membantu melegakan otot yang sakit?

Menurut kajian yang dijalankan oleh Journal of Agricultural Food and Chemistry, minum jus tembikai selepas senaman dapat mengurangkan kadar degupan jantung dan sakit otot yang dialami oleh atlet.

Buah tembikai mengandungi sejenis asid amino yang dikenali dengan nama L-citrulline, yang akan ditukarkan oleh badan kepada L-arginine, asid amino yang bantu mengendurkan salur darah dan memperbaiki peredaran darah. 

3. Buah tembikai bagus untuk kesihatan jantung

Sakit jantung merupakan antara punca utama kematian di seluruh dunia.

Faktor gaya hidup seperti diet yang sihat dapat membantu menurunkan risiko sakit jantung dan strok dengan cara mengurangkan tekanan darah dan tahap kolesterol badan.

Untuk pengetahuan anda, antara khasiat buah tembikai ialah ia mengandungi sejenis antioksidan yang dikenali sebagai likopena (lycopene)

Selain itu, ia juga mengandungi sitrulina (citrulline), sejenis asid amino yang boleh meningkatkan tahap nitrik oksida dalam badan. 

Nitrik oksida yang terkandung di dalam buah tembikai ini dapat membantu menurunkan tekanan darah dalam badan.

Malah, menurut kajian yang dijalankan oleh Florida State University mendapati wanita yang telah mengalami menopaus boleh meningkatkan kesihatan kardiovaskular setelah mengambil suplemen yang mengandungi sitrulina selama 6 minggu.

4. Ia tidak semanis yang anda sangka!

buah tembikai
Rasa buah tembikai yang manis membuatkan ramai menggemarinya.

Mungkin ramai yang elakkan buah tembikai kerana rasanya yang amat manis. Namun, jika difikirkan kembali, hampir semua buah-buahan mengandungi gula yang banyak.

Tetapi, walaupun keburukan buah tembikai ini adalah manis, buah-buahan ini juga mengandungi nutrien yang tinggi. 

Sebagai contoh, buah tembikai mengandungi 45 kalori, 11 gram karbohidrat dan 9 gram gula. 

Jika dibandingkan dengan ubi keledek yang mempunyai 175 kalori, 41 gram karbohidrat dan 16 gram gula, buah tembikai tidaklah semanis yang anda sangka!

Malah, buah tembikai sebenarnya mempunyai ¼ daripada jumlah karbohidrat dan ½ jumlah gula jika dibandingkan dengan ubi keledek. 

5. Khasiat buah tembikai tiada tandingannya!

Tahukah anda, semakin masak buah tembikai, semakin banyaklah vitamin dan nutrien yang terkandung di dalamnya?

Malah, semua kebaikan buah tembikai seperti yang terkandung di bawah, akan jadi bertambah banyak apabila buah tersebut semakin berusia:

  • likopenia
  • beta karotena
  • vitamin C
  • vitamin A
  • serat
  • antioksidan

Wah, tak sangka banyak betul khasiat buah tembikai! Selain itu, anda juga boleh rujuk kepada warna buah tembikai tersebut.

Jika ia berwarna merah terang, lebih banyaklah vitamin dan nutrien yang terkandung di dalamnya.

Jadi, selepas ini pilihlah buah tembikai yang berwarna merah terang ya!

contoh makanan sihat
Khasiat buah-buahan dan sayur-sayuran mengikut warnanya.

6. Bagus untuk rambut dan kulit

Siapa sangka, antara khasiat buah tembikai adalah pada rambut dan kulit kita! Dua vitamin di dalam buah tembikai iaitu vitamin A dan C amat penting untuk kesihatan kulit dan rambut.

Vitamin A misalnya, amat penting untuk kulit yang sihat kerana ia membantu membuat sel kulit baru dan memperbaiki kulit yang rosak. 

Tanpa vitamin A yang mencukupi, kulit akan nampak kering dan kusam.

Vitamin C pula membantu badan membuat kolagen, sejenis protein yang memastikan kulit dan rambut kekal sihat.

Khasiat buah tembikai untuk lelaki 7.  Bantu melawan kanser

Buah tembikai merupakan sumber likopenia yang amat baik untuk mencegah dan merawat kanser prostat.

Walau bagaimanapun, saintis masih lagi mengkaji apakah kaitan antara antioksidan ini dan bagaimana ia boleh membantu melawan kanser.

Kesimpulan

Kini, setelah mengetahui khasiat tembikai, pasti anda ingin mengambilnya dengan lebih kerap bukan?


Buah tembikai bukan sahaja sedap dimakan begitu sahaja, anda juga boleh taburkan sedikit garam ke atasnya untuk rasa yang sedikit berbeza!

Malah, banyak kebaikan makan tembikai setiap hari yang menjadikannya sebagai makanan sihat, sesuai untuk kesihatan kita.

Malah, kulit luarnya juga boleh dimakan dan mempunyai khasiat yang sama seperti buah tembikai sendiri. Tapi, jangan pula makan kulitnya yang berwarna hijau tu, jadi jangan lupa kupas dulu ya!

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. 7 Reasons to Eat More Watermelon. https://blog.ochsner.org/articles/7-reasons-to-eat-more-watermelon. Accessed Feb 8, 2021.
  2. 8 Health Benefits of Watermelon. https://greybears.org/8-amazing-health-benefits-of-watermelon/. Accessed Jan 14, 2022.
  3. The wonders of watermelon. https://www.mayoclinichealthsystem.org/hometown-health/speaking-of-health/the-wonders-of-watermelon. Accessed Jan 14, 2022.
  4. Why Watermelon Should Be Part of Your Diet. https://health.clevelandclinic.org/benefits-of-watermelon. Accessed Jan 14, 2022.
  5. 11 Top Watermelon Health Benefits That Nutritionists Say Are Backed by Promising Research. https://www.nwhealth.edu/news/11-top-watermelon-health-benefits/. Accessed Jan 14, 2022.

Versi Terbaru

05/06/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Bukan Boleh Ambil Begitu Sahaja, Ada Sebab Perlu Basuh Buah & Sayur Sebelum Makan!

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 05/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan