Kadangkala, sampai tak tahu apa yang ingin dimasak dalam menu masakan setiap hari ketika berdiet. Anda mahu tahu contoh menu diet 7 hari?
Kami kongsikan di sini menu diet sarapan pagi yang terbaik.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkan di sini.
Contoh menu diet 7 hari yang boleh anda cuba di rumah
Berikut disertakan beberapa cadangan hidangan menu diet untuk anda selama tujuh hari.
Contoh menu diet 7 hari ini diberikan berdasarkan empat waktu makan setiap hari iaitu sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam.
Contoh menu diet 7 hari: Hari pertama
- Sarapan pagi: Campuran oat bersama pisang atau buah-buahan potong yang lain
- Makan tengah hari: Segenggam nasi putih bersama potongan dada ayam yang diperap bersama bawang putih dan lemon
- Minum petang: Mentega kacang dan juga potongan buah
- Makan malam: Bihun goreng dan telur rebus
Contoh menu diet seminggu hari kedua
- Sarapan pagi: 2 keping roti bersama telur hancur
- Makan tengah hari: Segenggam nasi bersama tempe dan tauhu goreng. Boleh juga ditambah sup sayur
- Minum petang: Potongan buah epal
- Makan malam: Segenggam nasi bersama potongan dada ayam yang dipanggang
Contoh menu diet seminggu hari ketiga
- Sarapan pagi: Lempeng yang dimakan bersama potongan buah pisang
- Makan tengah hari: Segenggam nasi dengan hidangan ikan stim bersama limau
- Minum petang: Badam dan juga coklat gelap
- Makan malam: Segenggam nasi bersama sup sawi dan tauhu
Contoh menu makanan harian hari keempat
- Sarapan pagi: Overnight oat
- Makan tengah hari: Segenggam nasi putih bersama sup ayam
- Minum petang: Kacang campuran
- Makan malam: Segenggam nasi bersama ayam stim
Contoh menu diet sarapan pagi dan waktu makan lain hari kelima
- Sarapan pagi: Smoothies pisang bersama mentega kacang
- Makan tengah hari: Segenggam nasi putih bersama sup ikan
- Minum petang: Yogurt bersama potongan buah-buahan
- Makan malam: Segenggam nasi bersama lauk singgang ikan
Contoh menu diet hari keenam
- Sarapan pagi: Roti bakar bersama potongan epal dan sedikit madu
- Makan tengah hari: Segenggam nasi putih bersama ikan bakar dan air asam
- Minum petang: Telur rebus yang dilenyek dan dimakan bersama roti
- Makan malam: Segenggam nasi dengan lauk tomyam ayam
Contoh menu diet seminggu hari ketujuh
- Sarapan pagi: Wrap dengan inti ayam panggang dan sayur bayam
- Makan tengah hari: Segenggam nasi putih bersama ayam panggang lada hitam
- Minum petang: Popia berinti sayur
- Makan malam: Spageti aglio olio dengan potongan ayam
Bukan hanya ikut contoh menu diet 7 hari, tetapi juga gaya hidup sihat
Bukan hanya makanan yang menyebabkan anda sihat, tetapi juga gaya hidup anda secara keseluruhan.
Oleh itu, selain daripada mengikuti contoh menu diet tujuh hari seperti yang disarankan, anda juga perlu melakukan perkara-perkara seperti berikut:
- Amalkan minum air kosong atau air bersama perahan limau bagi menggantikan air bergula
- Jangan skip sarapan pagi anda kerana sarapan pagi adalah waktu makan paling penting setiap hari
- Banyakkan makan sayuran dan juga buah-buahan
- Amalkan gaya hidup yang aktif seperti bersenam dan kerap berjalan kaki
- Kawal jumlah makanan anda. Makanan yang sihat tanpa pengawalan jumlah yang diambil juga adalah sia-sia
- Elakkan makanan yang tinggi kandungan lemak tepu
Kesimpulan
Kini anda boleh merancang menu makanan anda untuk tempoh seminggu.
Tetapi, adakah anda boleh sahaja mengambil jenis makanan sama sepanjang diet ini?
Jika mahu, anda juga boleh repeat menu makanan ini dengan menukarkan harinya pada minggu seterusnya.
Anda tidak perlu pening lagi mengenai apa yang ingin dimasak semasa diet. Ikut sahaja contoh menu diet tujuh hari dalam artikel.
[embed-health-tool-bmr]