backup og meta

Apa Jenis Diet Paling Sesuai Buat Pesakit Diabetes? (Klu: Diet Ini Sangat Popular)

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/03/2023

    Apa Jenis Diet Paling Sesuai Buat Pesakit Diabetes? (Klu: Diet Ini Sangat Popular)

    Sekiranya anda ada kondisi diabetes, adalah sangat sukar untuk memilih makanan dan minuman kerana ada diet untuk kencing manis yang perlu anda patuhi.

    Antara aspek pemakanan yang harus diberikan perhatian khusus adalah pengambilan gula kerana ia boleh menjejaskan tahap glukosa dalam darah pesakit diabetes.

    Persoalannya, apa jenis diet untuk kencing manis yang paling sesuai bagi mengawal penyakit ini? Jom teruskan membaca artikel untuk tahu dengan lebih lanjut!

    Diet untuk kencing manis paling sesuai!

    Untuk pengetahuan anda, sebenarnya ada satu jenis diet yang sangat sesuai buat semua pesakit diabetes dan diet ini telah wujud buat sekian lamanya – vegetarian.

    Ini kerana diet vegetarian berfokuskan kepada pengambilan makanan dan minuman yang berteraskan tumbuhan seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang.

    Dengan ini, maka pengambilan zat makanan yang sangat tinggi gula, karbohidrat dan lemak dapat dihindarkan ekoran ia adalah berbahaya buat pesakit kencing manis.

    diet untuk kencing manis

    Dalam pada itu, apa lagi manfaat diet vegetarian yang dapat diambil oleh penderita diabetes melalui cara pemakanan sihat ini? Sila teruskan membaca ya!

    Manfaat diet ini buat pesakit diabetes!

    Buat pesakit diabetes jenis 1, jenis 2 atau diabetes gestasi, adalah sangat sukar bagi mereka memilih diet untuk kencing manis kerana khuatir akan kondisi diri.

    Anda tidak lagi perlu risau kerana diet vegetarian akan mendatangkan manfaat seperti berikut:

    #1. Mengendalikan glukosa dalam darah

    Pertama, diet ini mampu mengendalikan tahap gula dalam darah kerana ia melibatkan banyak pengambilan serat yang berperanan penting dalam sistem pencernaan.

    Ini kerana diet yang tinggi dengan serat mampu melambatkan proses pencernaan sehingga makanan tersebut tidak terlalu cepat untuk diproses menjadi glukosa.

    Dengan ini, maka sudah tentu pesakit kencing manis akan mampu untuk mengelak kadar gula dalam darah melonjak dengan drastiknya sejurus selepas waktu makan.

    Kajian American Diabetes Association menyatakan bahawa pesakit diabetes yang amal diet vegetarian mengalami penurunan glukosa lebih signifikan berbanding dengan yang tidak mengambilnya.

    #2. Mengekalkan berat badan individu

    Kedua, diet yang tinggi dengan serat ini juga mempunyai keupayaan untuk membuat individu itu akan berasa kenyang lebih lama dan tidak mudah berasa lapar.

    Selain itu juga, ia mengutamakan pengambilan makanan dan minuman yang rendah kalori lantas membuat individu dapat mengekalkan berat badan di tahap ideal.

    Ini adalah penting kerana pesakit kencing manis sering kali dikaitkan dengan risiko tinggi mengalami masalah berat badan berlebihan atau lebih teruk, obesiti.

    Kajian American Medical Association menyatakan bahawa diet ini juga mampu meningkatkan sistem metabolisme serta insulin sekali gus menjadikan ia sangat bagus untuk diabetes.

    diet untuk kencing manis

    #3. Mengelakkan komplikasi kencing manis

    Bukan itu sahaja, diet vegetarian dipercayai mampu mengelakkan komplikasi diabetes berkaitan kardiovaskular seperti sakit jantung, darah tinggi dan strok daripada berlaku.

    Ini disebabkan oleh peraturan diet untuk kencing manis ini yang menyarankan anda untuk menghindarkan pengambilan daging yang tinggi dengan lemak.

    Risiko komplikasi ini turut akan menjadi lebih rendah jika anda mengikuti diet vegetarian dengan lebih ketat dan langsung tidak mengambil makanan tinggi kolesterol.

    Selain mampu mengendalikan glukosa dalam darah dan mengekalkan berat badan individu, diet ini juga sudah tentu bagus dalam usaha mengelakkan komplikasi kencing manis terjadi.

    Bagaimana amal diet untuk kencing manis ini?

    Di sebalik semua manfaat yang dibawa oleh diet untuk kencing manis ini, wujud satu masalah kerana pesakit diabetes disarankan untuk mengamalkan pola makanan yang stabil.

    Ini bermakna diet vegetarian yang hanya berfokuskan pada tumbuhan, membuatkan pesakit akan kekurangan nutrisi karbohidrat, lemak dan protein yang masih diperlukan oleh tubuh mereka.

    diet untuk kencing manis

    Tenang, ada cara untuk anda masih boleh kekal sihat jika amalkan diet vegetarian di samping menghidap diabetes! Caranya adalah seperti berikut:

    Ambil karbohidrat kaya serat

    Anda boleh ambil sumber karbohidrat kaya serat daripada nasi, jagung, gandum dan ubi dengan kuantiti serta kualiti yang ideal.

    Ambil sumber lemak yang sihat

    Anda boleh ambil sumber lemak yang sihat daripada telur, ikan, susu soya dan minyak kanola dengan kuantiti serta kualiti yang ideal.

    Ambil sumber protein bukan daging

    Anda boleh ambil sumber protein bukan daging dari tempe, tauhu, susu soya dan kacang badam dengan kuantiti serta kualiti yang ideal.

    Ambil suplemen vitamin dan mineral

    Anda boleh ambil sumber vitamin dan mineral seperti zat besi, kalsium, vitamin C dan vitamin B menerusi suplemen yang disarankan oleh doktor.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/03/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan