What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Cari Penawar Tradisional Diabetes? Amalkan 7 Bahan Ini, Semuanya Ada Di Dapur!

    Cari Penawar Tradisional Diabetes? Amalkan 7 Bahan Ini, Semuanya Ada Di Dapur!

    Untuk pengetahuan anda, telah wujud beberapa penawar kencing manis tradisional yang wujud dan mungkin boleh membantu anda mengawal kondisi tersebut.

    Meskipun ia tidak dijamin akan berkesan, adalah tidak salah untuk anda semua tahu perkara ini!

    Penawar kencing manis tradisional

    Mungkin anda boleh menggunakan penawar kencing manis tradisional yang berikut untuk mengawal glukosa dalam darah anda.

    Pun begitu, anda diingatkan agar sentiasa berkomunikasi dan berkonsultasi dengan doktor untuk mendapatkan kepastian yang lebih nyata.

    Berikut merupakan penawar tradisional kencing manis yang anda boleh gunakan:

    #1. Peria katak

    penawar kencing manis

    Peria katak mengandungi lektin yang mampu menurunkan kemampuan glukosa dalam darah yang bertindak balas dengan tisu utama dan menghilangkan selera makan individu.

    Lektin ini adalah punca utama kepada perkembangan hipoglemik. Jadi, salah satu cara yang boleh diamalkan adalah dengan pengambilan jus berasaskan sayur ini.

    Dalam pada itu, jus ini disarankan untuk diambil dengan mencampurkannya bersama bahan yang lain seperti epal hijau, cili benggala hijau, daun saderi atau timun.

    Anda juga disarankan untuk mengambil jus ini setiap hari secara konsisten bagi mengawal kadar gula dalam darah sekali gus merawat diabetes secara semula jadi.

    Cara penyediaannya adalah mudah sahaja iaitu potong halus peria katak dan campurkannya dengan bahan lain serta kisarkannya bersama air putih sehingga hancur.

    Paling penting, jangan sesekali tambah gula di dalamnya kerana perbuatan itu boleh menghilangkan khasiat sayur tersebut di samping menambahkan kadar pengambilan gula.

    Penawar kencing manis tradisional #2. Halia

    Halia dikatakan berupaya membantu pesakit diabetes dalam mengawal kadar glisemik, menggalak penghasilan insulin serta mengelak masalah katarak pada mata.

    Menurut pengkaji dari University of Sydney, Australia, didapati bahawa ekstrak halia buderim iaitu sejenis halia dari Australia yang diperkaya dengan gingerol mampu meningkatkan kadar glukosa dalam sel otot tanpa sebarang penggunaan insulin sekali gus mengawal paras gula menjadi normal.

    Selain itu, didapati juga bahawa halia sebenarnya mampu membantu meningkatkan kepekaan insulin dan melindungi individu daripada penyakit kencing manis.

    Menurut satu kajian, didapati bahawa 2 gram serbuk halia yang diambil pada setiap hari mampu menurunkan paras gula dalam darah sebanyak 12%.

    Dalam pada itu, ia juga mampu meningkatkan kadar gula dalam tempoh jangka masa yang panjang seperti HbA1c atau hemoglobin glikasi lantas menyebabkan penurunan sebanyak 10% dalam tempoh 12 minggu.

    Menurut banyak kajian, halia adalah amat berguna dalam menjadi sumber antidiabetes dan boleh dijadikan penawar kencing manis secara tradisional.

    penawar kencing manis

    #3. Bunga cengkih

    Bunga cengkih mengandungi 30% daripada fenol antioksidan, quercetin serta antioxidants anthocyanin.

    Disebabkan itu, ia mempunyai sifat antiseptik yang menawarkan pelbagai faedah antiradang, analgesik serta untuk sistem penghadaman penderita diabetes.

    Menurut sebuah kajian, rempah ini didapati dapat membantu mengawal paras gula, trigliserida serta paras kolesterol LDL dalam darah penderita diabetes.

    #4. Bawang putih

    Bawang putih bukan sahaja terkenal dengan kebolehannya untuk merawat masalah kulit seperti panau atau jeragat.

    Ia juga sangat dikenali dengan sifatnya yang mampu mengurangkan paras kolesterol tinggi dalam tubuh badan yang mana ia merupakan antara masalah utama penderita kencing manis.

    Pengambilan sayur ini secara oral dapat menurunkan serum glukosa, kolesterol, trigliderida serta pelbagai lagi sebatian lain dalam tubuh badan penderita diabetes.

    #5. Daun kari

    Daun kari dikatakan dapat membantu menstabilkan tahap glukosa dalam darah serta memberi kesan kepada metabolisma karbohidrat.

    Menurut kajian yang diterbitkan dalam Penyelidikan Pembangunan Jurnal Antarabangsa, daun kari didapati mengandungi fitokimia yang mampu membantu mengawal tahap gula dalam darah penderita kencing manis dengan mengurangkan paras gula dalam darah.

    Selain itu, sifat antioksidannya juga mampu membantu pengeluaran sel pankreas dengan lebih aktif dikeluarkan sekali gus menjana lebih banyak insulin

    penawar kencing manis

    #6. Kayu manis

    Kayu manis adalah sejenis tumbuhan yang mampu mengawal paras glukosa dalam darah sekali gus menjadikannya sangat bagus untuk membantu melawan penyakit kencing manis.

    Menurut beberapa kajian, pengambilannya mampu meningkatkan keupayaan insulin selain sifatnya yang antioksidan dapat membantu mencegah tanda dan gejala diabetes.

    Penawar kencing manis tradisional #7. Halba

    Halba dikatakan sangat bermanfaat sebagai penawar alternatif diabetes.

    Pelbagai kajian telah dijalankan dan didapati bahawa halba mampu menurunkan paras glukosa dalam darah dengan memperlahankan proses pencernaan makanan serta melambatkan penyerapan karbohidrat dalam usus kecil.

    Selain itu, terdapat lagi beberapa jenis herba tradisional yang dikatakan mampu menjadi penawar kencing manis secara tradisional seperti lidah buaya serta ginseng.

    Kedua-dua bahan ini dikatakan dapat membantu menurunkan kadar glukosa dalam darah serta meningkatkan daya imunisasi penderita kencing manis.

    Persoalannya, sejauh manakah keberkesanan penawar tradisional ini?

    Hakikatnya, herba-herba yang dinyatakan tersebut memang tidak dinafikan khasiatnya, namun keberkesanannya juga adalah bergantung kepada cara dan tempoh pengambilannya.

    Kita tidak boleh mengandaikan bahawa herba-herba ini adalah penawar diabetes yang mujarab.

    Sebaliknya, ia hanyalah ikhtiar yang mungkin boleh membantu anda. Sebaiknya, anda perlu dapatkan khidmat nasihat dan rawatan doktor untuk menyelesaikan sebarang kondisi kesihatan anda.

    health-tool-icon

    Kalkulator BMI

    Guna kalkulator ini untuk mengira Indeks Jisim Badan (BMI) dan semak tahap kesihatan berat badan anda. Anda juga boleh menyemak BMI anak.

    Lelaki

    Wanita


    Jangan bimbang. Ikuti topik hangat dan bertukar cerita dengan bakal ibu yang lain. Sertai Komuniti Kehamilan!

    Jangan bimbang. Ikuti topik hangat dan bertukar cerita dengan bakal ibu yang lain. Sertai Komuniti Kehamilan!


    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Sumber Rujukan
    1. What is traditional treatment for diabetes. https://www.researchgate.net/post/What-is-traditional-treatment-for-diabetes-in-your-country. Accessed 4 August 2019.
    2. Traditional medicine. https://scialert.net/abstract/?doi=ijp.2015.874.887. Accessed 4 August 2019.
    3. Diabetes.https://spectrum.diabetesjournals.org/content/14/3/154. Accessed 4 August 2019.
    4. Type 2 diabetes natural remedies.https://www.stamfordhealth.org/healthflash-blog/integrative-medicine/type-2-diabetes-natural-remedies/Accessed 4 August 2019.
    5. Diabetes herbal. https://www.diabetes.co.uk/Diabetes-herbal.html. Accessed 4 August 2019.
    Gambar penulisbadge
    Ditulis oleh Ahmad Farid Disemak pada 25/05/2022
    Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung