Sedang mencari menu atau makanan untuk diet cepat kurus? Jangan risau, anda berada di tempat yang betul!
Tidak dinafikan, badan yang sihat datang dalam pelbagai bentuk dan saiz.
Namun, kita semua perlu menjaga berat badan dan pastikan ia dalam julat yang normal untuk berada dalam keadaan yang paling sihat.
Selain senaman, diet juga memainkan peranan yang penting. Ingin tahu makanan apa yang sesuai diambil ketika diet? Jom ikuti penerangan kami di bawah!
31 makanan untuk diet cepat kurus
Sebenarnya, ada banyak makanan yang sesuai untuk dijadikan menu diet cepat kurus.
Walau bagaimanapun, semua makanan perlulah diambil secara sederhana. Kalau makan tidak ingat dunia, dietlah macam mana pun, pasti tidak akan menjadi!
Jadi, jika anda sedang mencari makanan untuk diet cepat kurus, 31 makanan ini mungkin dapat membantu perjalanan anda untuk menguruskan badan!
- Telur
Telur merupakan satu makanan yang padat dengan nutrisi. Malah, kebanyakan khasiatnya terkandung di dalam kuning telur.
Disebabkan telur kaya dengan protein dan lemak, ia dapat membantu kita rasa kenyang lebih lama.
- Sup
Jika anda mula makan dengan semangkuk sup, besar kemungkinan anda akan makan lebih sedikit daripada biasa.
Walau bagaimanapun, pastikan sup tersebut mempunyai sekitar 100 hingga 150 kalori satu hidangan. Jadi, elakkan pengambilan sup yang bersantan dan berlemak.
- Coklat gelap
Siapa cakap coklat akan menyebabkan kegemukan? Sebenarnya, coklat mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Tetapi, pastikan anda makan berpada-pada dan memilih coklat gelap berbanding coklat susu.
- Buah epal
Suka minum jus epal? Apa kata gantikannya dengan buah.
Buah epal mengandungi serat yang dapat membuatkan kita rasa kenyang lebih lama. Selain itu, kita juga akan rasa lebih puas jika mengunyah ketika makan.
- Yogurt
Tidak kisahlah apa jua jenis yogurt yang digemari, semuanya bagus untuk memastikan kita sentiasa kurus dan ramping.
Malah, pengambilan yogurt juga baik untuk sistem pencernaan.
- Avokado
Avokado mengandungi pelbagai jenis lemak baik yang bagus untuk kesihatan. Malah, ia diperkaya dengan asid oleik, lemak yang sama terkandung di dalam minyak zaitun.
- Biji selasih
Biji selasih merupakan antara makanan yang paling bernutrisi di muka bumi. Ia mengandungi 12 gram karbohidrat bagi setiap 28 gram.
Ia juga merupakan sumber serat terbaik dan kaya dengan asid lemak omega-3 yang amat bagus untuk menurunkan berat badan.
- Madu
Madu merupakan satu manisan dengan 0 lemak. Ia juga mengandungi protein dan serat yang sangat sedikit. Selalunya, madu akan digunakan sebagai pengganti gula.
Namun, banyak kajian yang membuktikan sifat antimikrob, antikulat, antikanser dan antidiabetik madu yang ternyata amat baik untuk kesihatan.
- Kekacang, makanan untuk diet cepat kurus yang berkesan
Kekacang merupakan snek yang baik jika anda seorang yang sibuk bekerja.
Cukup sekadar segenggam kacang tanah, almond atau walnut untuk membuatkan anda kenyang sepanjang hari.
- Limau gedang
Limau gedang boleh membantu menurunkan berat badan, lebih-lebih lagi jika anda mempunyai risiko kencing manis.
Malah, menurut kajian yang dijalankan di Scripps Clinic, San Diego, individu yang makan separuh limau gedang sebelum makan boleh menurunkan berat sebanyak 1.5 kg dalam masa 12 minggu!
- Ikan tuna
Ikan tuna merupakan salah satu makanan untuk diet cepat kurus. Kandungan proteinnya yang tinggi dapat membuatkan anda rasa kenyang dengan lebih lama.
Malah, ikan tuna juga mempunyai banyak lemak sihat yang baik untuk kesihatan jantung.
- Kentang
Walaupun kentang mengandungi karbohodrat yang tinggi, ia mempunyai nutrisi yang lengkap.
Malah, kentang juga baik untuk mereka yang mempunyai masalah tekanan darah kerana kandungan potassium yang tinggi.
- Cili pun makanan untuk diet cepat kurus?
Siapa sangka makan cili boleh membuatkan kita jadi kurus? Cili mengandungi capsaicin, bahan yang membuatkannya rasa pedas.
Kajian menunjukkan capsaicin boleh mempercepatkan proses pembakaran lemak dan meningkatkan metabolisme badan.
- Keju kotej
Keju kotej kaya dengan protein yang baik untuk mengekalkan otot pada badan. Di samping rasanya yang sedap, keju kotej juga mempunyai kalsium yang tinggi.
- Bijirin penuh
Bijirin penuh seperti oat, beras perang dan quinoa didapati dapat menurunkan berat badan.
Malah, ia juga mengandungi banyak serat dan jumlah protein yang mencukupi sebagai tenaga sepanjang hari.
- Ikan salmon
Ikan salmon dapat membantu anda menurunkan dan mengekalkan berat badan.
Malah, ia juga dapat membantu meregulasi hormon yang bertanggungjawab mengawal selera makan.
- Buah lemon
Air lemon mempunyai kalori yang sangat rendah.
Jika anda menggantikan air manis dengan air lemon, anda dapat menurunkan berat badan dalam masa yang sangat pendek!
- Minyak zaitun
Selain dapat membantu turunkan berat badan, minyak zaitun juga kaya dengan vitamin E, menjadikannya antara makanan yang sangat berkhasiat untuk kecantikan kulit.
- Teh hijau
Teh hijau merupakan antara makanan yang paling sihat. Ia mengandungi banyak antioksidan yang baik untuk kesihatan.
Malah, teh hijau juga boleh mempercepatkan pembakaran lemak dan membantu anda menurunkan berat badan.
- Daging pejal
Siapa kata orang yang berdiet tidak boleh makan daging pejal? Sebenarnya, daging pejal seperti ayam merupakan sumber protein yang sangat baik.
Walau bagaimanapun, kawal jumlah kalori dengan cara memasak yang betul. Elakkan menggoreng daging. Sebaiknya, rebus atau stim untuk kurangkan kalori.
- Kopi
Kopi hitam merupakan minuman yang baik sebagai menu diet cepat kurus. Secawan kopi hitam mempunyai kurang daripada 5 kalori.
Elakkan menambah susu atau gula ke dalam kopi kerana ini boleh menambah jumlah kalorinya.
Selain itu, pastikan anda minum kopi secara bersederhana. Jangan minum kopi lebih 4 cawan sehari dan elakkan mengambilnya sebelum tidur.
- Pisang
Pisang merupakan antara makanan untuk diet cepat kurus yang terbaik.
Disebabkan ia mengandungi banyak serat, pisang akan dicerna dengan perlahan. Jadi, anda akan rasa kenyang dengan lebih lama.
Cuba makan sebiji pisang sehari jika anda ingin menurunkan berat badan.
- Oat
Oat merupakan makanan yang kaya dengan serat larut air.
Walau bagaimanapun, elakkan membeli oat segera dan jangan tambah terlalu banyak gula untuk mendapatkan kebaikan penuh.
- Kerang-kerangan
Kerang mempunyai kalori yang rendah, namun kaya dengan protein dan lemak sihat.
Individu yang berdiet perlu mengambil protein yang mencukupi untuk membina otot. Dalam masa yang sama, ia juga dapat membuatkan selera makan berkurang.
- Gula perang
Jika anda sukakan manisan, cuba tukar gula putih ke gula perang. Ia mempunyai kalori yang lebih rendah, namun tidak akan membuatkan metabolisme badan berkurang.
- Sayur seperti brokoli, kubis dan kubis bunga
Sayur ini mempunyai kalori yang rendah dan serat yang tinggi. Oleh sebab itu, ia dapat membuatkan anda rasa kenyang lebih lama dan sesuai ditambahkan ke dalam diet harian.
Malah, sayuran ini juga baik untuk jantung tau!
- Kacang pistachio
Banyak kajian yang membuktikan kacang pistachio dapat membantu menurunkan berat badan. Malah, ia juga dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan sindrom metabolik.
Kacang pistachio juga boleh menjadi sumber protein yang bagus untuk vegetarian dan vegan.
- Sayuran hijau
Sayuran hijau seperti bayam, salad dan kangkung bukan sahaja mempunyai kalori yang rendah, ia juga mengandungi banyak serat yang dapat membuatkan anda rasa kenyang lebih lama.
- Ceri
Ceri bukanlah makanan yang popular untuk menurunkan berat badan, namun ia dapat membantu mereka yang sedang berdiet.
Malah ia juga kaya dengan nutrien seperti potasium, mangan dan vitamin C.
- Makanan untuk diet cepat kurus: Ubi keledek
Ubi keledek kaya dengan serat, menjadikannya salah satu makanan untuk diet cepat kurus. Malah, kandungan fiber ini juga baik untuk perut dan boleh melegakan sembelit.
- Saderi
Sama seperti sayuran lain, saderi juga mengandungi serat yang tinggi. Malah, sebatang saderi hanya mempunyai 10 kalori! Sebab itulah ia sesuai dijadikan menu diet cepat kurus.
Jumlah air yang banyak di dalam sebatang saderi juga dapat mengelakkan dehidrasi dan juga masalah perut kembung.
[embed-health-tool-bmi]