Mencari cara yang berkesan untuk menurunkan berat badan merupakan masalah paling kerap dihadapi kebanyakan orang kerana mereka belum tahu akan diet jus.
Anda pasti?
Mencari cara yang berkesan untuk menurunkan berat badan merupakan masalah paling kerap dihadapi kebanyakan orang kerana mereka belum tahu akan diet jus.
Terdapat trend menurunkan berat badan dengan minum diet jus. Walau bagaimanapun, ramai yang masih tertanya-tanya sama ada ia akan berkesan atau tidak.
Jika anda mempunyai soalan yang sama, artikel ini akan menyediakan anda dengan maklumat yang berguna!
Lebih banyak berat berlebihan yang anda tanggung, lebih tinggi risiko lebih daripada 50 masalah kesihatan berbeza yang perlu anda hadapi.
Satu penyelidikan dari universiti Harvard telah menunjukkan bahawa mereka yang mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti lebih cenderung untuk mempunyai penyakit jantung, strok, kanser dan kemurungan.
Berat badan dan anzieti: Kajian pada tahun 2010 dalam Archives of General Psychiatry mendapati bahawa obesiti akan meningkatkan risiko masalah mental sebanyak 55% berbanding dengan mereka dengan berat badan normal.
Berat badan dan kanser: Satu kajian oleh Persatuan Kanser Amerika, yang diterbitkan di dalam jurnal The New England Journal of Medicine telah menunjukkan hubungan antara berat badan berlebihan dengan pelbagai jenis kanser.
Dalam kedua-dua lelaki dan wanita, BMI lebih tinggi akan membawa kepada risiko lebih tinggi untuk mendapat kanser di dalam esofagus, kolon dan rektum, hati, atau buah pinggang.
Bagi lelaki, kematian akibat kanser perut atau prostat boleh dikaitkan dengan berat badan berlebihan atau obesiti.
Sementara itu, dalam kalangan wanita, berat badan berlebihan juga meningkatkan risiko kematian akibat kanser payudara, kanser rahim atau kanser ovari.
Berat badan dan jangka hayat: Berat badan berlebihan boleh memakan jangka umur anda.
Kajian New England Journal of Medicine menunjukkan bahawa mereka yang mempunyai berat badan berlebihan pada usia 50 ke 71 tahun, menghadapi kematian lebih cepat berbanding orang lain.
Dalam kalangan orang obes, kadar kematian adalah dua hingga tiga kali lebih tinggi.
Terdapat banyak sebab-sebab yang membawa kepada obesiti:
Satu lagi cara biasa adalah minum diet jus buah atau sayur yang dikenali sebagai diet mentah.
Dengan minum hanya diet jus buah, badan kita dapat menyingkirkan toksin, mendapatkan semula nutrien yang diperlukan, dengan itu, memulihkan keadaan kesihatan.
Menurut Paul dan Patricia Bragg, pengarang “The Miracle of Fasting,” puasa adalah satu pilihan untuk mengepam keluar “racun” dari dalam tubuh badan anda.
Senarai di bawah menunjukkan diet jus buah atau sayur terbaik yang perlu anda minum untuk kesan penurunan berat badan terbaik.
Berat badan berlebihan atau obesiti boleh membawa banyak kesan negatif kepada kesihatan dan tubuh badan anda secara keseluruhan.
Anda perlu mengawasi aktiviti anda dan jenis diet jus buah atau sayur yang perlu anda minum yang paling sesuai dengan keadaan kesihatan anda.
Jika masih tidak berkesan, tanya doktor anda untuk nasihat yang terbaik.
Guna kalkulator ini untuk mengira Indeks Jisim Badan (BMI) dan semak tahap kesihatan berat badan anda. Anda juga boleh menyemak BMI anak.
Lelaki
Wanita
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen