backup og meta

Daging, Adakah Baik untuk Kesihatan?

Daging, Adakah Baik untuk Kesihatan?

Benarkah khasiat daging lembu lebih tinggi daripada kambing?

Tidak kira sama ada daging lembu atau kambing, umumnya daging merupakan antara jenis makanan yang sering diambil oleh kebanyakan individu.

Namun sejauh mana kebaikannya pada tahap kesihatan kita? Ikuti artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

Khasiat daging lembu vs daging kambing

Kedua-dua daging ini mengandungi banyak nutrisi dan zat-zat penting. Kedua-duanya juga mempunyai kualiti yang hampir sama.

Secara perbandingan, kandungan protein dalam lembu dan kambing adalah tidak jauh beza, tetapi kandungan lemak mungkin berbeza.

Dari sudut kalori dan lemak, kalori daging lembu adalah pilihan yang lebih sihat berbanding kambing.

100 gram daging lembu mengandungi 217 kalori, 26.1 gram protein dan 4.2 gram lemak berbanding kambing yang mengandungi 258 kalori, 25.6 gram protein dan 8.8 gram lemak.

khasiat daging lembu

Melihat kepada vitamin dan mineral pula, lembu dan kambing, kedua-duanya hampir sama kaya dengan:

Walau bagaimanapun, daging kambing mengandungi protein yang lebih berkhasiat. Ini adalah kerana kebanyakan kambing tidak diproses dan diternak di dalam ladang tertutup sepertimana lembu.

Daging kambing tandingi khasiat daging lembu?

Kualiti dan khasiat daging banyak bergantung kepada jenis makanan yang diberikan kepada binatang tersebut.

Daging daripada binatang yang diberikan rumput adalah lebih sihat dan bersih.

Jika perlu membuat pilihan, kambing secara amnya lebih sihat kerana perusahaan lembu yang sangat meluas pada hari ini menyebabkan susah untuk mendapatkan lembu yang diternak secara organik dan diberikan makanan rumput.

khasiat daging lembu

Kebanyakannya memberikan gandum sebagai makanan kerana lebih murah dan menggemukkan lembu.

Manakala kambing pula kebiasaannya diusahakan serta diberikan makanan yang lebih organik dan semula jadi.

Kandungan lemak dalam kambing adalah lebih tinggi, tetapi lemak tersebut adalah lemak sihat.

Kandungan lemak omega-3 yang sihat untuk jantung adalah lebih banyak memandangkan ia mengambil rumput sebagai makanan.

Tambahan pula, kualiti dari sudut kelembutan dan rasa tentunya lebih baik bagi daging kambing berbanding lembu. Ini menjadikan ia pilihan utama.

Apa pun pilihannya, daging merah harus dielakkan daripada menjadi santapan harian anda.

Kajian mendapati bahawa pengambilannya secara berlebihan meningkatkan risiko sakit jantung, diabetes dan mengurangkan jangkaan umur.

Benarkah daging kambing penyebab tekanan darah tinggi?

Kebanyakan orang yang menghidap penyakit hipertensi atau darah tinggi akan mengehadkan atau mengelakkan daripada memakan kambing kerana ia dikhuatiri akan menyebabkan tekanan darah naik.

Daging merah tidak sepatutnya dimakan terlalu banyak kerana ia mempunyai kandungan lemak tepu yang cukup tinggi yang boleh meningkatkan kolesterol dan menyebabkan penyakit jantung.

Oleh itu, pastikan pengambilan lemak tepu daripada makanan tidak boleh melebihi 20 gram setiap hari.

Umumnya, terdapat 6 gram lemak tepu dalam khasiat daging lembu dan 2.5 gram dalam ayam bagi setiap hidangan. Sementara itu, lemak tepu dalam daging kambing adalah hanya sekitar 0.71 gram per 100 g.

Baca juga:

Kambing kaya dengan lemak tak tepu, iaitu sekitar 1 gram setiap bahagian, berbanding dengan lembu atau ayam.

Lemak tak tepu adalah sejenis lemak baik yang membantu mengimbangi paras kolesterol darah, mengurangkan keradangan dalam badan dan menstabilkan degupan jantung.

Memakan daging kambing tidak menyebabkan hipertensi. Bagaimanapun terdapat beberapa faktor yang mana meningkatkan tekanan darah.

Teknik masakan salah

Tekanan darah tinggi berlaku selepas memakan kambing menyebabkan ramai menyangka khasiat daging lembu lebih baik. Namun selalunya keadaan ini disebabkan teknik memasak yang salah.

Memasaknya dengan cara goreng, bakar atau panggang akan meningkatkan kalori dalam makanan.

Teknik memasak ini kebanyakannya memerlukan minyak masak, mentega atau marjerin yang kemudian menjadi lemak dan diserap oleh daging. Ini menyebabkan kalori makanan tinggi mencapai 64%.

Pengambilan kalori yang tinggi dalam badan akan berubah menjadi lemak, dari semasa ke semasa ia berkumpul dalam saluran darah dan menyebabkan tekanan darah meningkat.

khasiat daging lembu

Jika anda ingin makan daging kambing tetapi bimbang mengenai risikonya terhadap kesihatan, sebaiknya elakkan hidangan kambing bergoreng, dibakar atau dipanggang.

Sebaliknya olah makanan kepada cara memasak lain iaitu sup. Tambahkan juga sayuran kaya serat, vitamin dan mineral bersama hidangan kambing anda.

Kesimpulan

Untuk menentukan sama ada khasiat daging lembu atau daging kambing lebih baik, ia bergantung kepada jumlah pengambilan dan cara penyediaannya.

Ini kerana kedua-dua daging haiwan ini menawarkan khasiat tersendiri.

Sekira ada keraguan, berundinglah dengan doktor untuk mendapatkan lebih kepastian.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Six health benefits of eating lamb. https://ahdb.org.uk/red-meat-health-lamb. Accessed on Aug 8, 2023.
  2. Cabrera MC, Saadoun A. An overview of the nutritional value of beef and lamb meat from South America. Meat Sci. 2014 Nov;98(3):435-44. doi: 10.1016/j.meatsci.2014.06.033. Epub 2014 Jun 28. PMID: 25042240. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/25042240/. Accessed on Aug 8, 2023.
  3. Benefits and Risks of Organ Meat. https://health.clevelandclinic.org/organ-meat-benefits/. Accessed on Aug 8, 2023.
  4. Can eating red meat and animal fat cause hypertension? https://health-desk.org/articles/can-eating-red-meat-and-animal-fat-cause-hypertension. Accessed on Aug 8, 2023.
  5. Meat and poultry. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/healthyliving/Meat-and-poultry. Accessed on Aug 8, 2023.

Versi Terbaru

09/08/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Rahsia Rebus Telur Separuh Masak, 100% Macam Dekat Kedai Mamak, Ini Caranya!

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 09/08/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan