home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Hipertensi: Simptom, Jenis dan Rawatan

Hipertensi, juga dikenali sebagai tekanan darah tinggi, adalah suatu keadaan di mana darah mengalir melalui saluran darah (arteri) pada tekanan lebih tinggi daripada normal. Bacaan tekanan darah anda 140/90 secara konsisten, atau lebih tinggi, dalam tempoh beberapa minggu. Ini berlaku apabila tekanan darah anda terhadap dinding arteri adalah lebih tinggi daripada biasa. Walaupun tanpa simptom, dalam jangka masa panjang, ini boleh membawa kepada masalah kesihatan, termasuk serangan jantung dan strok.

Tekanan darah tinggi adalah perkara biasa. Walau bagaimanapun, anda mungkin mempunyai tekanan darah tinggi selama bertahun-tahun tanpa sebarang simptom. Walaupun tanpa simptom, ia boleh menyebabkan kerosakan kepada arteri dan saluran darah anda.

Apakah tanda-tanda tekanan darah tinggi?

Kebanyakan orang dengan tekanan darah tinggi tidak mempunyai tanda-tanda atau simptom, walaupun mereka berada dalam bahaya. Sesetengah daripada mereka mungkin mempunyai beberapa simptom biasa tekanan darah tinggi seperti sakit kepala, sesak nafas atau hidung berdarah. Walau bagaimanapun, tanda-tanda dan simptom tidak khusus dan biasanya tidak berlaku sehingga tekanan darah tinggi telah mencapai tahap yang teruk atau mengancam nyawa.

Tanda-tanda tekanan darah tinggi termasuklah:

  • Sakit kepala
  • Sesak nafas
  • Hidung berdarah
  • Flushing
  • Pening
  • Sakit dada
  • Perubahan dalam penglihatan
  • Darah dalam air kencing

Kebanyakan orang hanya mengetahui tentang keadaan ini apabila mereka menjalani rutin pemeriksaan dengan doktor. pemeriksaan keseluruhan badan boleh membantu anda mengenal pasti sebarang faktor risiko dengan awal dan tepat.

Cara terbaik untuk mengetahui jika anda mempunyai tekanan darah tinggi adalah dengan mendapatkan bacaan tekanan darah yang kerap. Pantau sendiri tekanan darah anda di rumah dan hadiri pemeriksaan rutin anda di hospital.

Jika anda hanya menjalani pemeriksaan tahunan, bincang dengan doktor anda mengenai risiko tekanan darah tinggi anda dan bacaan lain yang mungkin anda perlukan untuk membantu mengawasi tekanan darah anda.

Jenis tekanan darah tinggi

Terdapat dua jenis tekanan darah tinggi. Setiap jenis mempunyai sebab yang berbeza.

Hipertensi primer

Hipertensi primer juga dikenali sebagai hipertensi esensial. Tidak ada sebab yang dapat dikenal pasti. Dalam kes ini, tekanan darah tinggi cenderung untuk diwarisi dalam keluarga. Gabungan faktor boleh memainkan peranan. Faktor-faktor ini termasuk:

  • Genetik
  • Perubahan fizikal
  • Alam Sekitar

Hipertensi sekunder

Hipertensi sekunder adalah akibat daripada keadaan dan ubat-ubatan tertentu.

Tekanan darah tinggi sekunder adalah lebih teruk daripada tekanan darah tinggi primer. Ia adalah akibat daripada keadaan dan ubat-ubatan tertentu seperti:

  • Penyakit buah pinggang
  • Kecacatan jantung kongenital
  • Masalah dengan tiroid anda
  • Kesan-kesan sampingan ubat-ubatan
  • Penggunaan dadah haram

Pilihan rawatan untuk tekanan darah tinggi

Bergantung kepada keadaan badan anda, doktor anda akan mengesyorkan pelbagai pelan rawatan, termasuklah ubat-ubatan, perubahan gaya hidup dan aktiviti sampingan lain. Matlamatnya adalah untuk mendapatkan tekanan darah di bawah julat yang tinggi.

Perubahan gaya hidup

Gaya hidup yang sihat adalah baris pertama pertahanan terhadap tekanan darah tinggi. Tabiat yang membantu mengawal tekanan darah termasuklah:

  • Mengamalkan diet yang sihat
  • Kekal aktif secara fizikal
  • Mengelakkan pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Berhenti merokok dan elakkan asap rokok
  • Uruskan tekanan
  • Dapatkan sokongan daripada keluarga dan rakan

Ubat untuk tekanan darah tinggi

Anda mungkin perlu mencuba ubat-ubatan yang berbeza sehingga anda mencari satu yang berfungsi untuk anda.

Banyak ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi termasuk:

Beta-blockers: Ubat jenis ini membuatkan jantung anda berdenyut perlahan dan dengan daya yang kurang. Ini mengurangkan jumlah darah yang dipam melalui arteri anda, yang merendahkan tekanan darah.

Diuretik: Tahap sodium tinggi dan cecair berlebihan dalam badan akan meningkatkan tekanan darah. Diuretik, juga dikenali sebagai pil air, membantu buah pinggang anda mengeluarkan natrium yang berlebihan dari badan anda. Bila mana natrium dikeluarkan, jumlah cecair dalam darah berkurangan, membantu menurunkan tekanan darah anda.

Penghalang Angiotensin II reseptor (ARBs): Walaupun penghalang ACE bertujuan untuk menghentikan penciptaan angiotensin, ARBs menghalang angiotensin melekat dengan reseptor. Tanpa bahan kimia ini, saluran darah tidak akan mengetat. Yang membantu merehatkan saluran darah dan menurunkan tekanan darah.

Penghalang saluran kalsium: kalsium yang berlebihan dalam otot jantung menyebabkan degupan jantung lebih keras, dan kuat. Kurangkan kalsium, dan daya daripada degupan jantung juga akan berkurangan. Ini membantu menurunkan tekanan darah dan melegakan arteri dan saluran darah.

Alpha-2 agonis: Ubat jenis ini melambatkan isyarat saraf yang menyebabkan saluran darah mengetat. Ini membantu otot , yang mengurangkan tekanan darah.

health-tool-icon

Kalkulator BMI

Guna kalkulator ini untuk mengira Indeks Jisim Badan (BMI) dan semak tahap kesihatan berat badan anda. Anda juga boleh menyemak BMI anak.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Everything You Need to Know About High Blood Pressure (Hypertension). http://www.healthline.com/health/high-blood-pressure-hypertension. Accessed Mar 25, 2017.

High Blood Pressure Treatment. http://www.healthline.com/health/high-blood-pressure-hypertension-treatment#Drugs3. Accessed Mar 25, 2017.

Gambar penulis
Ditulis oleh Helma Hassan pada 18/04/2018
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x