Bagaimana untuk mengetahui diri dalam kategori berat badan berlebihan atau tidak? Ini bahaya obesiti dan penjelasan lanjut mengenai masalah ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan, sila dapatkannya di sini.
Apa itu obesiti?
Obesiti ialah satu penyakit kompleks yang melibatkan keadaan badan yang mengandungi lemak yang terlalu banyak.
Bahaya obesiti bukan sahaja menjejaskan tubuh badan pesakit, tetapi juga meningkatkan risiko penyakit dan masalah jantung seperti penyakit jantung, kencing manis dan tekanan darah tinggi.
Obesiti dan berat badan berlebihan adalah dua konsep yang berbeza.
Berat badan berlebihan ialah keadaan anda terlebih berat berbanding tinggi bukan sahaja disebabkan lemak yang banyak, tetapi juga boleh disebabkan oleh otot yang banyak atau kandungan air di dalam badan.
Kedua-dua keadaan ini mempunyai impak yang serius kepada kesihatan.
Apa simptom obesiti?
Setiap orang boleh menjadi obes jika dia tidak mempunyai diet yang seimbang dan senaman yang mencukupi.
Obesiti selalunya didiagnosis kepada golongan yang bekerja sebagai pekerja bahagian pentadbiran, pejabat dan berpendapatan sederhana tetapi tidak terlalu tinggi.
Anda boleh menghadkan risiko anda terhadap penyakit ini dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berhubung doktor anda untuk maklumat lanjut.
Apa simptom obesiti?
Golongan yang mempunyai Indeks Berat Badan (BMI) lebih daripada 25 dikira sebagai berat badan berlebihan, 30 dan ke atas adalah obes, dan 40 ke atas adalah obes yang serius.
Indeks berat badan (BMI) merupakan cara untuk mengetahui sama ada seseorang itu mempunyai berat badan berlebihan atau tidak. Formula untuk mengira BMI ialah:
BMI = berat (kg) / (tinggi (m) x tinggi (m))
Bagi kebanyakan orang, BMI membantu menganggarkan kandungan lemak yang sesuai kepada tubuh badan. Walaupun begitu, BMI tidak mengira lemak dalam badan sahaja.
Sebagai contohnya, untuk sesetengah golongan, terutamanya ahli bina badan mungkin mempunyai BMI dalam kumpulan obes kerana otot mereka membesar dengan berlebihan untuk mencapai saiz yang diimpikan walaupun mereka tidak mempunyai lemak yang banyak.
Maka jika kita hanya bergantung pada BMI sahaja, ia tidak akan memberi keputusan obesiti yang tepat.
Sila berhubung dengan doktor anda jika anda mempunyai persoalan tentang BMI anda.
Bahaya obesiti boleh meningkatkan risiko kepada masalah jantung yang serius seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, dan masalah jantung koronari.
Situasi ini juga membawa kepada arthritis, dyspnea apabila tekanan, apnea tidur dan keletihan.
Mungkin terdapat simptom yang tidak dinyatakan di atas.
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan tentang simptom tertentu, sila hubungi doktor anda.
Bila saya harus jumpa doktor?
Jika anda merasakan diri anda bahaya obesiti, terutama jika anda risau tentang masalah berat badan, sila berjumpa doktor anda dengan segera.
Anda dan doktor anda boleh memeriksa risiko kesihatan dan berbincang tentang langkah-langkah mengurangkan berat badan.
Selalulah berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan cara-cara diagnosis, rawatan dan rawatan terbaik untuk anda.
Apa punca obesiti?
Bahaya obesiti disebabkan oleh terlalu banyak kalori yang diserap. Sesetengah orang naik berat badan dan tidak mengetahui punca sebenarnya.
Ia mungkin disebabkan oleh genetik, masalah psikologi, atau budaya – sosial.
Apa faktor risiko obesiti?
Terdapat banyak faktor risiko terhadap bahaya obesiti, termasuklah:
- Genetik
- Gaya hidup keluarga
- Tabiat pemakanan yang tidak sihat
- Berhenti merokok
- Kurang tidur
- Menggunakan ubat tertentu
- Umur
- Masalah sosial dan ekonomi
- Masalah kesihatan
Tiada faktor risiko tidak bermakna anda tidak akan sakit kerana tanda-tanda ini hanyalah untuk rujukan sahaja.
Anda harus berhubung dengan doktor pakar untuk maklumat lanjut.
Bagaimana mendiagnosis kondisi ini?
Untuk mendiagnosis obesiti, doktor akan bertanya tentang sejarah kesihatan, tabiat pemakanan, tahap aktiviti fizikal anda dan menjalankan pemeriksaan fizikal.
Kemudian, doktor anda mungkin menjalankan dua langkah yang biasa dilakukan untuk memeriksa dan mengira risiko kesihatan yang berkaitan dengan berat badan anda:
- Indeks Berat Badan (BMI): Indeks berat badan dikira menggunakan berat dan ketinggian anda menggunakan formula: BMI = (berat (kg) x (tinggi (m) x tingggi (m)). Kebiasaannya, golongan yang mempunyai indeks berat badan melebihi 25 adalah berat badan berlebihan, 30 atau lebih adalah obes dan 40 atau lebih adalah serius obes)
- Ukur lilit pinggang (pengiraan ukur lilit pinggang anda dalam inci): Kira ukur lilit pinggang anda merupakan cara lain untuk menganggarkan kandungan lemak di dalam badan
Bagaimana merawat kondisi ini?
Diet, senaman, ubatan dan pembedahan boleh dijalankan.
Pakar diet dan doktor boleh membantu merancang diet yang rendah lemak, rendah kalori.
Senaman merupakan cara yang berkesan, program pemantauan kendiri boleh membantu mencegah sebarang komplikasi penyakit.
Beberapa jenis ubat (stimulan) yang boleh membantu mengurangkan berat badan dan mengakibatkan kesan sampingan.
Guna cara ini selepas melakukan diet yang seimbang dan senaman, ubatan di bawah pengawasan doktor anda.
Gaya hidup yang aktif, senaman yang kerap dan makan diet yang sihat adalah cara yang paling selamat untuk turun berat badan dan meningkatkan tahap kesihatan anda.
Berikan kerjasama kepada doktor dan pakar diet untuk mencapai kalori yang selamat setiap hari yang boleh anda makan untuk membantu anda menurunkan berat badan dan menjaga kesihatan anda.
Turun berat badan dengan perlahan-lahan akan membantu anda menghalang naik berat badan selepas ini.
Dietitian boleh mengajar anda tentang:
- Bagaimana untuk memilih makanan yang sihat
- Snek yang sihat
- Membaca label khasiat sebelum menggunakannya
- Cara-cara makanan diproses
Anda harus belajar cara-cara menghalang makanan ringan tanpa stress melalui teknik mengurangkan stress seperti yoga, senaman, atau ubatan.
Hubungi doktor anda jika anda mengalami kemurungan dan stres.
Terdapat ubat (stimulan) yang boleh menurunkan berat badan dan juga menyebabkan kesan sampingan.
Guna cara ini selepas melakukan diet yang seimbang dan senaman, ambil ubat di bawah pengawasan doktor anda.
Sekiranya anda adalah obes (lebih 100% berat badan ideal atau mempunyai BMI lebih daripada 40) dan cara menurunkan berat badan tidak berkesan, pembedahan mungkin akan dicadangkan, seperti pembedahan mengecilkan perut, gastric band atau gastric contractions.
[embed-health-tool-bmi]














