Apa itu Patah Tulang Rusuk?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

enEnglish

Definisi

Apa itu Patah Tulang Rusuk?

Patah tulang rusuk adalah kecederaan biasa yang berlaku apabila salah satu tulang rusuk anda pecah atau retak. Penyebab yang paling biasa adalah trauma dada yang disebabkan oleh terjatuh, kemalangan kenderaan atau kesan semasa terlibat dalam sukan lasak (yang memerlukan pemain bersentuhan badan dengan pemain lain).

Kebanyakan patah tulang rusuk hanyalah retak semata-mata. Walaupun ianya menyakitkan, retak tulang rusuk tidak begitu berbahaya seperti tulang rusuk yang telah patah menjadi kepingan yang berasingan. Tulang patah bergerigi di tepi boleh merosakkan salur darah utama atau organ dalaman, seperti paru-paru.

Dalam kebanyakan kes, patah tulang rusuk biasanya sembuh dengan sendiri dalam satu atau dua bulan. Kawalan kesakitan yang mencukupi adalah penting agar anda dapat terus mengambil nafas dalam dan mengelakkan komplikasi paru-paru, seperti radang paru-paru.

Apakah kebarangkalian Patah Tulang Rusuk?

Patah tulang rusuk sangat biasa. Ia boleh menjejaskan pesakit tanpa mengira usia. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Patah Tulang Rusuk?

Tanda-tanda umum patah tulang rusuk adalah sakit yang dikaitkan dengan tulang rusuk pecah yang mana biasa berlaku atau bertambah buruk apabila anda:

  • Mengambil nafas dalam
  • Menekan di kawasan yang cedera
  • Membongkok atau memusingkan badan anda

Jika anda tidak boleh bernafas secara normal kerana kecederaan anda, anda mungkin:

  • Rasa nafas pendek/sesak nafas
  • Rasa cemas, gelisah, atau takut.
  • Sakit kepala.
  • Rasa pening, letih, atau mengantuk.

Mungkin terdapat beberapa gejala yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang mana-mana gejala, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Bila saya perlu berjumpa dengan doktor saya?

Anda harus menghubungi doktor anda jika anda merasa nyeri di kawasan tulang rusuk anda yang berlaku selepas trauma atau jika anda mengalami kesukaran bernafas atau sakit semasa mengambil nafas dalam.

Dapatkan rawatan perubatan dengan segera jika anda merasakan tekanan, kenyang atau sakit perut di tengah dada anda selama lebih dari beberapa minit atau sakit yang melangkaui dada sehingga ke bahu atau lengan anda. Gejala-gejala ini boleh menandakan serangan jantung.

Punca

Apakah Punca Patah Tulang Rusuk?

Patah tulang rusuk biasanya disebabkan oleh impak langsung – seperti yang berlaku dari kemalangan kenderaan motor, jatuh, penderaan kanak-kanak atau sukan lasak (yang memerlukan pemain bersentuhan). Tulang rusuk juga boleh patah disebabkan trauma berulang dari sukan seperti golf dan mendayung atau disebabkan batuk yang teruk dan berpanjangan.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Patah Tulang Rusuk?

Terdapat banyak faktor risiko patah tulang rusuk, seperti:

  • Menghidap penyakit ini di mana tulang anda kehilangan ketumpatan menyebabkan anda lebih mudah mengalami patah tulang.
  • Menyertai sukan. Bermain sukan yang memerlukan sentuhan, seperti hoki atau bola sepak, meningkatkan risiko trauma ke dada anda.
  • Lesi kanser di tulang rusuk. Lesi kanser boleh melemahkan tulang dan menjadikannya lebih mudah pecah.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut./strong>

Bagaimana pesakit Patah Tulang Rusuk didiagnosis?

Semasa pemeriksaan fizikal, doktor akan menekan secara perlahan pada tulang rusuk anda. Doktor juga mungkin mendengar bunyi paru-paru anda dan melihat pergerakan tulang rusuk anda semasa anda bernafas.

Doktor anda mungkin akan mengarahkan anda untuk menjalani satu atau lebih ujian pengimejan berikut:

  • X-ray. Dengan menggunakan radiasi tahap rendah, X-ray boleh menampakkan tulang. Tetapi X-ray sering mengalami masalah untuk mendedahkan patah tulang rusuk yang baru, terutamanya jika tulang hanya retak sahaja. X-ray juga berguna untuk mendiagnosis kempis paru-paru.
  • Imbasan CT. Ini seringkali dapat mengenalpasti patah tulang rusuk yang tidak dikesan oleh X-ray. Kecederaan kepada tisu lembut dan saluran darah juga lebih mudah dilihat pada imbasan CT. Teknologi ini mengambil X-ray dari pelbagai sudut dan menggabungkannya untuk menggambarkan kepingan keratan rentas struktur dalaman tubuh anda.

Imbasan tulang. Teknik ini adalah baik untuk melihat fraktur stres, di mana tulang retak selepas trauma berulang – seperti batuk yang berpanjangan. Semasa imbasan tulang, sedikit bahan radioaktif akan disuntik ke dalam aliran darah anda. Bahan tersebut akan berkumpul di tulang, terutamanya di tempat-tempat di mana tulang sedang melalui fasa penyembuhan dan ini akan dikesan menggunakan pengimbas.

Bagaimana pesakit Patah Tulang Rusuk dirawat?

Kebanyakan patah tulang rusuk akan sembuh dengan sendiri dalam tempoh enam minggu. Menghadkan aktiviti dan meletakkan ais di kawasan tersebut secara berkala dapat membantu dengan penyembuhan dan melegakan sakit.

Ubat-ubatan: Adalah penting untuk anda mendapatkan kelegaan kesakitan yang mencukupi – jika anda merasa sakit untuk melakukan pernafasan dalam, anda mungkin mengalami radang paru-paru. Jika ubat oral tidak cukup membantu, doktor anda mungkin mencadangkan suntikan anestesia yang tahan lama di sekeliling saraf yang melalui tulang rusuk.

Terapi: Apabila rasa sakit anda terkawal, doktor anda mungkin memberi latihan pernafasan untuk membantu anda melakukan pernafasan dalam kerana pernafasan cetek boleh menyebabkan anda berisiko mengalami radang paru-paru.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Patah Tulang Rusuk?

Gaya hidup dan remedi di rumah yang berikut mungkin membantu anda menghadapi patah tulang rusuk:

  • Letakkan ais di kawasan yang cedera.
  • Dapatkan rehat tambahan
  • Ambil ubat tahan sakit seperti aspirin atau ibuprofen. Doktor anda boleh mempreskripsika ubat tahan sakit yang lebih kuat jika ubat-ubatan tanpa preskripsi tidak berkesan.
  • Semasa anda dalam proses untuk sembuh, adalah penting untuk batuk atau mengambil nafas paling dalam yang anda boleh sekurang-kurangnya sekali dalam satu jam. Ini dapat membantu mencegah radang paru-paru atau kekempisan sebahagian daripada tisu paru-paru.
  • Jika anda telah mengalami patah tulang rusuk anda dan anda tidak mengalami kecederaan leher atau belakang anda, berbaring mengiring di sisi yang anda cedera merupakan satu idea yang baik. Ini mungkin kelihatan aneh pada mulanya, tetapi ia akan membantu anda melakukan pernafasan dalam.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: April 14, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 14, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.