backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Dada Selalu Sakit, Tak Semestinya Petanda Pedih Ulu Hati! Jaga-jaga, Ia Mungkin Serangan Jantung!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 07/10/2022

    Dada Selalu Sakit, Tak Semestinya Petanda Pedih Ulu Hati! Jaga-jaga, Ia Mungkin Serangan Jantung!

    Pedih ulu hati berpanjangan mungkin bukanlah satu simptom yang membimbangkan untuk pesakit GERD (gastroesophageal reflux disease). Tetapi, tahukah anda, rasa pedih dan sakit dada itu mungkin sebenarnya ialah tanda sakit jantung?

    Pedih ulu hati, sakit dada (angina) dan sakit jantung semuanya mempunyai rasa yang seakan-akan sama. Kadangkala, doktor juga mungkin akan mengalami masalah untuk melakukan diagnosis yang bersesuaian.

    Sebab itulah, jika anda dibawa ke hospital disebabkan sakit dada, doktor akan melakukan ujian untuk mengenal pasti sama ada pesakit diserang sakit jantung ataupun tidak.

    Walaupun pedih ulu hati dipanggil heartburn, ia sebenarnya tidak ada kaitan langsung dengan jantung anda. Malah, pedih ulu hati adalah disebabkan iritasi pada bahagian esofagus yang berlaku kerana asid refluks.

    Kadangkala, rasa sakit disebabkan pedih ulu hati berpanjangan boleh menyebabkan ramai orang jadi keliru. Malah, hampir separuh daripada kes kecemasan yang disangkakan berpunca daripada sakit jantung sebenarnya merupakan serangan pedih ulu hati.

    Walau bagaimanapun, perkara yang sebaliknya juga boleh berlaku. Ada juga orang yang menyangka diri mereka diserang GERD atau gastrik, tetapi sebenarnya mereka sedang mengalami sakit jantung!

    Tapi, bagaimana caranya untuk kenal pasti sakit dada yang dialami itu disebabkan GERD atau serangan jantung?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.

    Pedih ulu hati berpanjangan atau sakit jantung?

    pedih ulu hati berpanjangan

    Untuk pengetahuan anda, simptom pedih ulu hati sangat menyerupai angina atau sakit jantung. Jika anda tidak pasti, jangan berlengah lagi dan berjumpalah doktor secepat mungkin.

    Tambahan lagi, kedua-dua penyakit ini boleh menyebabkan rasa sakit pada kawasan dada yang berkekalan dalam satu tempoh masa tertentu.

    Sebelum kita pergi lebih lanjut, mari kenali simptom pedih ulu hati berpanjangan dan sakit jantung. Antara simptom lazim angina atau sakit jantung adalah:

    1. Rasa ketat dan sakit pada kawasan tengah dada.
    2. Rasa sakit yang merebak ke bahagian bahu, leher dan tangan.
    3. Degupan jantung laju, tidak sama.
    4. Berpeluh-peluh.
    5. Rasa hendak pitam, lemah dan pening kepala.
    6. Sesak nafas.
    7.  Loya dan kadangkala muntah-muntah.

    Manakala, simptom untuk GERD pula adalah:

    1. Rasa pedih yang bermula daripada tulang dada.
    2. Rasa sakit yang menjalar hingga tekak, tetapi tidak akan merebak ke bahagian bahu atau tangan.
    3. Rasa makanan terjeluak kembali ke dalam mulut.
    4. Rasa pahit atau berasid pada kawasan tekak.
    5. Kesakitan yang jadi semakin teruk ketika berbaring atau menunduk.
    6. Simptom terjadi selepas makan.

    Ramai yang menyangka serangan jantung akan menyebabkan sakit dada dan kesukaran bernafas yang berlaku secara tiba-tiba. Walau bagaimanapun, bukan semua sakit jantung berlaku begitu. Ia berbeza antara satu individu dengan individu yang lain.

    Malah, kadangkala pedih ulu hati juga boleh berlaku bersama-sama sakit jantung. Namun, simptom serangan jantung yang lazim dialami lelaki dan wanita ialah sakit dada dan rasa tidak selesa.

    Kadangkala, wanita mungkin akan merasakan simptom lain seperti sakit rahang, sesak nafas, loya dan muntah-muntah.

    Pastikan anda lebih berhati-hati jika mempunyai penyakit lain seperti darah tinggi, kencing manis dan kolesterol tinggi.

    Sama jugalah dengan mereka yang merokok dan mempunyai berat badan berlebihan. Golongan ini lebih berisiko untuk mengalami sakit jantung pada masa hadapan.

    pedih ulu hati berpanjangan

    Selain pedih ulu hati disebabkan GERD, otot kejang pada kawasan esofagus juga boleh menyebabkan rasa sakit dada yang seakan-akan sakit jantung.

    Malah, mereka yang menghidap penyakit batu karang hempedu juga boleh mengalami simptom yang menyerupai sakit dada.

    Jika anda menghidap penyakit batu karang hempedu, selalunya anda akan mengalami simptom lain seperti loya dan juga sakit pada bahagian atas abdomen, lebih-lebih lagi selepas makan makanan yang berlemak.

    Kadangkala, sakit itu juga boleh beralih ke bahagian bahu, leher dan lengan. Oleh sebab itu, jika anda tidak pasti, anda boleh berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

    Selain itu, ada juga masalah lain yang boleh menyebabkan sakit dada:

    1. Masalah otot atau tulang pada kawasan dada atau tulang belakang.
    2. Penyakit yang berkaitan dengan paru-paru.
    3. Masalah perut seperti ulser.
    4. Tekanan perasaan, kegelisahan dan depresi.

    Perlukah saya berjumpa doktor disebabkan pedih ulu hati berpanjangan?

    pedih ulu hati berpanjangan

    Menurut CDC, individu yang mengalami simptom pedih ulu hati berpanjangan perlu pergi ke hospital secepat mungkin:

  • Rasa sakit dada dan tidak selesa. Sakit ini kadang-kadang berlarutan dalam masa seminit sebelum menyerang lagi.
  • Sakit pada kawasan badan yang lain seperti lengan, belakang, leher, dan perut.
  • Sesak nafas.
  • Berpeluh-peluh.
  • Loya dan pening kepala.
  • Rasa amat letih.
  • Kesemua simptom di atas boleh berlaku kepada lelaki dan juga wanita.

    Jika sakit jantung dirawat secepat mungkin, atau dalam masa 90 minit bermula daripada simptom pertama, sebarang kecederaan pada otot jantung boleh dikurangkan. Jadi, masa adalah emas untuk pesakit yang mengalami serangan jantung.

    Kesimpulan

    Kadangkala, GERD dan masalah lain seperti ulser, kejang otot esofagus dan penyakit batu karang hempedu boleh menyebabkan rasa sakit dada yang seakan-akan pedih ulu hati berpanjangan atau serangan jantung.

    Walau bagaimanapun, ada beberapa cara yang boleh dipraktikkan untuk membezakan penyakit ini dengan sakit jantung.

    Antaranya ialah masa anda diserang sakit dada. Jika anda kerap sakit dada selepas makan, ia mungkin disebabkan GERD.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 07/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan