Apa itu Buasir?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

enEnglish

Definisi

Apa itu Buasir?

Buasir ialah bengkak dan randang pada saluran darah disekeliling lubang dubur atau dibahagian bawah saluran dubur (rektum). Ia mungkin terjadi di dalam saluran dubur (rektum) atau disekeliling lubang dubur (anus). Buasir biasanya berlaku apabila pesakit salalu meneran/memaksa semasa membuang air besar. Tempat berlakunya buasir dapat membezakan jenis-jenisnya.

  • Buasir dalaman: Jenis buasir ini terjadi dibahagian dalam saluran dubur (rektum). Buasir dalaman kebiasaannya tidak sakit tetapi ia mungkin menyebabkan pendarahan tanpa berasa sakit.
  • Buasir luaran: Buasir ini berada diluar bahagian dubur. Ia boleh menjadi gatal atau sakit dan kadang kala terdapat rekahan dan pendarahan dibahagian tersebut.

Buasir bukanlah penyakit yang serius dan berjangkit. Kebiasaannya buasir akan pulih dengan sendirinya atau ia boleh dirawat dengan mudah menggunakan beberapa ubat tertentu.

Apakah kebarangkalian Buasir?

Buasir adalah sejenis penyakit lazim. Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan keatas individu berusia 50 tahun, hampir sebahagian daripada mereka pernah mengalami beberapa episod buasir. Lelaki dan wanita boleh terkena penyakit ini tetapi lebih kerap dalam kalangan wanita mengandung dan pesakit kronik sama ada sembelit mahupun cirit-birit.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Buasir?

Tanda-tanda dan simptom-simptom buasir yang lazim ialah:

  • Pendarahan; darah berwarna merah terang dan tidak sakit  semasa membuang air besar;
  • Gatal dan pedih di bahagian saluran dubur (rektum);
  • Sakit dan kurang selesa;
  • Bengkak disekeliling lubang dubur;
  •  Benjolan yang sensitif dan sakit berhampiran lubang dubur.

Kebanyakan rasa tidak selesa dan sakit adalah disebabkan oleh buasir luaran manakala buasir dalaman kebiasaanya tidak menyebabkan rasa sakit.

Terdapat juga beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Sila berunding dengan doktor sekiranya anda mempunyai kemusykilan berkaitan simptom yang anda hadapi.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda perlu menghubungi doktor sekiranya berlaku beberapa perkara seperti berikut:

  • Buasir anda sakit dan tidak reda dengan kaedah pengubatan sampingan;
  • Najis anda hitam dan likat
  • Najis anda mempunyai darah
  • Pening

Buasir yang anda alami berkemungkinan merupakan tanda masalah kesihatan yang serius. Anda perlu segera melakukan pemeriksaan kesihatan dengan doktor anda.

Punca

Apakah Punca Buasir?

Buasir adalah disebabkan oleh saluran darah yang membengkak yang terjadi akibat tekanan yang tinggi dibahagian bawah saluran dubur. Antara faktor yang meningkatkan tekanan ini ialah:

  • Selalu meneran/memaksa semasa membuang air besar;
  • Duduk dalam tempoh masa yang panjang;
  • Mempunyai masalah sembelit atau cirit-birit yang kronik;
  • Lebih berat badan atau gemuk melampau (obese);
  • Mengandung;
  • Mengambil diet rendah fiber.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Buasir?

Terdapat banyak faktor risiko buasir. Antaranya ialah:

  • Pekerjaan yang memerlukan individu tersebut untuk duduk atau berdiri dalam tempoh yang panjang.
  • Sembelit atau cirit-birit yang kronik
  • Hamil
  • Persetubuhan melalui lubang dubur
  • Diet tinggi kandungan lemak dan rendah kandungan fiber.
  • Individu berusia lebih 60 tahun.

Anda perlu berunding dengan doktor anda untuk mengetahui maklumat lanjut.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Buasir didiagnosis?

Untuk mendapatkan diagnosis yang tepat, doktor anda akan menjalani beberapa ujian berikut:

  • Pemeriksaan kesihatan dan fizikal
  • Pemerhatian ke dalam saluran dubur anda. Ujian ini dilakukan dengan menggunakan alatan perubatan yang mampu melihat ke dalam lubang dubur (anoscope, proctoscope atau sigmoidoscope).

Bagaimana pesakit Buasir dirawat?

Sesetengah buasir pulih dengan sendirinya tetapi buasir yang mempunyai simptom tertentu memerlukan rawatan. Pilihan rawatan ini termasuk:

  • Suplemen fiber seperti Psyllium (Metamucil) atau Methylcellulose (Citrucel) yang boleh membantu membesarkan najis anda dan melegakan masalah sembelit.
  • Krim yang tidak dipreskrip oleh doktor (over-the-counter) dan pil yang dimasukkan melalui lubang dubur mungkin meredakan kesakitan dan rasa gatal untuk sementara waktu.

Membuang buasir atau dikenali sebagai hemorrhoidectomy, mungkin diperlukan sekiranya kesemua pilihan diatas gagal untuk merawat buasir.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Buasir?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin boleh membantu anda mengatasi masalah buasir:

  • Makan makanan yang tinggi kandungan fiber dan minum air secukupnya.
  • Duduk di dalam tab yang berisi air suam selama 10 minit, beberapa kali sehari.
  • Kerap bersenam
  • Jaga kebersihan sekitar bahagian lubang dubur
  • Elakkan penggunaan tisu tandas yang kering. Untuk menjaga kebersihan lubang dubur, gunakan tuala lembab atau tisu basah tandas yang tidak mengandungi alkohol mahupun wangian.
  • Letakkan pek ais atau tuam dengan ais pada lubang dubur untuk meredakan bengkak.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mac 28, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.