home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

ALAMAK, Buasir Ketika Hamil? Tenang, Ini Cara Untuk Mencegah dan Merawatnya!

ALAMAK, Buasir Ketika Hamil? Tenang, Ini Cara Untuk Mencegah dan Merawatnya!

Buasir adalah sejenis penyakit yang boleh terjadi pada sesiapa sahaja termasuklah individu yang sedang hamil.

Persoalannya, apakah risikonya terhadap ibu mengandung? Adakah kehamilan itu akan terjejas?

Tenang, sila ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenai buasir ketika hamil dengan lebih lanjut!

Apakah itu buasir?

Buasir merupakan satu kondisi urat simpul (vena varikos) yang berlaku di bahagian dubur.

Di dalam saluran dubur yang menghubungkan rektum dengan anus, terdapat beberapa saluran darah lembut yang akan membantu individu ketika membuang air besar dengan merembeskan mukus.

Buasir akan terjadi apabila terdapat pembengkakan pada saluran-saluran darah ini.

Saluran darah yang membengkak ini akan terkeluar semasa atau selepas anda membuang air besar dan seterusnya akan membentuk sebuah benjolan yang kecil dan lembut.

Benjolan ini boleh dirasai oleh anda dan akan mendatangkan kegatalan serta kesakitan.

Jadi, sila berjumpa doktor sekiranya anda berasa tidak selesa pada punggung anda ya!

Adakah ibu hamil juga boleh mengalami buasir?

buasir

Buasir juga boleh terjadi ketika sedang hamil.

Kondisi ini mungkin akan terjadi kepada ibu hamil terutamanya ketika trimester ketiga kehamilan.

Ini kerana pada ketika ini rahim akan memberi tekanan kepada urat-urat di sekitarnya lalu menyebabkan saluran darah membengkak.

Selain itu, ibu hamil cenderung mengalami buasir dan juga sembelit atas faktor perubahan hormon yang berlaku dalam badan.

Perubahan hormon ini akan mengakibatkan sistem pencernaan badan menjadi lemah sekaligus meninggikan risiko buasir dan sembelit.

Antara punca lain ibu hamil mengalami masalah buasir adalah pengambilan vitamin-vitamin pranatal.

Meskipun tujuan utama pengambilan vitamin tersebut adalah memastikan kesihatan bayi dan ibu, vitamin-vitamin ini turut hadir dengan besi sintetik yang boleh menyumbang kepada masalah sembelit.

Bukan sahaja ketika sedang hamil, buasir juga berisiko terjadi ketika ibu hamil sedang dalam proses melahirkan bayi.

Buasir mungkin akan berlaku ketika ibu hamil meneran untuk menolak bayi keluar.

Bagaimanakah mencegah buasir ketika sedang hamil?

Bak kata pepatah, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.

Oleh itu, sebelum mengalaminya, wajar untuk ibu hamil cuba untuk mengambil langkah awal mencegah buasir.

Berikut merupakan beberapa tip mencegah buasir ketika hamil:

  • Minum air secukupnya iaitu sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk mengelakkan hidrasi
  • Makan makanan yang mempunyai serat tinggi dan banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Segera ke tandas untuk membuang air untuk mengelakkan najis kering dan keras
  • Ketika sedang membuang air besar, julurkan kaki ke atas bangku. Ini akan membantu meluaskan ruang untuk mengeluarkan najis
  • Lakukan senaman sekerap mungkin
  • Berjumpa pakar obstetrik untuk mendapatkan preskripsi julap yang selamat diambil ketika hamil

buasir

Bagaimanakah merawat buasir ketika sedang hamil?

Sekiranya keadaan ini sudah terjadi, anda tidak perlu risau kerana kondisi ini boleh dirawat dan diubati. Perkara yang paling penting adalah segera berhubung dengan pakar perubatan.

Berikut merupakan beberapa tip merawat buasir ketika hamil:

  • Gunakan tekanan sejuk seperti plastik berisi ais untuk mengurangkan bengkak serta melegakan kesakitan dan kegatalan di sekitar kawasan buasir
  • Cuci kawasan buasir dengan lembut dan bersih setiap kali selepas membuang air besar kemudian keringkannya dengan tisu
  • Elakkan menggaru kawasan buasir kerana perbuatan ini hanya akan menjadikannya lebih teruk
  • Gunakan jari anda untuk menolak masuk buasir yang terkeluar itu perlahan-lahan
  • Berjumpa doktor untuk mendapatkan preskripsi ubat sapu atau ubat supositori yang perlu dimasukkan ke dalam dubur untuk melegakan kegatalan dan kesakitan

Dalam kebanyakan kes, buasir akan mengecut dan sembuh dengan sendirinya apabila tubuh badan anda sudah sembuh sepenuhnya selepas melahirkan bayi.

Pun begitu, terdapat juga kes-kes di mana kondisi buasir ini berada pada tahap yang teruk.

Kes sebegini memerlukan rawatan yang lebih drastik contohnya penggunaan suntikan bahan kimia, cahaya inframerah ataupun penggunaan gelang getah untuk mengikat dasar buasir sehingga ia mengecut dengan sendiri.

Sekiranya anda mengesyaki bahawa anda mungkin sedang mengalami buasir, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjutan okay!

Baca juga:

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid
Disemak pada 03/01/2019
x