Disemak secara perubatan oleh Dr Zai Muhammad · Dokter Umum · Hello Health Group
Hi dan salam sejahtera doktor. Saya ingin bertanyakan satu soalan kepada doktor.
Saya merupakan seorang lelaki yang telah berumur hampir 40 tahun. Saya mempunyai satu masalah di mana, ada kalanya lubang dubur saya mengeluarkan darah selepas saya membuang air besar. Sewaktu saya membuang air besar, lebih-lebih lagi jika najis agak keras, saya sedar keluar titisan darah dalam mangkuk tandas.
Walau bagaimanapun, saya tidak merasakan sebarang kesakitan yang berlaku sewaktu mencuci dubur saya. Hal ini tidaklah berlaku setiap hari. Namun, ia sudah terjadi berulang kali sehingga membuatkan saya agak risau. Adakah ini petanda buasir berdarah dan kenapa berak berdarah ini boleh berlaku ya?
Mohon penerangan yang jelas daripada doktor. Terima kasih.
Terima kasih atas soalan yang diberikan berkenaan kenapa berak berdarah boleh berlaku.
Kenapa ada antara kita yang berak berdarah dan sakit? Berdasarkan simptom-simptom yang dinyatakan oleh pembaca ini, salah satu puncanya boleh jadi adalah tanda-tanda masalah buasir berdarah.
Untuk pengetahuan pembaca, terdapat dua jenis buasir yang boleh berlaku iaitu buasir luaran dan buasir dalaman.
Bagi buasir luaran, ia berlaku pada sekitar kulit luar bukaan lubang dubur. Antara simptom bagi buasir jenis ini ialah rasa gatal atau berlakunya keradangan di sekitar luar lubang dubur. Selain itu, anda juga mungkin akan berasa sakit atau tidak selesa pada kawasan tersebut. Pembengkakan juga boleh terjadi selain pendarahan pada kawasan luar lubang dubur.
Untuk jenis buasir dalaman pula, simptom yang dialami termasuklah pendarahan yang tidak menyakitkan sewaktu membuang air besar. Darah yang keluar pula berwarna merah terang jika dilap dengan tisu. Berdasarkan pengalaman yang dilalui oleh pembaca ini, besar kemungkinan anda mengalami buasir jenis dalaman.
Namun begitu, pesakit amat disarankan untuk berjumpa doktor sekiranya mempunyai gejala-gejala seperti berak berdarah agar pemeriksaan terperinci boleh dilakukan sebelum diagnosis dibuat. Kemudian rawatan yang tepat boleh diberikan kepada pesakit.
Jawapan ini disediakan oleh Dr Zai Muhammad Zaidi, Panel Perubatan Hello Doktor.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Sistem Penghadaman, anda boleh klik di sini.
Atau sertai komuniti kami untuk mengajukan soalan terus kepada ahli perubatan atau berkongsi pengalaman dengan ahli komuniti lain.
Kenapa berak berdarah? Ada beberapa punca yang boleh menyebabkan anda mengalami buasir berdarah.
Secara umumnya, buasir berlaku apabila terdapat tekanan yang terlalu banyak atau tinggi pada vena atau urat darah yang terletak di sekitar dubur anda.
Antara punca yang boleh menyebabkan ia berlaku adalah:
Kami berharap maklumat di atas dapat membantu anda mengetahui simptom buasir berdarah dan kenapa buasir boleh berlaku.
Sebarang keraguan atau pertanyaan lanjut perlulah dirujuk dengan doktor untuk mendapatkan lebih kepastian.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen