Sesetengah model glukometer yang lebih baru boleh berkomunikasi dengan pam insulin. Pam insulin adalah mesin yang melepaskan insulin sepanjang hari. Glukometer tersebut membantu menentukan banyak mana insulin yang anda perlukan untuk mengekalkan kadar gula dalam darah anda pada julat yang disasarkan.
Ketahui apa yang berlaku
Apakah persediaan untuk melakukan ujian gula dalam darah?
Ujian gula dalam darah memerlukan penggunaan alat elektronik kecil yang dinamakan glukometer.
Ia membaca kuantiti gula dalam sampel darah yang kecil, kebiasaannya dari hujung jari, yang anda letakkan pada strip ujian pakai buang.
Anda harus berbincang dengan doktor atau penasihat diabetes untuk mendapatkan nasihat yang sepatutnya.
Apa yang berlaku ketika ujian ini?
Arahan untuk ujian ini sedikit berbeza untuk setiap model glukometer. Untuk mendapatkan bacaan yang tepat, sila ikut arahan yang diberikan dengan cermat. Ketika mengukur kadar gula:
- Basuh tangan anda menggunakan air suam bersabun. Keringkan dengan baik menggunakan tuala bersih.
- Masukkan jarum bersih (lancet) ke dalam alatan lancet. Alatan lancet ialah alat pemegang lancet bersaiz pen. Ia memegang, memposisi dan mengawal sedalam mana lancet masuk ke dalam kulit.
- Alihkan strip ujian untuk mengelakkan kelembapan dari mengesani strip lain. Strip ujian kadangkala disimpan di dalam glukometer.
- Sediakan glukometer. Ikut arahan yang disediakan bersama alat anda.
- Gunakan alat lancet untuk mencucuk bahagian tepi hujung jari anda menggunakan lancet. Jangan cucuk hujung jari anda; ia lebih menyakitkan dan anda mungkin tidak mendapat darah yang cukup untuk membuat bacaan dengan tepat. Sesetengah glukometer menggunakan alat lancet yang boleh mendapatkan sampel darah dari tempat lain seperti tapak tangan atau lengan.
- Letakkan setitik darah di tempat yang betul pada strip.
- Gunakan bebola kapas yang bersih untuk meletakkan tekanan di tempat jari (atau tempat lain) dicucuk bagi menghentikan pendarahan.
- Ikut arahan yang disediakan bersama glukometer anda untuk mendapatkan bacaan. Sesetengah alat mengambil masa hanya beberapa saat untuk memberikan bacaan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen