Pendarahan ini berlaku apabila ovum melekat pada dinding uterus. Pada masa yang sama, wanita juga akan rasa sakit perut seakan-akan senggugut.
4. Keguguran punca keluar darah sedikit tapi bukan haid
Kadangkala, pendarahan di luar kitaran haid merupakan tanda keguguran. Wanita boleh gugur pada bila-bila masa. Malah, ada juga wanita yang keguguran sebelum sedar akan kehamilan sendiri.
5. Menghidap jangkitan kelamin

Jangkitan kelamin (STI) boleh menyebabkan pendarahan antara dua haid. Sebagai contoh, klamidia boleh menyebabkan pendarahan atau spotting. Malah, mereka yang menghidap penyakit ini juga sering alami pendarahan selepas atau ketika melakukan hubungan seks.
Individu yang melakukan seks tanpa perlindungan sangat berisiko untuk menghidap STI, lebih-lebih lagi jika kerap bertukar pasangan. Oleh sebab itu, pastikan anda sentiasa memakai kondom ketika melakukan hubungan seks.
6. Luka di kawasan kelamin
Kadangkala, Miss V wanita boleh tercedera ketika melakukan hubungan seks. Selalunya, ia berlaku disebabkan kurangnya foreplay atau vagina terlalu kering.
Badan wanita akan menghasilkan cecair pelincir untuk mempersiapkan vagina sebelum seks. Walaupun begitu, vagina yang terlalu kering boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor. Antaranya ialah perubahan hormon disebabkan menopaus, diabetes atau sedang melakukan rawatan kanser.
7. Menopaus atau pramenopaus
Menopaus selalunya berlaku ketika wanita berusia 45-55 tahun. Seorang wanita dikatakan telah mencapai menopaus jika tidak datang haid selama setahun.
Disebabkan perubahan hormon, wanita mungkin akan mengalami masalah kitaran haid yang tidak stabil. Kadangkala, mereka akan alami spotting atau pendarahan yang berat.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen