Ibu mengandung yang ada diabetes gestasi pasti risau dan tertanya-tanya mengenai bacaan GDM semasa hamil. Bukan itu sahaja, bakal mommy juga haruslah peka mengenai bacaan normal GDM semasa hamil.
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ibu mengandung yang ada diabetes gestasi pasti risau dan tertanya-tanya mengenai bacaan GDM semasa hamil. Bukan itu sahaja, bakal mommy juga haruslah peka mengenai bacaan normal GDM semasa hamil.
Namun, apakah maksud diabetes gestasi dan apakah bezanya dengan kencing manis biasa?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkannya di sini.
Diabetes gestasi merupakan sejenis diabetes yang berlaku ketika kehamilan. Setiap tahun, ia berlaku kepada 2 hingga 10% kehamilan di seluruh dunia.
Sama seperti kencing manis, penghidap diabetes gestasi perlulah memantau kadar gula dalam darah dengan kerap untuk memastikan kesihatan ibu dan bayi sentiasa terjaga.
Berbeza dengan kencing manis biasa, diabetes gestasi tidak berlaku disebabkan kekurangan hormon insulin.
Namun, ia terjadi disebabkan hormon lain yang dihasilkan ketika kehamilan. Hormon ini membuatkan insulin menjadi tidak efektif.
Malah, simptom diabetes gestasi juga akan perlahan-lahan hilang selepas ibu melahirkan anak.
Dalam artikel kali ini, kami akan membincangkan tentang bacaan GDM semasa hamil untuk panduan bakal ibu.
Selain itu, ketahui juga langkah-langkah yang boleh anda lakukan untuk pastikan kadar gula dalam darah sentiasa terjaga ketika kehamilan.
Ada beberapa faktor yang membuatkan anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap diabetes gestasi:
Walau bagaimanapun, wanita yang tidak mempunyai faktor risiko di atas juga boleh menghidap diabetes gestasi ketika hamil.
Oleh sebab itu, wanita mengandung diwajibkan untuk melakukan pemeriksaan GDM dan memeriksa bacaan GDM semasa hamil.
Jika anda mempunyai persoalan mengenai tempoh kehamilan, sertailah Komuniti Kehamilan untuk bertukar-tukar pendapat dengan ibu lain di luar sana. Anda juga boleh ajukan soalan dan terima maklum balas daripada pakar!
Mengapa perlu pastikan bacaan normal GDM semasa hamil? Untuk pengetahuan bakal ibu, diabetes gestasi boleh meningkatkan risiko tekanan darah tinggi.
Malah, ia juga boleh menyebabkan kelahiran anak bersaiz besar yang perlu dilahirkan secara C-section.
Jika anda mempunyai masalah diabetes gestasi, bayi berada dalam risiko yang lebih tinggi untuk:
Baca juga:
Jika anda menghidap diabetes gestasi, ketahuilah bahawa anda tidak keseorangan. Ia berlaku kepada ribuan lagi wanita lain di seluruh dunia.
Apa yang penting, ibu haruslah sentiasa peka dengan bacaan gula dalam darah ketika kehamilan.
Kondisi ini boleh dirawat, namun jika ia dibiarkan tanpa kawalan, ia boleh membawa mudarat kepada anda dan juga bayi dalam kandungan.
Jadi, ibu hamil perlulah lebih peka terhadap bacaan gula dalam darah. Sebagai panduan, pastikan bacaan GDM semasa hamil adalah dalam julat berikut:
Pastikan anda periksa kadar gula dalam darah:
Ingatlah, diabetes gestasi boleh dirawat. Dengan bantuan doktor, anda boleh pastikan kehamilan yang dilalui kekal sihat untuk anda dan juga bayi dalam kandungan.
Diabetes gestasi bukanlah sesuatu yang boleh dijangka. Walau bagaimanapun, ada caranya untuk memastikan bacaan GDM semasa hamil dalam lingkungan yang normal. Salah satunya adalah dengan mengamalkan gaya hidup sihat.
Jika anda menghidap diabetes gestasi, perubahan-perubahan sihat ini mungkin dapat membantu mengurangkan risiko diabetes gestasi pada kehamilan akan datang.
Antara amalan gaya hidup sihat yang dapat membantu mengekalkan bacaan GDM semasa hamil:
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen