Salah satu ciri ciri kaki diabetes yang ramai tidak pernah tahu ialah keadaan yang disebut sebagai kaki Charcot. Penghidap kencing manis sememangnya berisiko untuk mengalami masalah kaki diabetes ini.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Salah satu ciri ciri kaki diabetes yang ramai tidak pernah tahu ialah keadaan yang disebut sebagai kaki Charcot. Penghidap kencing manis sememangnya berisiko untuk mengalami masalah kaki diabetes ini.
Apakah yang dimaksudkan dengan kaki Charcot?
Apabila menyebut berkenaan masalah kaki diabetes, ramai yang membayangkan masalah saraf dan pemotongan kaki.
Namun, sebenarnya masalah kaki diabetes lebih daripada itu.
Ada satu lagi keadaan ciri ciri kaki diabetes yang dikenali sebagai kaki Charcot (Charcot foot).
Walaupun kes kaki Charcot ini amat jarang berlaku, namun ia merupakan salah satu komplikasi yang agak serius khususnya kepada penghidap diabetes.
Penyakit ini boleh menjejaskan tulang, sendi dan juga tisu lembut pada bahagian kaki dan juga buku lali.
Tulang mula menjadi lemah dan boleh menjadi patah. Sendi pula boleh menjadi terkehel.
Sekiranya tidak dikesan dan dirawat lebih awal, sendi boleh teralih dan kaki perlahan-lahan menjadi cacat atau berubah bentuk.
Kaki yang cacat pula boleh menyebabkan luka tekanan terbentuk pada kaki.
Bagi pesakit diabetes, luka yang terbuka seperti ini boleh menyebabkan jangkitan berlaku dengan lebih teruk sehingga membuatkan kaki mengalami komplikasi lain yang lebih buruk.
Keadaan kaki Charcot ini berlaku dalam kalangan mereka yang mempunyai masalah neuropati periferal, yang lazim dialami penghidap diabetes.
Kerosakan ini kemudiannya menyebabkan hilangnya rasa sensasi pada kaki.
Antara tanda-tanda atau simptom jika anda mengalami kaki Charcot ialah:
Pada peringkat awal ia berlaku, agak sukar sebenarnya untuk mengesan masalah ini walaupun dengan menggunakan kaedah X-ray.
Namun, ia boleh diketahui dan dikesan melalui tanda atau simptom yang telah dinyatakan di atas.
Bagi mereka yang disahkan mempunyai masalah kaki Charcot, terdapat dua jenis kaedah rawatan yang tersedia.
Pertama ialah rawatan tanpa pembedahan, dan yang kedua melibatkan pembedahan.
Bagi rawatan tanpa pembedahan, ia mungkin melibatkan tiga kaedah utama:
Pada peringkat awal ia berlaku, kaki berada dalam keadaan yang sangat rapuh.
Oleh itu, bagi melindungi tulang agar ia dapat sembuh dengan sendirinya, anda perlu berehat dan tidak meletakkan sebarang beban atau tekanan pada kaki.
Anda mungkin perlu menggunakan tongkat atau kerusi roda jika perlu bergerak. Kaki anda pula mungkin akan mengambil masa selama berbulan-bulan untuk kembali sembuh.
Anda juga mungkin perlu memakai kasut khas selepas tulang kaki anda sembuh.
Ini bertujuan mengelakkan kaki Charcot kembali berulang selain melindungi tulang yang sudah sembuh.
Selain itu, sebarang aktiviti harian juga perlu disesuaikan dengan keadaan semasa anda. Jika sebelum ini anda kerap mengangkat barang yang berat, anda tidak boleh melakukannya lagi.
Ini untuk mengelakkan kejadian kaki Charcot berulang kembali setelah sembuh.
Selain itu, ia juga bertujuan mengelakkan kejadian yang sama berlaku kepada sebelah kaki lagi.
Pembedahan pula akan dilaksanakan bagi mereka yang mempunyai kecacatan kaki yang lebih teruk sehingga boleh menyebabkan ulser berlaku.
Kecacatan pada kaki atau buku lali akibat Charcot boleh menyebabkan masalah kaki diabetes yang lain.
Ini termasuklah ulser kulit yang berpunca daripada tekanan tulang pada kasut atau lantai.
Sekiranya ia menjejaskan bahagian buku lali, sendi di kawasan tersebut boleh menjadi tidak stabil, sekali gus menyebabkan ulser.
Bagi penghidap diabetes, ulser yang dialami akan lebih sukar untuk sembuh disebabkan aliran darah yang terganggu pada bahagian kaki.
Jika ulser tersebut menjadi lebih teruk, pesakit diabetes berpotensi untuk mengalami amputasi pada kaki.
Terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan risiko mengalami ciri ciri kaki diabetes seperti ini.
Ia bukan sahaja boleh mengelakkan ciri ciri kaki diabetes ini berlaku, tetapi juga mencegah sebarang komplikasi lain yang boleh berlaku.
Ikuti tip di bawah ini:
Ingatlah, pesakit diabetes sememangnya berisiko tinggi untuk mendapat ciri ciri kaki diabetes ini.
Jika dibiarkan dan tidak dirawat, ia boleh menyebabkan komplikasi lain yang lebih buruk kepada anda.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen