Migrain: Risiko Terhadap Individu Obesiti

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Obesiti adalah wabak di seluruh dunia dan mempunyai kesan kesihatan yang dahsyat. Walaupun sering mendengar mengenai hubungan antara obesiti dan penyakit jantung atau diabetes, kebanyakan orang masih tidak tahu mengenai hubungan obesiti dengan pelbagai masalah kesihatan lain seperti migrain.

Hubungan antara migrain dan obesiti

Dalam satu kajian di Neurologi, penyelidik mengumpul maklumat tentang ciri-ciri sakit kepala dan indeks jisim tubuh (BMI) pada lebih daripada 30,000 individu melalui analisis berasaskan telefon. Daripada mereka, hampir 3,800 peserta didiagnosis menderita migrain mengikut Klasifikasi Antarabangsa Gangguan Sakit Kepala.

Hasilnya menunjukkan individu obes lebih cenderung mempunyai serangan yang teruk, serangan yang melumpuhkan dan serangan yang lebih tinggi daripada mereka yang tidak obes.

Di samping itu, obesiti telah dikenal pasti sebagai salah satu daripada banyak penyebab yang berpotensi untuk merangsang transformasi dari migrain episodik ke migrain kronik. Migrain kronik boleh memberi kesan negatif kepada kualiti kehidupan seseorang dan aktiviti harian.

Dalam kajian populasi besar yang berasingan mendapati obesiti dikaitkan dengan kekerapan dan keparahan serangan migrain. Semakin tinggi berat badan dan kumpulan BMI individu, semakin tinggi kekerapan serangan dan keparahan. Ia tidak mendapati bahawa obesiti adalah faktor risiko menyebabkan penyakit migrain. Dalam erti kata lain, berat badan berlebihan atau obes tidak menyebabkan migrain, tetapi jika anda mempunyai migrain, ia boleh membuatnya lebih teruk.

Grafik ihsan migrainepal

Jika anda mempunyai migrain dan berat badan berlebihan ada boleh lihat risiko yang dialami berdasarkan kajian yang dilakukan. Tetapi jika anda menurunkan berat badan kepada kumpulan BMI normal atau kumpulan BMI lebih rendah (contohnya daripasa obes kepada berat badan berlebihan) maka kekerapan dan keparahan serangan sakit kepala anda mungkin bertambah baik.

Penurunan berat badan dalam rawatan migrain

Satu kajian kecil dalam Neurologi mendapati bahawa migrain dalam kalangan obes dengan purata BMI bernilai 46 melaporkan penurunan ketara dalam bilangan dan keparahan sakit kepala pada enam bulan selepas menjalani pengurangan barat badan melalui pembedahan bariatrik.

Sudah pasti tidak semua individu obes menjalani pembedahan bariatik, tetapi perkara utama adalah ia tidak berbahaya dengan pengawalan berat badan dan sebagai bonus tambahan dapat membantu sakit migrain anda. Selain itu, pengurangan berat badah boleh mencegah anda daripada penyakit lain yang berisiko akibat obesiti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Ogos 3, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Ogos 3, 2018

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut