Seks adalah antara perkara yang sangat penting dalam kehidupan pasangan suami isteri. Tanpanya maka akan hambar dan tidak bermaknalah kehidupan di ranjang kalian.
Seks adalah antara perkara yang sangat penting dalam kehidupan pasangan suami isteri. Tanpanya maka akan hambar dan tidak bermaknalah kehidupan di ranjang kalian.
Pun begitu, adakalanya pasangan yang sudah lama berkahwin juga boleh ditimpa masalah seksual!
Cuba bayangkan ketika sedang hangat beraksi, dengan tiba-tiba anda diserang sakit kepala berdenyut?
Ia tentu sahaja akan membantutkan projek asmara kalian. Bukan itu sahaja, anda juga perlu tahu bahawa ia adalah petanda tubuh badan anda mungkin sedang dalam bahaya.
Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi untuk tahu sebab ia berlaku.
Sebelum pergi dengan lebih lanjut, adalah wajar untuk persoalan utama ini dijawab terlebih dahulu.
Cuba bayangkan situasi berikut: Anda dan pasangan sedang hangat berasmaradana, tiba-tiba sahaja anda rasa sakit kepala berdenyut apabila tiba saat untuk orgasma.
Situasi berikut sudah tentu akan mengakibatkan kesakitan dan ketidakselesaan yang bertahan beberapa minit, jam atau hari bergantung kepada tahap keterukannya.
Untuk pengetahuan anda terdapat 2 jenis sakit kepala akibat seks iaitu:
Ia akan berlaku apabila anda sedang dalam proses untuk menghampiri orgasma atau klimaks (puncak syahwat).
Ia akan berlaku apabila anda terangsang secara seksual sama ada secara sentuhan, pandangan, fikiran dan lain-lain.
Sakit kepala akibat seks boleh terjadi sama ada satu jenis sahaja dalam satu masa atau kedua-duanya sekali secara serentak.
Rasa sakit ini juga akan bertahan selama beberapa minit, jam atau hari bergantung kepada tahap keterukannya.
Ia adalah satu keadaan yang boleh jadi sekali sahaja ataupun berubah menjadi kluster bersiri dan berulang kembali.
Menurut kajian American Migrain Foundation, kira-kira 40% kes ini adalah kronik dan berlaku lebih dari setahun.
Jadi untuk menjawab persoalan ini, sakit kepala akibat seks bukan suatu yang normal terutamanya jika ia berkaitan dengan kondisi kesihatan yang lain.
Ia mungkin perlu diberi perhatian lebih sekiranya sakit kepala ini disertai oleh:
Seperti mana yang kami telah nyatakan di atas tadi, sebarang aktiviti seksual boleh mengakibatkan ia berlaku.
Pun begitu, ada beberapa kondisi kesihatan yang juga mendorong kepada peningkatan risikonya termasuklah:
Kesimpulannya, sakit kepala berdenyut ketika seks mungkin bukan sahaja didasari oleh aktiviti seksual itu sahaja malahan juga beberapa faktor lain seperti yang kami nyatakan di atas tadi.
Untuk pengetahuan anda, ada sesetengah golongan yang lebih berisiko alami sakit kepala akibat aktiviti seksual tertentu seperti:
Bagi mengelakkan perkara ini berlaku atau berulang kembali, perkara pertama yang anda atau pasangan perlu lakukan adalah mendapatkan diagnosis melalui pengimejan otak.
Terdapat 4 kaedah yang mungkin akan doktor cadangkan dan lakukan antaranya:
Kadangkala, sakit kepala berdenyut akibat aktiviti seksual adalah kejadian yang berlaku sekali sahaja.
Pun begitu, ia juga mungkin akan berulang lagi bergantung kepada tahap kesihatan tubuh badan anda.
Sekiranya ia berlaku dan berulang kepada anda atau pasangan, sila berjumpa dengan doktor segera untuk mengambil preskripsi ubatan.
Antara jenis ubatan yang biasa dicadangkan atau disarankan oleh doktor adalah seperti berikut:
Beta blockers seperti propranolol (Inderal, Innopran XL) or metoprolol (Lopressor, Toprol-XL) yang digunakan untuk merawat masalah darah tinggi, penyakit arteri koronari dan migrain.
Diambil apabila perlu sahaja seperti Indomethacin (Indocin, Tivorbex) atau salah satu dari triptans yang digunakan beberapa jam sebelum seks untuk mengelakkan kondisi ini terjadi.
Selain itu, ada satu lagi cara yang mungkin mudah untuk dibuat namun sukar untuk diterima iaitu mengelakkan hubungan seks bersama pasangan.
Ini bukanlah bermakna kalian tidak boleh langsung bersenggama namun ia mungkin perlu dilakukan dengan lebih ‘pasif’ untuk mengelak kondisi kesihatan ini terjadi.
Anda mungkin juga berminat untuk membaca artikel berkaitan di bawah:
Kesimpulannya, sakit kepala berdenyut ketika aktiviti seksual mungkin boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.
Sekiranya anda salah seorang dari penderita, sila berjumpa doktor pakar segera untuk berkonsultasi ya.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen