backup og meta

Penting Untuk Ibu Hamil Cukup Tidur! Tapi Kalau Terlebih Tidur, Bahaya Tak?

Penting Untuk Ibu Hamil Cukup Tidur! Tapi Kalau Terlebih Tidur, Bahaya Tak?

Setiap individu itu sudah tentu memerlukan waktu istirahat yang cukup agar tubuh badan lebih sihat dan cergas. Namun, jangan tidak peduli dengan efek tidur terlalu lama.

Khususnya buat wanita yang sedang hamil, anda juga perlu untuk mendapatkan tidur yang cukup agar tiada kesan buruk kepada diri sendiri serta bayi dalam kandungan.

Persoalannya, apakah efek tidur terlalu lama terhadap ibu hamil? Jom teruskan baca artikel ini!

Mengantuk itu perkara biasa ketika hamil?

Kehamilan akan bawa banyak perubahan pada tubuh badan seorang wanita dalam aspek fizikal dan mental, termasuklah pola tidur yang juga mungkin akan terganggu.

Ini kerana ibu hamil cenderung untuk lebih mudah dan kerap mengantuk terutamanya ketika di awal usia kehamilan selain turut jadi punca penat, lemah serta tidak bermaya.

Ia adalah angkara perubahan pada hormon tubuh badan ketika mengandung. Disebabkan itu pula, ramai wanita hamil yang memilih untuk tidur setiap kali rasa mengantuk.

Jika anda sering menguap dan mengantuk ketika mengandung, jangan risau kerana itu normal.

efek tidur terlalu lama
Kategori insomnia.

Elak efek tidur terlalu lama, fahami dulu perubahan pola tidur mengikut trimester!

Ketika sedang mengandung, hampir semua ibu hamil itu mungkin akan mengalami perubahan pada pola tidur yang berubah dan berbeza mengikut trimester seperti yang berikut:

Pola tidur ibu hamil ketika trimester pertama

Seperti yang telah dinyatakan di atas tadi, perubahan hormon progesteron pada tubuh badan di awal usia kehamilan akan membuat ibu cepat menguap dan mengantuk.

Selain itu juga, anda mungkin terpaksa ke tandas lebih kerap untuk membuang air kecil lantas membuat kualiti dan kuantiti tidur terjejas kerana sering terjaga daripada tidur.

Perubahan di saat trimester kedua

Ketika ini, tidur ibu hamil mungkin akan terganggu kerana beberapa kondisi yang boleh berlaku mempengaruhi pola tidur anda seperti sakit pada perut, pedih ulu hati atau sindrom Restless Leg Syndrome (RLS).

Dalam usaha untuk anda cukup tidur, maka sila segera jumpa doktor untuk diagnosis dan rawat kondisi ini atau cuba gunakan bantal kehamilan yang mungkin boleh membantu.

Perubahan tidur ibu hamil di saat trimester ketiga

Ketika ini, ibu hamil sudah tentu memiliki saiz serta lebar perut yang agar besar sekali gus akan menyebabkan anda sukar untuk menemukan posisi tidur yang paling selesa.

Dalam usaha untuk anda cukup tidur, maka sila cuba posisi tidur yang tepat ketika hamil seperti mengiring ke kiri atau kanan atau boleh juga cuba guna bantal kehamilan.

efek tidur terlalu lama
Posisi tidur secara mengiring untuk ibu hamil.

Durasi istirahat yang ideal untuk ibu hamil!

Dalam erti kata lebih mudah, wanita yang sedang hamil itu perlu dapat cukup tidur yakni tidak terlalu kurang atau terlalu lama dalam usaha untuk kehamilan yang lebih sihat.

Durasi istirahat untuk setiap ibu hamil itu pula berbeza bergantung kepada pelbagai aspek seperti trimester, usia serta kondisi kesihatan tubuh badan individu itu sendiri.

Pun begitu, waktu tidur yang ramai pakar sarankan adalah sekitar 7 ke 9 jam dalam masa sehari!

Kesan tidur terlalu kurang

Jangan pandang remeh jika anda mengalami masalah kurang tidur ketika hamil kerana ia akan menjejaskan kondisi tubuh badan anda serta janin di dalam kandungan.

Berikut adalah kesan buruk yang mungkin boleh terjadi akibat ibu hamil yang terkurang tidur:

efek tidur terlalu lama
Ibu hamil tidak boleh tidur terlebih lama.

Efek tidur terlalu lama

Dalam pada itu, ibu hamil juga tidak boleh terlebih tidur kerana ada banyak efek tidur terlalu lama yang mungkin boleh terjadi akibat daripada perubahan pola tidur ini.

Ini kerana wanita hamil yang tidur lebih lama saat kehamilan misalnya lebih 10 jam sehari pada waktu malam, risiko praeklampsia mungkin akan meningkat 2 kali ganda.

Bukan itu sahaja, kesan tidur terlalu lama ketika sedang hamil juga mungkin akan mengakibatkan komplikasi kehamilan seperti janin mati dalam kandungan (stillbirth).

“Wanita hamil kerap terjaga atau terbangun daripada tidur pada waktu malam sekali gus menjejaskan kualiti dan kuantiti tidur. Ia adalah perkara yang yang sudah tentu boleh mengakibatkan kesan buruk kepada diri mereka serta janin dalam kandungan.”, jelas Dr Louise O’Brien dari University of Michigan di Amerika Syarikat.

Konklusi

Wanita hamil perlu untuk mendapatkan tidur yang cukup dan ideal dengan tidak terlalu kurang atau tidak terlalu lama tidur agar kehamilan anda itu lebih sihat!

[embed-health-tool-pregnancy-weight-gain]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Tiredness and sleep problems, https://www.nhs.uk/pregnancy/related-conditions/common-symptoms/tiredness/, Accessed Jan 13 2022.
  2. Oversleeping during pregnancy may be risk factor for stillbirth, https://www.nursingtimes.net/news/research-and-innovation/oversleeping-during-pregnancy-may-be-risk-factor-for-stillbirth-18-01-2019/, Accessed Jan 13 2022.
  3. How much sleep should I get when I’m pregnant?, https://www.fairview.org/Blog/How-much-sleep-should-I-get-when-Im-pregnant, Accessed Jan 13 2022.
  4. Sleep and Pregnancy, https://familydoctor.org/getting-enough-sleep-pregnancy/, Accessed Jan 13 2022.
  5. Sleeping During Pregnancy, https://kidshealth.org/en/parents/sleep-during-pregnancy.html, Accessed Jan 13 2022.

Versi Terbaru

13/11/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Bagaimanakah Posisi Tidur yang Selamat untuk Ibu Hamil?

Susah Tidur, Selamatkah Jika Ambil Pil Tidur Semasa Hamil? Ini Jawapannya


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 4 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan