Kanak-kanak gunakan komputer orang dewasa
Kebanyakan komputer direka untuk penggunaan orang dewasa. Jadi, aturannya disiapkan untuk orang dewasa, bukannya kanak-kanak. Lantaran itu, apabila anak anda menggunakan komputer, mereka perlu mengangkat kepala untuk melihat apa yang dipaparkan pada skrin. Malahan, anak anda mungkin akan menghadapi kesukaran untuk mencapai tetikus, papan kekunci atau menyandarkan badan pada kerusi atau sofa serta kedudukan kakinya tidak sampai ke lantai. Mereka mungkin akan rasa tidak selesa apabila duduk menggunakan meja kerja di tempat orang dewasa.
Tahap pencahayaan di bilik tidak sesuai untuk kanak-kanak
Semasa anda menggunakan komputer, anda hanya memerlukan separuh tahap pencahayaan Jika tahap pencahayaan dinaikkan, mata perlu melaras untuk menyesuaikan keadaan pencahayaan yang berbeza.
Lindungi mata anak anda
Periksa mata anak anda
Anda perlu membawa anak anda ke hospital atau pusat penjagaan kesihatan mata untuk memeriksa jika anak anda boleh melihat dengan jelas. Lakukan pemeriksaan mata anak dengan kerap supaya anda boleh mengesan lebih awal jika mata mereka perlu dirawat. Dalam sesetengah kes, ujian berbeza adalah disarankan.
Jangan biarkan anak menggunakan komputer terlalu lama
Ingatkan anak anda untuk mengambil rehat sebentar selepas satu jam menggunakan komputer. Jangan biarkan mereka menatap skrin komputer selama berjam-jam. Anda perlu hadkan masa mereka duduk menghadap komputer. Ini boleh membantu mengurangkan masalah mata akomodatif.
Periksa kedudukan komputer
Periksa komputer dan meja kerja anda dengan betul. Jika anak hendak menggunakan komputer, laraskan posisi pada skrin, papan kekunci, tetikus, kerusi, dan meja untuk disesuaikan dengan anak anda. Skrin pula tidak boleh diletakkan terlalu tinggi daripada pandangan mata anak. Pastikan papan kekunci dan tetikus mudah dicapai oleh anak anda. Kakinya pula perlu diletakkan mencecah lantai atau letakkan kaki anak di atas bangku.
Periksa pencahayaan
Periksa pencahayaan dalam bilik bagi mengelakkan silau berlebihan pada skrin. Anda juga disarankan untuk mengurangkan jumlah lampu dalam bilik.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen