Barah rahim adalah antara kanser yang paling menakutkan wanita. Tetapi apakah penyebab kanser rahim untuk terjadi dan bagaimana dengan rawatannya? Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai keadaan ini, teruskan pembacaan anda.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Barah rahim adalah antara kanser yang paling menakutkan wanita. Tetapi apakah penyebab kanser rahim untuk terjadi dan bagaimana dengan rawatannya? Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai keadaan ini, teruskan pembacaan anda.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser sila dapatkannya di sini.
Kanser rahim adalah sejenis kanser yang tumbuh dari dinding rahim, iaitu epidermis di dalam rahim, samada serviks atau uterus.
Rahim, termasuk serviks dan uterus, terletak di antara pundi kencing dan rektum. Serviks berhubung dengan faraj, manakala tubuh rahim berhubung dengan tiub fallopian.
Selain itu, penyebab kanser rahim juga boleh tumbuh dari lapisan tisu rahim. Kanser jenis ini adalah jarang dan ia dinamakan sebagai kanser tisu penghubung rahim.
Kini, bilangan kes kanser rahim semakin bertambah. Kanser rahim kebanyakannya melibatkan perempuan menopause.
Di samping itu, saintis mengatakan bahawa mereka yang menghidapi obesiti mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser rahim.
Simptom-simptom lain seperti sakit perut, sakit dada dan penurunan berat badan kebiasaannya berlaku lewat selepas kanser sudah merebak ke organ lain.
Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas.
Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.
Anda harus berhubung dengan doktor sekiranya anda mengalami mana-mana perkara berikut:
Sekiranya anda mempunyai mana-mana tanda atau simptom yang disebut di atas atau sebarang persoalan, sila berhubung dengan doktor anda.
Setiap tubuh manusia bertindak dengan cara yang berbeza.
Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah jalan yang terbaik untuk mendapatkan nasihat yang paling sesuai dengan situasi anda.
Saintis masih belum menemui puncanya secara pasti.
Mereka hanya mengetahui bahawa terdapat mutasi pada sel lapisan rahim. Mutasi pada genetik menyebabkan sel yang sihat menjadi tidak normal.
Sel normal membesar dan berkembang biak di bawah kelajuan tertentu dan akhirnya akan mati pada tempoh yang tetap. Manakala sel yang tidak normal berkembang biak di luar kawalan dan tidak mati pada waktunya.
Perkumpulan sel-sel ini menghasilkan ketumbuhan atau tumor. Sel kanser menyerang tisu-tisu berhampiran dan boleh merebak ke pelbagai bahagian tubuh manusia.
Terdapat banyak penyebab kanser rahim seperti:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Doktor akan membuat diagnosis berdasarkan sejarah perubatan, pemeriksaan fizikal dan biopsi daripada endometrium.
Dalam teknik biopsi ini, doctor akan mengambil sampel tisu daripada rahim untuk melihat samada ia mempunyai sel kanser atau tidak. Doktor anda akan bertanyakan tentang simptom-simptom yang ada untuk menentukan pembesaran tumor.
Kanser serviks boleh merebak ke pundi kencing, rektum, dan organ lain. Doktor haruslah membuat ujian-ujian lain untuk menentukan tahap kanser.
Ujian-ujian tersebut termasuklah ujian pap smear, imbasan CT (computed tomography), MRI (magnetic resonance), ultrasonik, dan cuci rahim (uterine curettage).
Rawatan bergantung pada tahap kanser.
Doktor akan membuat pembedahan untuk membuang tumor di dalam rahim, ovari atau tiub fallopian mengikut tahap kanser.
Sekiranya kanser telah merebak tetapi tidak terlalu jauh, doktor boleh meminta untuk membuang tisu berhampiran atau nod limfa untuk mengelakkan kebarangkalian metastasis.
Kemudian, anda perlu menjalani radioterapi, terapi hormon, kortison dan kemoterapi untuk mengecilkan saiz kanser yang berbaki dan untuk mengelakkan kanser merebak.
Doktor pakar kanser (onkologi) akan bertanggungjawab untuk memberikan rawatan.
Rawatan kanser menyebabkan kesan sampingan dari ubat-ubatan dan bahan kimia dalam kemoterapi.
Kesan sampingannya adalah berbeza bergantung kepada jenis ubat dan bahan kimia yang digunakan. Doktor anda mungkin akan menyediakan kepada anda kumpulan sokongan dan sokongan emosi semasa tempoh rawatan.
Walaupun rawatan penyebab kanser rahim mengakibatkan kesan sampingan yang tidak menyenangkan dan rasa letih akibat perubahan pada penampilan dan mental, anda harus tahu bahawa anda masih boleh menjalani kehidupan yang normal dan aktif.
Anda harus berkongsi apa yang anda lalui bersama ahli keluarga dan kawan-kawan kerana ia memainkan peranan yang penting dalam tempoh rawatan anda.
Penyebab kanser rahim boleh dihadkan jika anda:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen