Punca kanser serviks
Kanser berlaku disebabkan bahagian yang tidak terkawal dan pertumbuhan sel-sel tidak normal. Kebanyakan sel dalam badan mempunyai jangka hayat yang ditetapkan, dan apabila ia mati, badan akan menjana sel baru untuk menggantikannya.
Tetapi, sel-sel tidak normal boleh menimbulkan dua masalah:
- Ia tidak mati
- Ia terus berkembang / berpecah
Dua masalah ini seterusnya mengakibatkan pembentukan sel-sel yang berlebihan, yang akhirnya menyebabkan pembentukan benjolan, atau tumor atau ketumbuhan. Namun, sehingga ke hari ini, saintis dan penyelidik tidak mengetahui mengapa sel-sel tersebut boleh menjadi kanser.
Walau bagaimana, terdapat beberapa faktor lain yang mungkin meningkatkan risiko kanser serviks kepada anda, seperti:
- HPV – merupakan jangkitan penyakit kelamin terdapat lebih 100 jenis HPV yang boleh wujud, dan sekurang-kurangnya 13 daripadanya boleh menyebabkan kanser serviks.
- Mempunyai ramai pasangan seksual atau terlibat secara aktif dalam melakukan hubungan seksual pada usia muda – penyebaran jenis HPV penyebab kanser selalu berlaku kerana hubungan seksual dengan pasangan yang mempunyai HPV. Individu wanita yang mempunyai banyak pasangan seksual, mempunyai risiko jangkitan HPV yang tinggi. Ini sekali gus meningkatkan risiko perkembangan kanser serviks.
- Merokok – antara faktor yang meningkatkan risiko kanser serviks, termasuk kanser yang lain.
- Sistem imunisasi lemah – risiko kanser serviks adalah tinggi kepada individu yang mempunyai HIV atau AIDS, dan individu yang menjalani pembedahan pemindahan organ atau tisu – membawa kepada penggunaan ubatan imunosupresif.
- Pil kawalan kehamilan – penggunaan beberapa jenis pil kontraseptif untuk tempoh panjang boleh meningkatkan risiko.
- Penyebaran jangkitan penyakit kelamin lain – Chlamydia, gonorrhea dan sifilis meningkatkan risiko kanser serviks.
- Status sosio-ekonomi – kadar pesakit kanser serviks adalah tinggi di kawasan berpendapatan rendah.
Gaya hidup sihat
Sesungguhnya, bahaya kanser serviks ini tidak boleh dipandang remeh. Anda boleh mengurangkan risiko kanser serviks dengan mengurangkan risiko untuk mendapat HPV. Jika anda berusia antara 9 hingga 26 tahun dapatkan suntikan vaksin HPV. Terdapat jenis yang berbeza untuk suntikan HPV, ia melawan jenis 16 dan 18 – antara jenis yang menyebabkan kanser. Sesetengah vaksin memberikan imunisasi terhadap lebih banyak jenis HPV. Sebaiknya dapatkan suntikan vaksin sebelum anda melakukan hubungan seks secara aktif.
Cara lain untuk mencegah kanser serviks adalah termasuk:
- Melakukan rutin pemeriksaan ujian Pap. Berbincang dengan doktor tentang kekerapan menjalani ujian berdasarkan usia dan keadaan kesihatan anda.
- Amalkan hubungan seks yang selamat. Pastikan pasangan anda memakai kondom.
- Hindari merokok. Individu wanita yang merokok adalah lebih risiko untuk mendapat kanser seviks.
Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen