Individu yang menderita kanser serviks tidak selalunya mengalami gejala serviks yang jelas pada awalnya. Selalunya, pesakit kanser hanya akan mengalami simptom setelah penyakit menjadi lebih teruk.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group
Individu yang menderita kanser serviks tidak selalunya mengalami gejala serviks yang jelas pada awalnya. Selalunya, pesakit kanser hanya akan mengalami simptom setelah penyakit menjadi lebih teruk.
Namun, ada kalanya simptom yang dialami pesakit bukan akibat daripada kanser, tetapi merupakan kesan daripada penyakit lain.
Menurut American Cancer Society, hampir 13,000 kes kanser serviks telah didiagnosis, dan 4,200 orang wanita meninggal dunia akibat kanser yang sama. Selalunya, kanser ini menyerang wanita yang berumur 35 tahun ke atas.
Wanita yang merokok, mempunyai pasangan seks yang berbeza, pernah mengalami STI (sexually transmitted disease), memiliki beberapa orang anak, menghidap HIV atau pernah melalui pemindahan organ adalah antara golongan yang berisiko untuk menghidap kanser serviks.
Oleh itu, penting untuk para wanita melakukan ujian saringan bagi kanser serviks supaya kanser boleh dikesan pada peringkat yang lebih awal.
Jika anda alami gejala serviks di bawah dalam jangka masa yang berpanjangan, anda perlu berjumpa doktor dalam kadar yang segera.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser Serviks, sila dapatkannya di sini.
Salah satu gejala serviks atau tanda kanser serviks ialah pendarahan pada bahagian vagina. Sebarang pendarahan yang berlaku di luar kitaran normal, boleh dikira sebagai pendarahan yang abnormal. Pendarahan ini boleh berlaku dengan cara berikut:
Salah satu tanda kanser serviks ialah pendarahan yang tidak normal pada kawasan vagina, lebih-lebih lagi pendarahan yang berlaku di antara dua haid. Pendarahan sebegini selalunya berlaku setelah kanser tersebut merebak ke kawasan tisu yang berdekatan.
Ramai yang anggap pendarahan pada bahagian vagina merupakan satu keadaan yang normal dan tidak perlu dibimbangi.
Namun, anda perlu tahu bahawa pendarahan vagina bukanlah sesuatu yang normal dan perlu diperiksa oleh doktor secepat mungkin.
Antara contoh pendarahan vagina yang tidak normal adalah:
Pendarahan yang berlaku sekali sekala mungkin tidak mempunyai apa-apa kesan terhadap kesihatan anda. Namun, jika anda mengalami pendarahan selama 3 bulan berturut-turut, anda mungkin menghadapi masalah kesihatan yang mengakibatkan pendarahan tersebut.
Ada banyak perkara yang boleh menyebabkan wanita alami pendarahan selepas melakukan hubungan seksual. Antaranya ialah:
Wanita yang mengalami simptom ini juga mungkin akan rasa sakit ketika melakukan hubungan seks disebabkan tumor yang membesar pada kawasan rahim.
Hampir 11% daripada wanita yang menghidap kanser serviks mengalami pendarahan selepas melakukan hubungan seksual.
Simptom ini juga merupakan salah satu simptom awal kanser serviks.
Jika anda disyaki menghidap kanser, doktor akan mencadangkan anda untuk melakukan pap test. Ujian pap smear ini boleh mengenal pasti sama ada anda menghidap kanser serviks ataupun tidak.
Jangan sesekali abaikan jika anda mengalami pendarahan yang luar biasa ketika haid. Cepat-cepat berjumpa doktor jika anda:
Jika anda selalu mengalami pendarahan yang banyak ketika haid, masalah ini mungkin tidak akan merisaukan anda.
Namun, jika anda selalunya hanya datang haid selama 4 hingga 5 hari, namun secara tiba-tiba mengalami haid selama 9 hingga 10 hari, anda harus berjumpa doktor secepat mungkin untuk sesi konsultasi.
Pelvis ialah bahagian bawah badan. Bahagian ini terletak di antara perut dan juga kaki. Rasa sakit ini dapat dirasai pada bahagian perut dan juga belakang badan.
Sakit pelvis merupakan salah satu gejala serviks yang lazim. Selain itu, ia juga mungkin menandakan anda mengalami masalah pencernaan, masalah reproduktif atau sukar untuk membuang air kecil.
Pesakit kanser serviks mungkin mengalami rasa sakit yang berpanjangan pada bahagian pelvis. Kadang kala, sakit boleh dirasai hingga ke bahagian apendiks. Pesakit yang rasa sakit pada bahagian apendiks selalunya mengalami kanser yang sudah merebak ke bahagian badan yang lain.
Pesakit juga berkemungkinan besar untuk alami simptom lain sebelum mereka mula rasa sakit pada bahagian pelvis. Sakit ini selalunya digambarkan sebagai sakit yang menusuk dan berpanjangan.
Wanita yang menghidap kanser serviks akan mengalami masalah keputihan yang abnormal. Cecair yang keluar melalui vagina mungkin berwarna pucat, coklat atau berdarah. Cecair tersebut juga selalunya lebih cair daripada biasa.
Pastikan anda terus berjumpa doktor jika anda:
Jangkitan pada bahagian alat sulit juga boleh menyebabkan perubahan pada warna, bau dan rasa keputihan yang anda alami. Sebagai wanita, keputihan adalah sesuatu yang normal. Cecair ini mengekalkan kebersihan dan kelembapan vagina.
Pesakit kanser serviks juga mungkin mengalami simptom sakit belakang yang terasa sampai ke kaki. Sakit ini mungkin diakibatkan oleh tumor yang menekan bahagian kelenjar limfa ataupun saraf pesakit.
Walau bagaimanapun, sakit belakang merupakan sesuatu yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Jarang sakit belakang menandakan anda menghidap kanser. Namun, selalunya pesakit yang menghidap kanser akan mengalami kombinasi simptom ini bersama simptom yang lain.
Sakit belakang, terutama sekali sakit pada bahagian bawah badan juga merupakan tanda kanser kolorektal dan kanser tulang belakang.
Apabila kanser telah merebak ke bahagian nodus linfa, pesakit mungkin akan mengalami bengkak pada bahagian kaki akibat daripada pengumpulan cecair. Keadaan ini turut dikenali sebagai lymphoedema.
Lymphoedema perlu dirawat dengan kadar yang segera. Jika tidak, ia akan jadi semakin teruk dan sukar untuk dirawat.
Kadang kala, kaki pesakit juga boleh bengkak selepas melalui rawatan kanser. Sebagai contoh, kemoterapi boleh mengakibatkan cecair berkumpul pada bahagian kaki pesakit.
Simptom ini berlaku disebabkan oleh tumor pada kawasan buah pinggang, pundi kencing atau usus besar yang bertindak menekan atau menghalang saluran kencing dan tahi atau kedua-duanya.
Simptom ini juga merupakan gejala yang biasa dialami oleh pesakit yang telah sembuh daripada kanser serviks. Sebahagian daripada mereka mengalami masalah untuk membuang air kecil yang berlarutan setelah menerima rawatan.
Seperti kebanyakan kanser, kanser serviks jarang menunjukkan sebarang simptom atau tanda sehingga ia sudah merebak ke bahagian badan yang lain. Namun, antara simptom dan gejala serviks yang paling lazim berlaku ialah:
Jika anda alami semua gejala di atas dalam satu jangka masa yang agak lama, jangan bertangguh lagi untuk berjumpa doktor. Walaupun ia mungkin bukan tanda kanser serviks, tapi gejala ini mungkin berpunca daripada penyakit lain.
Jangan sesekali abaikan simptom di atas mahupun gejala serviks yang anda alami. Tindakan menunda-nunda pemeriksaan hanya akan membuatkan penyakit anda menjadi makin teruk dan sukar untuk dirawat.
Jika risau mengenai risiko anda untuk menghidap kanser serviks, anda boleh lakukan ujian saringan bagi mengesan kanser ini ketika ia masih lagi di peringkat awal.
Selain itu, pesakit juga boleh mengambil vaksinasi HPV untuk elak daripada jangkitan virus HPV yang boleh mengakibatkan kanser serviks. Hampir 50% jumlah kes menurun kesan daripada penggunaan vaksinasi.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen