Attention Deficit Hyperactivity Disorder, atau singkatannya ADHD adalah keadaan kronik yang menjejaskan berjuta-juta kanak-kanak dan selalunya berlanjutan sehingga peringkat dewasa.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group
Attention Deficit Hyperactivity Disorder, atau singkatannya ADHD adalah keadaan kronik yang menjejaskan berjuta-juta kanak-kanak dan selalunya berlanjutan sehingga peringkat dewasa.
ADHD maksud merangkumi gabungan masalah yang berterusan, seperti masalah kesukaran mengekalkan perhatian, hiperaktif dan tingkah laku impulsif.
Kanak-kanak dengan ADHD juga boleh bergelut dengan masalah rendah diri, hubungan yang bermasalah dan prestasi yang kurang baik di sekolah.
ADHD apa itu?
ADHD maksud adalah masalah besar di banyak negara di seluruh dunia, terutamanya di negara-negara maju. Ia adalah gangguan tingkah laku yang dipercayai menjejaskan setiap 1 dari 20 kanak-kanak di negara maju.
Walau bagaimanapun, ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ADHD apa itu.
Anda perlu tahu simptomnya selepas mengetahui apa yang dimaksud ADHD.
Sangat sukar untuk mendiagnosis ADHD pada kanak-kanak yang berumur kurang dari 5 tahun.
Ini adalah kerana kebanyakan kanak-kanak prasekolah mempunyai beberapa tanda seperti ADHD tetapi dalam pelbagai keadaan.
Juga, pembesaran kanak-kanak semasa tahun-tahun prasekolah adalah sangat cepat.
Terdapat tiga jenis ADHD sekunder yang dikelaskan:
Apa yang dimaksud ADHD?
ADHD adalah lebih banyak berlaku pada lelaki berbanding perempuan, dan tingkahlaku antara kedua-dua jantina boleh jadi berbeza.
Sebagai contoh,lelaki cenderung menjadi hiperaktif manakala perempuan cenderung menjadi tidak dapat fokus secara senyap.
Ciri-ciri utama ADHD maksud, termasuklah kegagalan untuk fokus dan hiperaktif-impulsif. Ia bermula sebelum usia 12 tahun, dan pada sesetengah kanak-kanak, ia boleh dikesan seawal usia 3 tahun.
Apa yang dimaksud ADHD?
Gejala ADHD adalah boleh menjadi ringan, sederhana atau teruk.
Tidak fokus: Seorang kanak-kanak yang menunjukkan corak ketidakpedulian sering kali:
Hiperaktif dan impulsif: Seorang kanak-kanak yang menunjukkan corak hiperaktif dan gejala impulsif seringkali:
Isu-isu tambahan: Selain itu, kanak-kanak dengan ADHD adalah mungkin mengalami:
Sekiranya anda prihatin bahawa anak anda menunjukkan tanda-tanda ADHD, jumpa pakar pediatrik atau doktor keluarga anda.
Doktor boleh mensyorkan doktor pakar kepada anda, namun adalah penting untuk mendapatkan penilaian perubatan terlebih dahulu untuk memeriksa sebab-sebab lain yang menyebabkan kesusahan anak anda.
Jika anda mempunyai sebarang tanda atau gejala yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, berunding dengan doktor anda.
Tubuh setiap orang bertindak dengan cara berbeza. Berbincang dengan doktor apa yang terbaik untuk keadaan anda.
Faktor-faktor yang mungkin terlibat dalam perkembangan ADHD adalah:
Terdapat banyak faktor risiko yang boleh menyebabkan ADHD dan ini adalah beberapa perkara biasa, termasuklah:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Walaupun anak anda mungkin mempunyai beberapa gejala yang kelihatan seperti ADHD, ia mungkin sesuatu yang lain. Oleh yang demikian, anda memerlukan doktor untuk memeriksanya.
Tiada ujian khusus untuk ADHD. Sebaliknya, mendiagnosis adalah proses yang mengambil beberapa langkah dan melibatkan pengumpulan banyak maklumat dari pelbagai sumber.
Anda, anak anda, sekolah anak anda, dan penjaga-penjaga yang lain harus terlibat dalam menilai tingkah laku anak anda.
Doktor juga akan bertanya apa gejala anak anda ada, berapa lama gejala-gejala ini bermula, dan bagaimana tingkah laku itu mempengaruhi anak anda dan seluruh keluarga anda.
Doktor mendiagnosis ADHD adalah pada kanak-kanak selepas seorang kanak-kanak telah menunjukkan enam atau lebih tanda khususnya gagal fokus atau hiperaktif secara kerap selama lebih dari 6 bulan dalam sekurang-kurangnya dua persekitaran.
Doktor akan mempertimbangkan bagaimana tingkah laku kanak-kanak itu dibandingkan dengan kanak-kanak lain pada usia yang sama.
Rawatan standard untuk ADHD adalah kanak-kanak termasuklah ubat-ubatan, pendidikan, latihan dan kaunseling.
Rawatan ini boleh membantu melegakan banyak gejala ADHD, namun ia sebenarnya tidak menyembuhkan. Mungkin mengambil sedikit masa untuk menentukan apa yang paling sesuai untuk anak anda.
Ubat-ubatan
Pada masa ini, ubat-ubatan perangsang adalah yang paling kerap disyorkan untuk ADHD.
Ubat-ubat ini digunakan untuk merangsang dan mengimbangi tahap bahan kimia otak yang dipanggil neurotransmitter.
Ubat-ubatan ini membantu memperbaiki tanda-tanda gagal fokus dan hiperaktif – kadang-kadang ianya berkesan dalam tempoh yang singkat.
Kadangkala, doktor anda akan mengubah jenis ubat mengikut keperluan dan kesesuaian anak anda.
Terapi tingkah laku ADHD
Kanak-kanak dengan ADHD sering mendapat manfaat daripada terapi tingkah laku dan kaunseling, yang mungkin disediakan oleh pakar psikiatri, psikologi, pekerja sosial atau profesional penjagaan kesihatan mental yang lain.
Sesetengah kanak-kanak dengan ADHD maksud juga mungkin mengalami keadaan lain seperti gangguan kebimbangan atau kemurungan. Dalam kes-kes ini, kaunseling boleh membantu ADHD dan masalah lain yang ada.
Ubat-ubatan alternatif
Beberapa rawatan perubatan alternatif yang telah dicuba, tetapi belum terbukti sepenuhnya secara saintifik, termasuklah:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen