backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Mahu Anak Sentiasa Sihat? Ketahui 10 Masalah Kesihatan Lazim Kanak-kanak Prasekolah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 24/02/2022

Mahu Anak Sentiasa Sihat? Ketahui 10 Masalah Kesihatan Lazim Kanak-kanak Prasekolah

Apabila anak memasuki alam prasekolah, pastinya masalah kesihatan kanak-kanak merupakan antara perkara yang mendatangkan kerisauan ibu bapa.

Buat mereka yang bergelar ibu bapa, sudah tentu penting untuk memastikan anak membesar dengan sihat dan gembira.

Namun, seiring peningkatan usia dan anak semakin terdedah kepada persekitaran luar, pastinya risiko untuk mereka dijangkiti pelbagai penyakit juga meningkat.

Tetapi apakah masalah kesihatan umum yang cenderung dialami kanak-kanak terutamanya, apabila sudah memasuki alam prasekolah?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Masalah kesihatan kanak-kanak prasekolah lazim dialami

Kanak-kanak prasekolah memerlukan tubuh dan sistem imun yang kuat kerana mereka terdedah kepada kanak-kanak lain, individu dewasa dan persekitaran yang mungkin tercemar. 

Ini sekali gus akan meningkatkan risiko untuk mereka jatuh sakit. 

Berikut adalah 10 jenis masalah kesihatan kanak-kanak yang cenderung berlaku:

Selesema

masalah kesihatan kanak-kanak

Kanak-kanak sememangnya lebih mudah dijangkiti selesema. Ia disebabkan oleh sistem daya tahan tubuh mereka yang belum berkembang sepenuhnya. 

Gejala selesema seringkali disertai oleh keadaan hidung berair, batuk, sakit tekak dan keletihan. 

Jangkitan telinga

Seperti masalah pernafasan lain contohnya selesema, batuk dan sakit tekak, anak prasekolah juga mudah mengalami jangkitan telinga atau otitis media

Umumnya, keadaan ini terjadi apabila telinga tengah mengalami keradangan akibat penumpukan cairan di belakang gegendang telinga.

Ia cenderung berlaku selepas sakit tekak, selesema atau jangkitan saluran pernafasan saluran atas.

Baca juga:

Gastroenteritis akut

Keadaan ini berpunca daripada jangkitan usus yang menyebabkan cirit-birit. Biasanya ia disertai dengan simptom seperti sakit perut, mual dan muntah. 

Anak prasekolah yang mengalami jangkitan ini boleh dirawat di rumah dengan memberinya banyak minum air.

Gastroenteritis akan menjangkiti apabila anak menyentuh permukaan yang tercemar dengan virus.

Hindarinya dengan mengajar anak amalan mencuci tangan yang betul

Konjunktivitis 

Merupakan jangkitan pada ‘konjunktiva’ – selaput lutsinar yang menutupi bahagian putih mata. 

Jangkitan yang berlaku menyebabkan mata tampak berwarna merah atau merah jambu.

Sebab itu, masalah kesihatan kanak-kanak ini turut dikenali sebagai pink eye.

Selalunya, keadaan ini terjadi kesan daripada reaksi alahan.

Ia mudah berjangkit, terutamanya jika anak tersentuh cecair tercemar daripada mata, hidung atau mulut. 

masalah kesihatan kanak-kanak

Asma

Penyakit ini menjadikan paru-paru dan saluran udara membengkak, sekali gus menyukarkan pernafasan.

Ia boleh tercetus oleh alergen, jangkitan saluran pernafasan atas atau perubahan musim. 

Gejalanya boleh berkisar daripada batuk ringan hingga sesak nafas teruk atau berdehit ketika bernafas. 

Malangnya, gangguan kesihatan ini tidak boleh disembuhkan tetapi dapat diatasi dengan pengambilan ubat dan perubahan gaya hidup. 

Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD)

HFMD disebabkan oleh virus coxsackie dan kerap terjadi dalam kalangan kanak-kanak kecil

Jika anak prasekolah dijangkiti penyakit ini, mereka akan mengalami luka pada mulut dan ruam pada tangan serta kaki. 

Masalah ini tidak berbahaya dan biasanya akan hilang dalam tempoh beberapa hari.

Beguk

Merupakan jangkitan pada kelenjar parotid, iaitu kelenjar yang terdapat di sekitar rahang – berfungsi untuk pengeluaran air liur.

Antara simptom biasa beguk adalah pipi bengkak yang berlaku disebabkan pembengkakan pada kelenjar parotid

Beguk adalah penyakit mudah berjangkit yang disebarkan melalui bersin atau batuk.

Selain bengkak, anak juga mungkin akan mengalami demam sebagai antara gejalanya. 

Walaupun masalah kesihatan kanak-kanak ini cenderung terjadi, namun ia tidak mengakibatkan simptom yang teruk.

Campak

Antara penyakit berjangkit yang senang merebak. Ciri-cirinya, tubuh anak akan ditumbuhi ruam berbintik yang kelihatan di bawah kulit.

Jangkitan akan bermula pada wajah sebelum merebak ke seluruh bahagian tubuh.

Masalah kesihatan ini berisiko membawa maut tetapi dapat dielakkan dengan pengambilan vaksinasi.  

Rujuk pakar pediatrik anda untuk mengetahui lebih lanjut mengenai vaksin kanak-kanak.

masalah kesihatan kanak-kanak

Kutu kepala

Turut dikenali sebagai pediculosis, ia dikatakan sebagai antara masalah yang sering berlaku pada kanak-kanak prasekolah kerana mudah menular. 

Kutu kepala akan melekat pada rambut dan menghisap darah daripada kulit kepala. Kesannya ia menyebabkan kegatalan

Masalah ini sukar untuk dihentikan kerana kutu membiak dengan cepat. 

Jangkitan pinworm

Jangkitan cacing jarum adalah melibatkan jangkitan usus yang terjadi apabila anak-anak termakan telur cacing ini.

Telur ini boleh menetas dan menjadi cacing sepanjang ½ hingga ¼ inci.

Adakalanya cacing ini akan bertelur pada kulit sekitar dubur yang boleh menyebabkan kegatalan. 

Umumnya, jangkitan ini boleh dirawat dengan pengambilan ubat oral.

Tabiat mencuci pakaian, seluar dan pakaian dalam dengan kerap akan dapat membantu mengurangkan gejala yang berpunca daripada jangkitan ini.

Kesimpulan

Sememangnya kesihatan anak menjadi keutamaan bagi kebanyakan ibu bapa. 

Namun ia tidak bermakna anda boleh menjadikannya sebagai alasan untuk menghalang anak daripada meneroka dunia di sekeliling mereka, khususnya dalam tahun-tahun pertama kehidupan

Masalah kesihatan kanak-kanak prasekolah yang mudah menjangkiti pasti akan menyebabkan wujudnya rasa bimbang.

Tetapi sekiranya anda mengetahui cara yang tepat untuk mencegah dan menghindari, sudah tentu perasaan tersebut dapat disingkirkan. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 24/02/2022

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan