backup og meta

Anak Mula Tantrum Sepanjang Tempoh PKP? Ketahui 5 Cara Atasinya

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 02/04/2020

    Anak Mula Tantrum Sepanjang Tempoh PKP? Ketahui 5 Cara Atasinya

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

    Tempoh PKP boleh menyebabkan tekanan kepada individu dewasa mahupun kanak-kanak. Jadi bagaimana cara terbaik untuk menjaga kesihatan mental anak ketika penularan wabak COVID-19 ini?

    Statistik di Malaysia adalah seperti berikut:

    [covid_19]

    Kesan tempoh PKP kepada individu

    Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 14 April bertujuan mengekang penularan wabak COVID-19, sudah tentu memberikan kesan kepada setiap individu, tanpa mengira usia. 

    Adakalanya apa yang dialami ibu bapa boleh memberikan impak kepada anak-anak. Sebagai contoh, jika ibu bapa dan penjaga mengendalikan isu wabak COVID-19 dengan tenang, maka ia sudah tentu menjadi 1 sokongan terbaik untuk anak-anak.

    Setiap individu akan mengalami dan bertindak dengan cara yang berbeza terhadap tekanan situasi ini. Dalam masa yang sama tekanan dan kegelisahan sepanjang tempoh PKP ini boleh mendatangkan kesan kepada kesihatan mental anak.

    Baca juga:

    Keadaan kesihatan mental anak adalah berbeza

    Bagaimana caranya ibu bapa membantu anak-anak untuk berdepan dengan situasi yang mencabar ini?

    Kesan tempoh PKP ini adalah berbeza bagi setiap kanak-kanak, sama seperti individu dewasa.

    Ada kanak-kanak yang menikmati waktu ini kerana tidak perlu hadir ke sekolah, dan ada juga yang mengalami rasa takut dan bimbang. Lebih-lebih lagi apabila pergerakan terkawal, tidak boleh keluar rumah sewenang-wenangnya.

    Dalam menangani isu berkaitan kesihatan mental anak, ibu bapa perlu mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. Jangan cepat melenting atau marah, kerana mereka mungkin masih tidak memahami keadaan sebenarnya berlaku.

    Ibu bapa yang mempunyai anak kecil, mungkin akan menyedari ada perubahan pada anak. Mereka mungkin lebih mudah meragam atau sentiasa ingin mendapatkan perhatian anda. Perubahan rutin sepanjang tempoh PKP ini menjadi sesuatu yang sukar buat mereka.

    Manakala bagi anak yang sudah besar, mungkin berlaku perubahan emosi secara mendadak atau mudah marah. Jangan pula anda marahkan mereka, okay?

    Membataskan pergerakan dan amalan jarak sosial adalah 1 perkara yang sukar buat mereka. Apatah lagi jika anak anda seorang yang sering dikelilingi teman-temannya. Pastikan anda boleh memahami kesukaran ini. 

    Jadi bagaimana untuk mengatasi keadaan ini sekali gus menjaga aspek kesihatan mental dan emosi anak?

    kesihatan mental anak

    5 cara penjagaan kesihatan mental anak

    Berikut dikongsikan 5 cara yang boleh dicuba bagi memastikan tahap kesihatan mental dan emosi anak-anak berada pada tahap yang baik.

    1. Tunjukkan ketenangan diri

    Menjadi contoh teladan adalah perkara yang paling penting untuk memastikan kestabilan mental dan emosi anak-anak. Ini kerana ibu bapa adalah cerminan diri anak-anak.

    Contoh yang bagaimana perlu anda jadi? Jagalah diri anda sebaiknya. Cari masa untuk bersenam, mendengar muzik, membaca buku atau apa sahaja yang berkesan menenangkan diri anak.

    Jika anda kerap menunjukkan wajah risau pastinya secara tidak langsung ia memberikan kesan kepada anak-anak.

    1. Bantu mereka untuk berasa selamat

    Tekanan emosi adalah perkara yang tidak sepatutnya dialami kanak-kanak. Cuba wujudkan 1 persekitaran selamat buat anak anda meluahkan apa yang dirasai oleh mereka. Ini 1 cara membantu mereka untuk berdepan situasi sukar seperti sekarang.

    Biarkan mereka mengetahui yang anda mengambil berat dan menyayangi mereka. Bantu mereka untuk menyalurkan apa yang dirasai dengan cara yang baik dan selamat.

    Baca juga:

    • Usia Muda BUKAN Jaminan Terlepas Dari COVID-19, Bahkan Boleh Dapat Simptom Lagi Teruk!

    • Pusat Asuhan & Nurseri Tutup, Ke Mana Anak Petugas COVID-19 Harus Dihantar?

    • PKP Tak Bermaksud Anda Jadi Antisosial, Ini Cara Kekalkan Interaksi Walaupun Terkurung!

    1. Rutin yang fleksibel

    tempoh pkp

    Apabila anak-anak anda sudah biasa bermain bersama rakan-rakan di luar rumah, pastinya tempoh PKP ini menimbulkan rasa pelik dan janggal. Sudah tentu mereka akan bosan.

    Jadi cuba cipta rutin yang fleksibel tetapi menyeronokkan. Antara aktiviti yang boleh dilakukan seperti:

    • Membaca buku atau melihat gambar
    • Menari mengikut irama muzik atau bernyanyi
    • Lakukan tugasan rumah yang mudah bersama
    • Melakukan senaman sambil mendengar muzik digemari mereka
    1. Hadkan penggunaan gajet

    Tidak dinafikan untuk ibu bapa yang masih perlu bekerja ketika tempoh PKP ini, gajet antara penyelamat pilihan paling mudah. Namun, ia sebenarnya memberikan lebih banyak keburukan jika berlebihan, terutamanya kepada kesihatan mental mereka.

    Jadi, hadkan masa skrin untuk anak-anak dan cuba wujudkan aktiviti lain yang tidak memerlukan penggunaan gajet. 

    1. Bergembira dan bergelak ketawa

    Anda pasti pernah mendengar ketawa adalah ubat yang paling mujarab. Malahan ketawa juga terbukti dapat menjadikan sesuatu hubungan lebih kuat dan mesra. Dalam masa yang sama, ketawa juga boleh mengurangkan ketakutan dan kegelisahan.

    Ketawa juga adalah 1 cara penjagaan kesihatan mental anak yang mudah untuk dilakukan. Bermainlah bersama anak-anak apa sahaja permainan yang mereka gemari. Hadirkan rasa gembira dalam diri mereka. 

    Penjagaan kesihatan mental diri

    Dalam anda cuba untuk menjaga aspek kesihatan mental anak, anda juga perlu memastikan tahap kesihatan mental, emosi dan fizikal anda berada dalam keadaan yang terbaik. 

    Jika anda berdepan kesukaran, jangan malu untuk mendapatkan sokongan emosi daripada pasangan dan juga ahli keluarga mahupun rakan baik anda. Pastikan anda juga mempunyai masa untuk bersendiri dan melakukan apa yang anda gemari.

    #HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

    https://www.facebook.com/HelloDoktorMY/videos/2789383271108165/

    Baca juga:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 02/04/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan