Apakah Aktiviti Sesuai untuk Anak ADHD?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 11/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Anak ADHD susah nak fokus dan tak boleh nak dengar arahan, betul ke? Hello Doktor ada beberapa idea untuk membantu mengembalikan fokus anak anda. 

Pengertian ADHD

Mesti ada antara anda tidak mengetahui apa yang dimaksudkan dengan ADHD, bukan? Ia adalah singkatan bagi attention deficit hyperactivity disorder. Keadaan ini dikatakan sering kali berlaku dalam kalangan kanak-kanak, di mana mereka akan mempunyai perbezaan dalam perkembangan dan aktiviti otak berbanding kanak-kanak lain. 

Kanak-kanak dengan ADHD atau Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif, biasanya berdepan masalah dalam memberikan tumpuan, duduk diam dan kawalan diri. Mereka akan lebih tertarik untuk melakukan perkara yang bukan anda suruh.

Jadikah apakah aktiviti yang sesuai untuk anak ADHD?

10 aktiviti untuk anak ADHD

  1. Seni mempertahankan diri

Pada hujung minggu, berikan anak anda peluang melakukan aktiviti yang boleh membakar tenaga dan meningkatkan keyakinan mereka. Seni mempertahankan diri dikatakan sebagai satu sukan yang sesuai bagi kanak-kanak dengan sindrom ini. Berikan anak anda peluang untuk memilih jenis seni pertahanan diri yang disukainya. 

  1. Sukan semula jadi

Kanak-kanak secara azali memang gemar untuk melakukan aktiviti luar rumah, tidak kira sama ada mempunyai ADHD atau tidak. Aktiviti di luar rumah seperti berbasikal atau mendaki adalah sangat bersesuaian untuk kanak-kanak dengan energi yang tinggi. Aktiviti seperti ini memberikan anak anda peluang untuk sentiasa bergerak dan menggunakan jumlah kekuatan otot yang tinggi, sekali gus membantu mengekalkan fokus. 

  1. Muzik

Tidak seperti aktiviti lain, muzik adalah satu aktiviti yang menggunakan kedua-dua belah otak pada masa yang sama. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat menjadikan minda untuk melakukan pelbagai kerja dengan lebih baik. 

  1. Berenang

Pemenang pingat emas Olimpik, Michael Phelps merupakan salah seorang individu yang didiagnosis dengan ADHD ketika berusia 9 tahun. Jadi jika aktiviti berenang boleh melahirkan perenang bertaraf Olimpik, mungkin ia adalah satu aktiviti yang sesuai untuk dilakukan oleh anak anda. Pergerakan secara berterusan ini dapat membantu mengekalkan tahap tenaga anak anda dan dalam masa yang sama disiplin yang diperlukan dalam sukan ini pastinya amat diperlukan mereka. 

  1. Drama

Keperluan untuk mengingati skrip, latihan secara berkala dan pergerakan pantas di atas pentas; semua itu memerlukan rutin dan konsentrasi yang tinggi. Ini sekali gus menjadikan ia adalah aktiviti yang baik untuk anak anda. 

  1. Berdebat

Aktiviti ini bukan sekadar akan melibatkan diri anda secara berkumpulan dalam mencapai misi. Tetapi dalam masa yang sama membantu memberikan cabaran intelektual peribadi. Antara kemahiran yang akan diasah adalah kemahiran berkomunikasi. 

  1. Berlari

Sama ada secara berkumpulan atau sekadar berlari di dalam taman, pergerakan secara berterusan dan jarak yang dicapai menjadikan aktiviti ini adalah amat sesuai untuk anak-anak ADHD.  

  1. Permainan lama

Bingo, catur, batu seremban dan congkak; adalah antara beberapa jenis permainan lama dan tradisional. Ia merupakan permainan yang mudah tetapi dapat membantu mengekalkan fokus. Dalam masa yang sama ia boleh meningkatkan keyakinan diri untuk menang. 

Bersabar 

Tidak kira apa pun yang akan dilakukan oleh anak anda, perkara yang paling utama adalah anda perlu bersabar. Dikatakan tingkah laku anak ADHD mungkin akan bertambah teruk jika perhubungan dengan ibu bapa adalah negatif. 

Sebaiknya elakkan aktiviti yang melibatkan televisyen atau pun permainan video. Jika anda memerlukan bantuan, dapatkan nasihat daripada pakar bertauliah. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Terlompat Sana Sini & HiperAktif Sungguh Di Rumah, Adakah Anak Alami ADHD?

    Walau bagaimanapun, bagaimana jika anda ingin tahu bahawa anak hiperaktif anda adalah penghidap ADHD atau tidak? Ikutinya disini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 30/09/2019 . 2 minit bacaan

    Adam Levine, Justin Timberlake Dan 9 Artis Lain Yang Menghidap ADHD – Tak Sangka Betul!

    Anda mesti tidak percaya jika Justin Timberlake adalah salah seorang ADHD. Ramai lagi selebriti dan individu terkenal lain yang menghidap ADHD.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 30/09/2019 . 3 minit bacaan

    5 Mitos Tentang Hiperaktif Atau ADHD Yang Ramai Ibu Bapa SALAH SANGKA!

    Mungkin ramai ibu bapa anggap anak hiperaktif disebabkan ADHD. Ya, ia mungkin benar. Jom klik artikel untuk tahu 5 mitos mengenainya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Keibubapaan, Tips Keibubapaan 30/09/2019 . 3 minit bacaan

    Budak Paling Muda Lebih Berisiko Hidap ADHD?

    Menurut kajian, mereka yang lebih muda daripada rakan sebaya di kelas didiagnosis mengalami ADHD sekitar 30% lebih kerap berbanding rakan sebaya yang lain

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 26/09/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tulisan tangan

    Periksa Tulisan Anak Anda! Kalau Kurang Cantik, Ia Mungkin Tanda Awal Si Kecil Alami ADHD

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan
    tip keibubapaan

    Si Kecil Hiperaktif? Apa Kata Ibu Cuba 11 Tip Didikan Ini, Pasti Membantu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    mandi hujan mitos

    Jangan Percaya Mitos Perubatan Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 17/11/2019 . 3 minit bacaan
    larian kesedaran

    Larian Untuk Kesedaran: Betul Ke Sedar?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 23/10/2019 . 4 minit bacaan