Kek coklat ini hampir serupa sahaja dengan kek coklat Hiro. Namun, kek coklat Apollo berbentuk segi empat yang memanjang, manakala kek coklat Hiro pula berbentuk bulat.
Kek coklat Apollo dijual dengan harga 20 sen sahaja dan masih banyak dijual sehingga ke hari ini.
Ini mungkin kerana masih ramai yang menggemarinya termasuklah kanak-kanak generasi baharu.
#5. Nini Coklat Celup
Ini boleh dikatakan sebagai antara jajan Malaysia yang agak kayangan.
Tidak seperti jajan lain yang boleh dibeli dengan harga sekitar 10 atau 20 sen sahaja, Nini Coklat Celup biasanya dijual dengan harga RM1 yang pada ketika itu boleh dikatakan agak mahal.
Oleh sebab itu, ia tidak kerap dibeli walaupun rasanya agak sedap. Biskut panjang yang dicelup dengan coklat menjadikan rasanya seolah-olah jajan mewah untuk kanak-kanak.
#6. Jajan Mi-Mi

Keropok udang Mi-Mi ini juga sangat sedap. Pek pembungkusannya juga agak comel kerana bersaiz kecil. Ia mempunyai rasa udang dan agak masin.
Ia berbentuk seperti mi kecil yang pendek tetapi dengan rasa yang rangup.
Pada zaman dahulu, ia dijual dengan harga 10 sen sahaja untuk satu paket Mi-Mi. Jajan ini agak ikonik kerana ia mempunyai gambar kartun kucing sedang bermain gitar pada pek pembungkusnya.
Jajan zaman dulu banyak garam
Jajan termasuk dalam kategori makanan ringan. Ia merupakan jenis makanan yang diproses dan bukan lagi tergolong dalam makanan sebenar.
Selain itu, ia juga kurang atau mungkin hampir tiada nutrien seperti vitamin, mineral dan juga komponen nutrien penting yang lain.
Makanan ringan seperti ini juga tinggi dengan sodium atau garam dan bahan perasa.
Oleh sebab itu, tidak salah untuk anda membeli dan memakan jajan di atas bagi mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak anda.
Namun, cukuplah sekadar merasa atau makan dengan kuantiti yang sedikit sahaja.
Kesimpulan
Jika anda ingin merasa jajan zaman dahulu seperti yang di atas, pastikan anda tidak memberikannya kepada kanak-kanak untuk mengelakkan ketagihan dan kesan buruk lain terhadap kesihatan mereka.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen