backup og meta

Siapa Cakap Lelaki Tak Perlu Buat Yoga? Ada Manfaat Untuk Kesihatan Seksual Okay!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 11/08/2020

    Siapa Cakap Lelaki Tak Perlu Buat Yoga? Ada Manfaat Untuk Kesihatan Seksual Okay!

    Ya, tidak dinafikan bahawa aktiviti ini memang sangat bagus untuk meningkatkan tahap kesihatan mental dan juga fizikal individu.

    Pun begitu, tidak ramai yang sedar tentangnya lantas mengabaikan aktiviti yang ternyata bagus untuk semua golongan masyarakat ini.

    Bukan warga emas atau ibu hamil sahaja yang boleh mendapat manfaat melalui yoga, malahan lelaki dewasa juga boleh!

    Persoalannya, apakah manfaat yang boleh diterima daripada yoga untuk lelaki?

    Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut!

    Apa itu yoga?

    Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah untuk kita tahu mengenai perkara ini terlebih dahulu.

    Buat anda yang mungkin belum tahu, yoga adalah satu aktiviti senaman purba berasal dari negara India kira-kira 5,000 tahun dahulu.

    Ia berfokuskan kepada kekuatan, ketahanan dan kemampuan pernafasan untuk meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan mental.

    yoga

    Aktiviti ini turut dikenali sebagai senaman meditasi terbaik untuk manusia bersama dengan praktis dari negara Cina iaitu Tai Chi dan Qi Gong.

    Yoga sangat popular di luar negara dan kurang mendapat sambutan di Malaysia yang lebih bertumpukan kepada senaman beritma seperti zumba, aerobik atau poco-poco.

    Jom sama-sama kita tukar pemikiran kita dan mula ajak rakan lakukan senaman ini bersama!

    Yoga untuk semua lapisan masyarakat?

    Sebenarnya, setiap golongan masyarakat tanpa mengira kaum, umur dan jantina perlu melakukannya.

    Mungkin ramai yang fikir bahawa yoga hanya untuk warga emas dan ibu hamil sahaja, ia tidak tepat sama sekali.

    Ini kerana ramai individu yang mempraktiskan yoga apabila sudah tua atau sedang mengandung berharap mereka melakukannya lebih awal.

    Jika kalian berfikir tubuh badan perlu kuat, sihat atau fleksibel sebelum mula berjinak dengan senaman ini, pemikiran anda ternyata salah.

    Ketahuilah bahawa ia adalah aktiviti senaman yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat!

    Ini manfaat yoga untuk lelaki!

    Rasanya, ramai yang sudah tahu namun belum sedar keberkesanan senaman ini terhadap tahap kesihatan anda.

    yoga

    Mari kita lihat semula manfaatnya untuk individu khususnya dalam kalangan kaum Adam:

    #1. Lebih produktif di tempat kerja

    Menurut kajian yang dijalankan oleh Centers for Disease Control and Prevention (CDC) terhadap 85,000 pekerja di Amerika Syarikat, senaman ini boleh meningkatkan produktiviti pekerja.

    Ia disokong lagi dengan kajian pada tahun 2013 melibatkan 367 pekerja di Belanda yang mendapati senaman ini boleh mengurangkan kepenatan dan membuat tubuh badan lebih cergas serta cerdas.

    Ini kerana yoga sangat membantu pekerja melepaskan diri dari tekanan akibat lambakan kerja di pejabat.

    #2. Kualiti tidur meningkat

    Kesukaran untuk tidur malam atau insomnia adalah musuh utama buat lelaki yang perlu bekerja pada esok hari.

    Ini boleh diselesaikan dengan melakukan yoga kerana kajian pada tahun 2013 mendapati senaman ini mampu merelakskan otot badan sekali gus meningkatkan kualiti tidur.

    Selain itu, aspek pernafasan dapat dikawal dengan lebih baik melalui senaman ini juga memainkan peranan.

    #3. Otot badan bertambah

    Setiap lelaki di muka bumi ini pasti memasang impian untuk tubuh badan yang cantik, menarik dan berotot.

    Dengan yoga, kalian boleh membentuk otot badan sama seperti manfaat yang diperoleh ketika melakukan bench press, sit-up, push-up atau apa-apa aktiviti regangan di gimnasium.

    Dalam pada itu, anda juga boleh mendapat manfaat kesihatan dari aspek fizikal dan juga mental melalui aktiviti ini.

    Bagaimana pula dengan aspek kesihatan seksual?

    yoga

    Boleh bantu rawat masalah ejakulasi pramatang?

    Menurut kajian yang diterbitkan dalam Journal of Sexual Medicine pada tahun 2013, didapati bahawa lelaki yang melakukan yoga selama 12 minggu berturut-turut akan mampu meningkatkan kesihatan seksual.

    Ini termasuklah membantu lelaki menyelesaikan pelbagai masalah seksual seperti lemah libido, ereksi tidak kuat, ejakulasi pramatang serta sukar mencapai orgasma.

    Ia disebabkan oleh senaman ini merupakan kombinasi pelbagai aktiviti fizikal yang boleh menguatkan otot badan, memulihkan mood serta mengurangkan kegelisahan.

    Kesannya, ia mungkin boleh membantu lelaki dalam meningkatkan kesihatan seksual mereka.

    Jadi, apa lagi kalian tunggu? Segera daftarkan diri ke kelas yoga untuk mendapatkan pelbagai manfaat terhadap kesihatan tubuh badan secara total!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 11/08/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan