backup og meta

Sekolah Dah Nak Dibuka Semula? Ini 12 Perkara Ibu Bapa WAJIB Tahu!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 09/07/2020

    Sekolah Dah Nak Dibuka Semula? Ini 12 Perkara Ibu Bapa WAJIB Tahu!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

    Pada 10 Jun yang lepas, Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin telahpun membuat pengumuman tentang SOP sekolah yang baharu.

    Pengumuman ini merupakan sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh ramai pihak lebih-lebih lagi para ibu bapa yang mempunyai anak yang sedang bersekolah.

    Sebagai permulaan, hanya pelajar yang menghadapi peperiksaan penting seperti SPM, STPM, SMV dan STAM sahaja yang dibenarkan untuk hadir ke sekolah bermula 24 Jun 2020.

    Terbaru pula, kerajaan membenarkan prasekolah dan tadika dibuka sepenuhnya bermula 1 Julai ini.

    Oleh itu, bukan pelajar sahaja perlu bersedia, malah ibu bapa juga! Lengkapkan anak dengan semangat kembali ke sekolah, dan juga hand sanitiser serta pelitup muka.

    Ini statistik terbaru kes COVID-19 di Malaysia:

    [covid_19]

    SOP sekolah dirangka hasil perbincangan pelbagai pihak

    Sebuah garis panduan telahpun dirangka bersama-sama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai rujukan semua sekolah sebelum dibuka.

    SOP ini bertujuan untuk memastikan keselamatan murid, guru dan warga sekolah ketika berada di kawasan sekolah.

    Sebagai ibu bapa, pasti anda rasa bimbang akan keselamatan anak anda ketika di sekolah. Oleh itu, kerjasama semua pihak amat penting untuk memastikan SOP ini dapat direalisasikan.

    Penting untuk anda ambil tahu persediaan yang patut dilakukan sebelum anak-anak kembali ke sekolah.

    Oleh itu, ikuti artikel kami untuk kupasan yang lebih lanjut.

    Anda mungkin berminat:

    SOP di sekolah, apa yang perlu anda tahu

    SOP Sekolah

    1. Jika tidak sihat, duduk sahaja di rumah!

    Pemeriksaan suhu akan dijalankan di pintu masuk sekolah. Pelajar atau guru yang bergejala ataupun mempunyai suhu badan lebih daripada 37.5°C tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah

    Oleh itu, ibu bapa haruslah memastikan anak-anak berada dalam keadaan sihat sebelum menghantar mereka ke sekolah. Ingatkan anak anda untuk sentiasa menjaga kebersihan diri dan amalkan penjarakan sosial.

    Artikel berkaitan:

    2. Susunan meja berjarak 1 meter antara satu sama lain.

    SOP sekolah telah menetapkan kapasiti maksimum mungkin bergantung kepada keluasan kawasan kelas. Namun, untuk kelas bersaiz biasa, hanya 20 orang murid sahaja yang dibenarkan pada satu-satu masa.

     3. Bersihkan permukaan kerap disentuh 2 kali sehari.

    Permukaan yang kerap disentuh seperti suis lampu dan kipas, tombol pintu, penutup tandas, pengepam tandas dan sebagainya akan dibersihkan dengan rapi sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

    sop sekolah

    4. Penjarakan sosial di kantin sekolah.

    Murid masih perlu mematuhi penjarakan sosial sejauh 1 meter dari satu sama lain ketika berada di kantin sekolah.

    Murid juga tidak dibenarkan makan di kantin sekolah. Hanya makanan berbungkus sahaja yang akan dijual dan murid akan makan di bawah seliaan guru dalam kelas pada waktu rehat.

    5. Pastikan ada bilik isolasi untuk murid bergejala. Bilik ini perlu dilengkapkan dengan pelitup muka dan juga hand sanitiser.

    6. Aktiviti sukan dan kokurikulum tidak dibenarkan sehingga tarikh yang akan diumumkan nanti.

    7. Penggunaan pita pelekat sebagai tanda penjarakan sosial.

    Penjarakan akan ditanda pada lokasi yang bersesuaian. Sebagai contoh, tanda penjarakan akan diletakkan di kantin untuk tujuan berbaris.

    Tanda yang sama juga akan diletakkan pada kerusi, meja dan tempat mengimbas kehadiran untuk memastikan semua orang dapat mematuhi SOP di sekolah.

    8. Katil asrama juga akan disusun pada jarak 1 meter.

    Hanya pelajar yang berada dalam kelas peperiksaan sahaja dibenarkan untuk pulang ke asrama. Katil pelajar juga perlu dijarakkan sejauh 1 meter daripada satu sama lain.

    9. Menyediakan laluan pergerakan sehala.

    10. Menyediakan tong sampah berpenutup.

    11. Menyediakan sabun dan hand sanitiser yang mencukupi di lokasi yang bersesuaian seperti di surau, kantin, tandas dan bilik guru.

    12. Meletakkan tanda peringatan COVID-19 di pintu masuk dan juga sekitar sekolah.

    Kesimpulan

    SOP Sekolah

    Perlaksanaan SOP di sekolah ini adalah penting untuk memastikan keselamatan semua pihak. Oleh itu, para guru, pelajar dan juga ibu bapa haruslah memainkan peranan demi mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

    Kita masih lagi belum menang dari melawan virus korona. Malah, jika kita tidak berjaga-jaga, ada kemungkinan untuk kita dilanda gelombang ke-3 COVID-19 pada masa akan datang.

    Kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang bukan daripada kelas peperiksaan awam, sekolah akan dibuka secara peringkat demi peringkat. KPM akan memaklumkan mengenai hal ini mengikut perkembangan semasa.

    Pasti yang paling teruja untuk pulang ke sekolah ialah pelajar sendiri. Jangan lupa untuk jaga penjarakan sosial, amalkan tabiat membasuh tangan dan pakai pelitup muka ya!

    [mc4wp_form id=’115319″]

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 09/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan