Si Kecil Hiperaktif? Apa Kata Ibu Cuba 11 Tip Didikan Ini, Pasti Membantu!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Jika anda sedang mencari tip keibubapaan berkaitan cara mendidik anak hiperaktif atau ADHD, ini ada 11 kaedah yang boleh dijadikan sebagai panduan. 

Tip keibubapaan untuk anak 

Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) adalah kecelaruan tingkah laku yang biasa terjadi dalam kalangan kanak-kanak atau disebut sebagai hiperaktif.

Ibu bapa mesti menerima hakikat bahawa anak ADHD mempunyai otak yang berbeza fungsinya dengan otak kanak-kanak lain.

Tidak dinafikan anak dengan ADHD boleh belajar mengenal pasti apa yang boleh diterima dan tidak dalam persekitaran umum. 

Pun begitu kecelaruan yang dialami menjadikan mereka lebih cenderung dengan tingkah laku impulsif – menurut kata hati.

Apabila berbicara tentang tip keibubapaan dalam membesarkan anak hiperaktif, bermaksud anda perlu mengubah tingkah laku dan belajar menguruskan kelakuan anak. 

7 cara mendidik anak hiperaktif

Terdapat beberapa cara mendidik anak hiperaktif yang boleh dijadikan panduan.

Dengan mengikuti garis panduan yang dikongsikan ini, anda akan dapat mengehadkan tingkah laku impulsif dan bantu mengatasi keraguan dalam diri anak.

  1. Tetapkan tingkah laku

Tip keibubapaan yang utama dalam menguruskan anak ADHD adalah dengan menentukan lebih awal tingkah laku mana yang boleh diterima dan mana yang tidak.

Matlamatnya adalah bagi menolong anak mempertimbangkan akibat daripada tindakan dan mengawal kecenderungan melakukannya. 

Paling utama, anda perlu mematuhi garis panduan ini. 

Menghukum tingkah lakunya pada hari ini dan membiarkan pada keesokan hari adalah perbuatan berbahaya dalam mendidik anak ADHD.

Beberapa tingkah laku selalu tidak dapat diterima, seperti ledakan marah secara fizikal mahupun keengganan bangun pada waktu pagi.

cara mendidik anak hiperaktif

  1. Mengendalikan kelakuan agresif

Tingkah agresif daripada anak dengan kecelaruan hiperaktif kurang daya tumpuan adalah perkara biasa.

“Time-out” adalah kaedah menenangkan anda dan anak anda yang terlalu aktif. Hukuman ini perlu dijelaskan kepada anak sebagai masa untuk menenangkan diri dan memikirkan perilaku negatif yang dilakukan.

  1. Kekal dengan rutin struktur

Cipta 1 rutin dan lakukannya setiap hari. 

Wujudkan rutin tertentu pada waktu makan, melakukan kerja rumah, bermain atau sebelum tidur.

Sebagai contoh, minta anak meletakkan pakaian yang akan dipakai keesokan harinya, ia boleh mencipta 1 struktur penting dalam kehidupannya. 

  1. Pecahan tugasan

Bahagikan tugasan menjadi pecahan kerja kecil yang boleh dikendalikan dengan mudah.

Cuba gunakan kalendar dinding besar untuk membantu mengingatkan anak tentang tugas mereka.

Penggunaan kod warna untuk tugasan rumah dan sekolah boleh menjadikan anda lebih teruja dalam menyiapkan tugasan. 

Bahkan, rutin pada waktu pagi juga perlu dipecahkan kepada tugasan-tugasan kecil.

  1. Hadkan gangguan

Antara cara mendidik anak hiperaktif adalah dengan mengehadkan masa skrin dan perbanyakkan masa melakukan aktiviti menarik di luar rumah

Ini kerana pendedahan kepada gajet boleh mendorong tingkah laku impulsif dan harus dikawal.

  1. Mengaturkan corak tidur

Waktu tidur mungkin sangat sukar bagi kanak-kanak yang menderita ADHD. Anak yang tidak cukup tidur mudah hilang fokus, hiperaktif dan akan bertindak melulu.

Membantu anak untuk mendapat tidur yang lena adalah penting.

Antara tip keibubapaan yang boleh dilakukan untuk membantu mereka mendapat rehat yang baik adalah dengan menyingkirkan perangsang seperti gula dan kafein serta mengurangkan waktu menghadap televisyen.

Wujudkan 1 rutin harian tidur yang sihat dan menenangkan.

cara mengatasi anak hiperaktif

  1. Ambil masa untuk berehat

Dalam masa tertentu anda mungkin akan berasa penat atau kecewa dengan diri mahupun anak. 

Seperti anak yang perlukan rehat semasa belajar, begitu juga diri anda. Tetapkan waktu tertentu untuk bersendirian.

Pertimbangkan untuk mengupah pengasuh bagi membantu menjaga anak. 

Antara pilihan cara rehat terbaik yang boleh anda lakukan adalah:

  • Pergi berjalan-jalan di taman
  • Bersenam di gim
  • Mandi dengan santai dan tenang

Elakkan 4 cara mendidik anak hiperaktif ini

Berikut adalah 4 perkara yang perlu ibu bapa hindari daripada lakukannya ketika mendidik anak dengan ADHD. 

  1. Jangan terlalu berkeras

Bersedia untuk berkompromi dengan anak. 

Misalnya, anak telah menyiapkan 2 daripada 3 tugas yang anda tetapkan, pertimbangkan untuk bersikap fleksibel bagi tugas ketiga yang belum selesai.

Ini adalah 1 proses pembelajaran dan setiap usaha walaupun kecil tetap penting.

  1. Jangan keterlaluan dan mengamuk

Ingat bahawa tingkah laku anak hiperaktif disebabkan oleh kecelaruan.

ADHD mungkin tidak kelihatan di luar, tetapi ini adalah 1 ketidakupayaan dan harus dilayani seadanya. 

Ketika anda mula berasa marah atau kecewa, ingatlah bahawa anak anda berbeza berbanding kanak-kanak seusianya yang lain. 

  1. Jangan bersikap negatif

Cara mendidik anak hiperaktif yang dikongsikan kedengaran mudah, kan?

Tetapi lakukannya satu persatu dan kekalkan dalam perspektif. Apa yang membuatkan anda tertekan atau malu pada hari ini, mungkin tidak akan berulang lagi pada masa depan. Bersabar. 

anak hiperaktif ADHD

  1. Elakkan daripada membiarkan masalah anak mengawal situasi

Ingatlah bahawa anda adalah ibu bapa dan bertanggungjawab untuk menetapkan peraturan berkaitan tingkah laku yang boleh diterima di dalam rumah.

Banyakkan bersabar dan bertoleransi tetapi jangan biarkan diri dibuli atau dikawal oleh tingkah laku anak. 

Jangan berputus asa

Setiap ibu bapa mempunyai pengaruh besar terhadap tingkah laku anak yang masih kecil.

Mempelajari dan mempraktikkan terapi tingkah laku memerlukan masa dan usaha. Tetapi percayalah, ia mempunyai faedah berkekalan kepada anak ADHD.

Dengan kesabaran, kasih sayang, dan banyak sokongan dalam mempraktikkan cara mendidik anak hiperaktif, anda pasti akan dapat menguruskan si kecil dengan kecelaruan hiperaktif kurang daya tumpuan dengan baik.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

JAGA! Si Manja Boleh Dapat Serangan Strok Haba HANYA Dalam Bilik Tidur, Ini Apa Boleh Terjadi

Wahai ibu bapa, ketahuilah bahawa punca strok haba bukan hanya sebab anak main panas di luar sahaja ya? Di dalam rumah pun boleh terkena!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid
Keibubapaan, Tips Keibubapaan 09/03/2020 . 3 minit bacaan

4 Gaya Keibubapaan Yang Selalu Diamalkan Di Malaysia, Mana Satu Gaya Anda?

Tahukah anda, gaya keibubapaan memainkan peranan utama dalam tumbesaran anak? Ini kerana gaya asuhan ibu bapa boleh beri kesan kepada perkembangan mereka.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Nurul Nazrah
Keibubapaan, Tips Keibubapaan 02/03/2020 . 4 minit bacaan

Bateri Dalam Alat Elektronik Boleh Jadi Punca Kematian Kanak-kanak, NHS

Tahukah anda bahawa bateri dalam alat elektronik sangat bahaya jika kanak-kanak tertelannya sehingga boleh membawa maut? Sila ikuti artikel.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid
Berita, Berita Antarabangsa 02/01/2020 . 4 minit bacaan

Alamak! Sikap Ibu Bapa Boleh Jadi Punca Wujud Anxiety Pada Anak?

Tahukah anda, sikap ibu bapa boleh mempengaruhi tahap emosi anak? Tak tahu, bukan? Teruskan membaca artikel ini untuk maklumat lanjut.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Tips Keibubapaan 07/10/2019 . 2 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

bayi julur lidah

Si Kecil Asyik Jelir Lidah Bukan Mahu Mengejek, Ibu Bapa Kena Tahu 7 Sebab Ini, Ada Yang Bahaya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 11/09/2020 . 3 minit bacaan
selamat untuk kanak-kanak

TIKTOK Trend Terbaru Kanak-kanak, Ibu Ayah Kena Tahu 5 BAHAYA Jika Anak ‘Gila’ Berdansa

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 10/09/2020 . 3 minit bacaan
peranan ibu bapa

Ibu Kalau Sayang Anak Jangan Suka Bandingkan, Boleh ‘Koyak’ Mental Si Kecil!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 07/08/2020 . 3 minit bacaan
air liur bayi

Air Liur Bayi Meleleh Tanda Mahu Tumbuh Gigi? ALERT Mak Ayah, Ada Bahayanya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 29/06/2020 . 3 minit bacaan