Siapa Dapat Hak Penjagaan Anak Selepas Bercerai?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 12/02/2020

Perceraian bukan sahaja memberi impak kepada pasangan suami isteri, tetapi juga melibatkan perihal kesejahteraan anak selepas berpisah. Persoalan paling utama, siapakah yang lebih berhak mendapat hak penjagaan anak?

Hak penjagaan anak

Apabila berlakunya perpisahan, isu penjagaan anak sering kali menjadi antara isu utama yang timbul, apatah lagi jika anak tersebut masih kecil. Jika perpisahan berlaku secara baik, sudah tentu isu penjagaan ini tidak akan menjadi masalah. Walau bagaimanapun, jika prosedur perceraian itu tidak berlangsung dengan baik, sudah tentu isu berkaitan hak penjagaan ini akan menjadi satu masalah. 

Sesungguhnya, perkara paling penting berkaitan hak penjagaan ini adalah mengenai kebajikan dan kesejahteraan anak. Ia adalah seratus peratus berkaitan hak anak dan bukannya mengenai hak ibu bapa. Dalam Islam, hak berkaitan penjagaan anak yang masih kecil dinamakan sebagai hadhanah.

Menurut pensyariatan hadhanah ini, telah ditetapkan bahawa individu yang paling layak untuk mendapat hak penjagaan anak setelah berlakunya perpisahan bagi sebuah perkahwinan adalah ibunya, selagi si ibu tidak berkahwin dengan suami yang baru.

Berikut dikongsikan susunan kelayakan hak penjagaan seperti yang diberi kuasa oleh pihak mahkamah untuk menjaga anak kecil setelah berlakunya perceraian:

  1. Ibu
  2. Nenek sebelah ibu dan ke atas
  3. Bapa
  4. Nenek sebelah bapa dan ke atas
  5. Kakak atau adik perempuan seibu sebapa
  6. Kakak atau adik perempuan seibu
  7. Kakak atau adik perempuan sebapa
  8. Anak perempuan daripada kakak atau adik perempuan seibu sebapa
  9. Anak perempuan daripada kakak atau adik seibu
  10. Anak perempuan daripada kakak atau adik perempuan sebapa
  11. Emak saudara sebelah ibu
  12. Emak saudara sebelah bapa
  13. Waris lelaki yang boleh menjadi warisnya

Paling utama, syarat untuk menjaga anak tersebut adalah individu berkenaan tidak akan menjejaskan hak kebajikan dan kesejahteraan anak yang dijaganya.

Kelayakan untuk hak penjagaan

Di bawah syariat hadhanah, seseorang yang ingin mendapat hak penjagaan perlulah:

  • Seorang individu yang beragama Islam
  • Mempunyai kesempurnaan akal (boleh berfikir)
  • Cukup usianya untuk melayakkan dia memberikan penjagaan dan kasih sayang yang diperlukan si anak
  • Berkelakuan baik dari aspek akhlak Islamiah
  • Mempunyai tempat tinggal yang bersesuaian untuk tumbesaran si anak, terutamanya dari aspek akhlak dan jasmani

hak penjagaan anak

Hilang hak penjagaan

Bagaimana pula seorang yang layak untuk mendapat hak penjagaan boleh hilang kelayakan menjaga si anak tersebut? 

Sudah tentu ada sebab tertentu yang menyebabkan kelayakan gugur, antaranya:

  • Penjaga wanita berkahwin dengan lelaki yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan yang dilarang berkahwin dengan si anak tersebut. Jika penjagaannya selepas berkahwin boleh menjejaskan kebajikan anak itu, maka hak penjagaan akan hilang. Tetapi ia akan dikembalikan, sekiranya perkahwinan itu terbubar; 
  • Jika penjaga wanita itu berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka;
  • Jika penjaga wanita itu menukar permastautinan dengan niat untuk menghalang/ mencegah bapa kandung kepada anak tersebut melakukan pengawasan ke atasnya. Walau bagaimanapun, jika penjaga wanita itu adalah ibu kandung kepada anak tersebut yang diceraikan, ibu tersebut boleh membawa anaknya untuk tinggal di tempat lahirnya;
  • Jika penjaga anak itu murtad, iaitu meninggalkan agama Islam;
  • Jika penjaga anak itu menganiaya dan mengabaikan kebajikan dan kesejahteraan si anak

Jadi apa yang dikongsikan merupakan antara sebab mengapa hak penjagaan anak boleh ditarik semula. Ini bermakna dalam Islam, mahupun sebarang anutan agama lain, kebajikan dan kesejahteraan anak, merupakan hal yang paling diutamakan dalam pemberian hak penjagaan anak.

Pilihan sendiri

Bagaimana pula jika si anak mahu memilih sendiri dengan siapa dia mahu tinggal? Sudah tentu anak juga mempunyai hak untuk menentukan dengan siapa dirinya mahu tinggal bersama. Walau bagaimanapun, keputusan anak hanya akan dapat diambil kira setelah mencapai usia baligh atau mumayyiz, iaitu dapat membezakan antara baik dan buruk, benar dan salah serta sudah mampu untuk menjaga kebajikan dirinya sendiri.

Namun begitu, pada akhirnya, keputusan muktamad masih bergantung kepada pihak mahkamah. Bagi setiap negeri di Malaysia ini, terdapat perbezaan undang-undang berkaitan hak penjagaan anak yang bergantung kepada enakmen negeri.

Cara terbaik untuk menentukan atau menyelesaikan soal hak penjagaan anak selepas bercerai, adalah dengan mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak peguam di tempat/ negeri anda bagi memperolehi lebih kepastian.

Usah takut berkahwin lain

Pastinya kebanyakan wanita yang bergelar ibu tunggal, yang mendapat hak penjagaan anak khuatir dan bimbang untuk berkahwin lain kerana tidak mahu hilangnya hak untuk menjaga anak, bukan?

Namun, bagi penulis, sebagai manusia biasa sudah tentu si ibu mempunyai keinginan untuk memiliki sebuah keluarga sempurna dengan kehadiran individu lelaki yang boleh dipanggil suami. Itu adalah lumrah seorang insan bergelar manusia. 

Tetapi kebimbangan yang dirasai itu, sering kali menjadi punca yang menyebabkan si ibu membatalkan hasrat untuk berkahwin kembali dan terus dengan kehidupan sebagai ibu tunggal. Adakah itu adil sedangkan bekas pasangan anda (bapa kandung anak) mungkin sudah pun kembali berumah tangga dan berbahagia?

Dalam Islam sendiri tidak menghalang keinginan seorang wanita bergelar ibu tunggal untuk berkahwin. Cuma apa yang perlu diutamakan adalah mengenai kebajikan dan kesejahteraan si anak selepas anda kembali berkahwin.

Ia adalah mengenai bagaimana kehidupan si anak selepas anda berkahwin? Adakah hidup si anak yang melibatkan kebajikan dan kesejahteraan akan terjejas? Adakah si anak akan menderita atau berbahagia? Adakah si anak boleh menerima kehadiran suami baru anda dan menganggap lelaki tersebut seperti bapanya sendiri?

Jadi perkara yang paling penting adalah untuk mengahwini lelaki yang boleh dan sudi menerima bahkan menyayangi anak anda seperti mana anda menyayanginya. 

Mencari seorang suami bukanlah satu perkara yang sukar, kerana ia hanya melibatkan anda dan pasangan. Tetapi mencari seorang lelaki yang sudi menjadi bapa, satu perkara yang sukar, kerana bukan semua lelaki sudi menjadi bapa instant.

Sekiranya anda sudah bertemu dengan seorang lelaki yang boleh menerima anda dan anak seadanya, usah takut untuk membenarkan diri berasa bahagia. Kegagalan perkahwinan terdahulu tidak bererti anda tidak layak menikmati kebahagiaan.

Sebaliknya, jika anda selesa dengan situasi anda sebagai ibu tunggal, maka berbanggalah kerana anda merupakan antara wanita yang kuat dan tabah. Bukan semua individu mampu mengharungi bebanan sebagai ibu tunggal. Kebahagiaan adalah perkara yang subjektif, bukan?

hak penjagaan anak

Akhir kata

Dalam persoalan hak untuk menjaga anak ini, kita harus mengutamakan aspek kebajikan dan kesejahteraan anak tidak kira siapa yang berhak menjaganya. Jika anda sebagai ibu atau bapa mendapat hak penjagaan, tetapi berasa tidak mampu menjaga anak dengan sebaiknya, adalah lebih baik memberikan hak itu kepada mereka yang lebih mampu menjaga anak anda. Ini bukan soal ego, tetapi soal kebahagiaan anak itu sendiri.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    5 Cara Hadapi Stigma Perceraian – Nombor 4 Paling Menarik Untuk Dicuba

    Stigma perceraian kesan perkahwinan berakhir sukar dielakkan, walaupun pada hakikatnya tiada pasangan mahukan perpisahan. Jom ketahui 5 cara menghadapinya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    2 Tahun Pertama Perkahwinan Penentu Hubungan Kekal Atau Putus – Apa Pendapat Anda?

    Hubungan perkahwinan merupakan 1 perkara yang mudah untuk dilakukan tetapi sukar dipertahankan. Bagaimana cara untuk mengekalkan sebuah ikatan rumah tangga?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Nak Kahwin Semula Dengan Bekas Pasangan? Pertimbangkan 7 Perkara Ini Dulu Sebelum Betul-Betul Yakin!

    Masih ada rasa sayang kepada bekas pasangan anda? Adakah anda pernah terfikir untuk berkahwin semula dengan si dia selepas bercerai?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Sukar Move On? Ada 7 Cara Melupakan Si Dia – Nombor 5 Paling BEST

    Apabila perpisahan berlaku, perkara paling sukar dilakukan adalah untuk melupakan si dia. Ini 7 cara untuk bantu anda cepat move on.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Artikel lain untuk anda

    perkembangan-bayi-6-minggu

    Anak Dah Masuk Usia 6 Minggu? Apa Yang Sudah Boleh Si Comel Buat?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 04/06/2020
    hak-penjagaan-anak-ketika-covid-19

    Co-Parenting Semasa COVID-19, Bagaimana Pasangan Bercerai Urus Penjagaan Anak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 17/04/2020
    pasangan china bercerai

    Ramai Pasangan Bercerai Ketika Kuarantin, Apa Nak Buat Jika Bosan Terkurung Di Rumah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 20/03/2020

    Pusat Asuhan & Nurseri Tutup, Ke Mana Anak Petugas COVID-19 Harus Dihantar?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 20/03/2020