Ini terjadi apabila wujud suami isteri yang saling tidak memahami tugas pasangan, tiada rasa ingin saling membantu malah gemar membuat hal sendiri walaupun sudah mempunyai anak.
Perbezaan taraf pendidikan antara pasangan suami isteri juga boleh menyebabkan berlakunya ketidaksefahaman itu. Akhirnya jalan penyelesaian paling mudah akan dipilih iaitu bercerai.
2. Punca penceraian di Malaysia #Berkahwin terlalu awal
Kebanyakan pasangan berkahwin pada usia muda, terutamanya bagi yang memilih untuk berkahwin sejurus tamat persekolahan, masih boleh dianggap kurang matang.
Ditambah pula situasi masing-masing belum mempunyai kewangan yang kukuh, secara tidak langsung keadaan tersebut pastinya memberi kesan kepada perkahwinan.
Hanya berlandaskan keinginan untuk ‘menghalalkan perhubungan’ tanpa kematangan pemikiran dan kewangan stabil boleh menyebabkan hubungan yang dibina menerima tekanan. Keadaan itu lama-kelamaan boleh menyebabkan berlakunya perpisahan.
3. Tiada rasa tanggungjawab
Isu ini saling berkait dengan tiada persefahaman antara pasangan suami isteri. Apabila tiada persefahaman, akan menyebabkan diri merasakan tiada keperluan untuk saling berkomunikasi dan setiap hari masing-masing akan melakukan hal sendiri.
Jika berterusan, akan hilang rasa tanggungjawab sebagai seorang suami mahupun isteri kepada pasangan.
Hilang keinginan untuk saling membantu dalam melakukan kerja rumah, malahan tugasan menjaga anak juga mungkin diserahkan sepenuhnya kepada sebelah pihak sahaja. Sedangkan ia merupakan tanggungjawab bersama apabila bergelar ibu bapa.
Lebih teruk lagi jika pasangan yang perlu melakukan tugasan kerja rumah tersebut juga merupakan seorang individu bekerja.
Apabila wujud ketidakadilan dalam pembahagian urusan rumah tangga, akan menyebabkan rasa tekanan dan terbeban. Jadi, kesannya? Penceraian akan dipilih sebagai jalan penyelesaian.

4. Sikap lepas tangan
Setiap hubungan pastinya akan diuji. Bahkan setiap ujian dan perselisihan faham yang berlaku, jika dapat diatasi dengan sebaiknya, akan membantu mengeratkan lagi perhubungan.
Malangnya bukan semua pasangan mempunyai sikap ingin berbincang dan mencari penyelesaian.
Sebaliknya, wujud pasangan yang memilih untuk berdiam dan mengelak diri daripada melakukan perbincangan secara baik ketika berdepan masalah atau konflik. Situasi itu sekali gus termasuk dalam senarai punca penceraian.
5. Campur tangan mertua, salah satu punca penceraian di Malaysia
Tidak dinafikan wujud segelintir mertua masih ingin mencampuri urusan anak-anak yang sudah berkahwin. Mungkin mereka berniat baik, tetapi setiap individu pastinya mempunyai cara pemikiran dan keinginan yang berbeza.
Ada kalanya, apabila ada mertua yang terlalu ‘menyibuk’ dalam perihal anak menantunya, ia sekali gus menyebabkan hubungan perkahwinan tersebut tergugat.
Anda pasti pernah mendengar nasihat seperti “Lepas berkahwin, tak usahlah duduk dengan mertua, sebaliknya duduk sendiri dan berdikari,” betul tak?

Sebenarnya bukanlah semua pilihan duduk bersama mertua itu hanya akan menjejaskan hubungan suami isteri. Ada juga mertua yang baik.
Tidak salah untuk duduk sebumbung bersama mertua, tetapi anda harus bertegas jika ia melibatkan keputusan antara suami isteri.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen